25 November 2011

Makan Megi

Jam menunjukkan pukul 3.50 pagi. Tak pasal pasal aku tak boleh tidur malam ni. Orang cakap kalau makan banyak boleh cepat mengantuk, tapi tadi aku makan roti banjir dua keping tambah nasi goreng kampung bungkus, tak mengantuk jugak pon. Tipu la..

Tadi pun beli banyak sebab nafsu. Training nasyid lama lama memang buat aku lapar. Alah orang kata menyanyi guna perut? Sebab tu menyanyi lama lama boleh menyebabkan perut menjadi lapar. Menyanyi dengan lebih kerap berupaya menjadikan perut anda berbentuk sixpack. Tak percaya? Tengok je la perut perut artis sekarang. Sebab artis melayu tak tayang perut maka aku cadangkan usha perut artis Bollywood. Macam Shah Rukh Khan, Salman Khan dan blablabla. Afdlin Shauki? Errr itu lain cerita. Ehehe.

Tiga tahun dulu, masa aku form 5. Waktu waktu macam ni memang tak tidur sebab aku khusyuk study. Ya, anda tak salah membaca, aku memang rajin study dulu waktu waktu macam ni. Maklumlah budak asrama penuh, bila tengok member lain gila study maunya aku tak terikut sama. Eceh.

Well. bila ramai ramai study sama sama memanglah semangat kemain. Maka sebagai penambah semangat belajar perut mesti sentiasa penuh. Alah dasar budak budak nak makan, biasanya budak form 1 akan dikerahkan mencari megi sebanyak mungkin bagi memenuhi permintaan pelanggan. Dulu takde main pilih pilih kau nak makan megi ape, kau yang lain pulak nak makan megi ape. Semua perisa megi adalah sama sebabnya akan dimasak sekali di dalam baldi.


Masa tu takde nak gayung megi tu bahagikan ikut mangkuk masing masing. Semua makan sekali dalam baldi tu. Rasa dia? Ada pahit pahit sket, maklumlah baldi tu tibai member punya, bekas dia letak baju baju busuk dia. Sebab tu ukhuwah antara kitorang kawan kawan sekolah kekal bertahan sampai sekarang. Budak budak sekarang? nak kongsi air segelas pon rasa jijik kot. Hehe.

Orang kata megi tak elok untuk kesihatan. Kononnya kesan dia cuma akan nampak bila kita dah tua nanti lah, jadi cepat pelupa lah, blablabla. Tapi pada aku megi ni la yang menyatukan kami. Eceh. Pada aku takpe makan megi asalkan jangan selalu. Betul ke pandangan aku ni? Pandangan aku boleh berubah ikut keadaan semasa. Sebagai contoh, walaupun kau seorang yang gila nerd tapi bila kau puji aku hensem dan baik hati mungkin aku akan anggap kau seorang yang super cool dan awesome! Haha.


aku pon tak tau apsal aku nak letak gambar kambing. Kbai.

P/s : guwa dah lama tak update blog. so guwa tak tau nak tulis ape. sebab tu meraban je. owh, gamba baldi tu guwa tibai kat google je. tolong halalkan =)

-merci beaucoup-


13 August 2011

Sumpah Seranah

Aku bangun tidur. Bahana tidur siang mungkin, tekak terasa kering sangat. Baru aku sedar, dua hari ni baru 3 gelas je aku minum. Satu gelas masa sahur semalam, satu lagi masa berbuka semalam dan satu lagi masa sahur pagi tadi.

Masa ni keimanan aku mula goyang. Tengok Mak tengah mop lantai dekat dapur terpikir pulak kalau-kalau dia tak perasan aku ambil air sejuk dekat peti ais. Tu semua kalau la.

Dekat pukul 10 pagi. aku mandi. Kalau dapat tibai minum siket air sedap jugak nih. Lama aku mandi. Tapi tak tersampai hati nak membatalkan puasa. Aku bukan budak kecik curi-curi minum air dekat bilik air. Langsung takde kelas taknak puasa dengan cara macam tu. Sekurang-kurangnya dapat segarkan badan, takde la rasa kering tahap gaban badan aku ni.

Aku tekup tangan dekat dahi. Tekup pulak dekat leher. Panas. Hari-hari puasa memang mudah kena demam. Mula lah menyesal sebab kurang minum air. Teringat puasa tahun lepas, masa tu puasa dekat kolej. Masa tu aku kena demam panas baik punya. Kuliah habis semua tak pergi. Bukan malas, tapi berdiri pon dah terketar lutut.

Dengan harapan dapat surat MC dari doktor, aku gagahi jua pergi ke klinik pelajar. Lagipun masa tu cik awek tak habis-habis suruh pergi klinik. Cukup prihatin betul dia. Untungnya klinik tu betul-betul bawah bangunan kolej aku. Cuma tekan butang lif terus sampai dekat klinik. aku memang dari dulu memang cukup malas pergi klinik. Orang cakap aku takut doktor, tapi yang sebenarnya sebab aku malas menunggu lama. Nak ambil nombor giliran lagi, isi borang lah bagai. Nak tunggu kena panggil masuk lagi.

Adoih, punggung dah panas. Badan dah la memang panas. Dekat sejam menunggu. Kalau sebab hari tu takde test subjek Earth and Man memang aku tak jejak kaki kat klinik ni. Nak MC punya pasal. Paling rajin pon aku turun kedai bawah beli panadol, cukup.

"Zairull Nizam!"

Cik nurse panggil separa melaung. Aku dengan langkah longlai masuk ke bilik doktor. Tujuan aku cuma satu, nak surat MC. Berbekal bakat drama yang tinggi dalam diri aku beserta memek muka penuh sedih, aku berlagak sakit tahap karma. Biar la Puan Doktor tu kesian sket. Aku dah la demam, mesti la patot dikesiankan. Kan?

Beliau ambil suhu. Tapi guna thermometer yang letak kat telinga tu. Aku cukup tak suka kalau kena pakai yang tu. Geli. Tak boleh ke pakai thermometer yang letak bawah lidah tu je?Tak pon pakai yang masa aku belajar dekat kelas fizik dulu. Kan lebih menyelesakan pengguna?Alah yang pakai konsep Thermal Equilibrium tuh. Eceh.

thermometer telinga. yang ni pakai infra red kalau tak silap

"Kamu demam teruk ni", ujar Puan Doktor penuh prihatin

"Batuk? Sakit tekak, selsema ada?", sambung beliau.

"Complete set puan. Biasa la bila demam", ujar aku penuh sayu.

Sambil beliau check-check badan aku, aku terbatuk-batuk kecil. Batuk penuh lakonan. Weh nak surat MC punya pasal. Kau tau tak betapa pentingnya surat tu? Tanpa surat tu aku boleh dapat markah kosong test hari ni tau. 

"Saya dah beberapa hari demam ni doktor. Hari tu demam dah okey, lepas tu demam balik. Dah dekat seminggu la jugak rasanya" jelas aku penuh jujur. Memang betul pun, aku tak tipu punya.

"Okeh kamu bawak surat ni pergi check darah eh. Saya takut kamu kena infection apa-apa ke", saran Puan Doktor.

Ah aku dah dapat rasa lambat lagi la aku dapat balik bilik aku ni. Tapi aku faham apa maksud doktor tu. Masa tu tengah hangat kes-kes H1N1. Maka aku yang tinggal di kawasan sekita KL ni mestilah probability nak kena infection  tu tinggi. Risau jugak aku kalau kena menatang alah tu. Aku dah la belum kawen.

Habis check darah, aku kembali ke bilik doktor sambil membawa slip keputusan darah guwa. Tulisan doktor memang macam haram, tapi dapat tangkap sket-sket dekat slip tu. Erythtrocyte guwa tak cukup air.

Doktor melihat keputusan darah aku sambil menggeleng-geleng kepala. Ish jangan buat hal doktor nih.

"Kamu kena banyak minum air. Saya bagi kamu ubat okeh. Ambil dekat kaunter sebelah. Okeh.", ujar beliau menunjukkan urusan telah selesai.

"Baik. Terima kasih doktor", aku bangun dari tempat duduk untuk berlalu pergi.

Eh! Kejap. Ada benda lupa nih.

"Err surat MC takde ke doktor?Saya tak larat la nak pergi kelas hari ini"

"Kamu takde test ke? Pergi test ye nanti kamu fail jangan salahkan saya", ujar beliau sambil menunjukkan sign kepada pembantu beliau untuk memanggil pesakit berikutnya.

Homaigad. Ini adalah bullshit. Mati aku, mana study ape-ape lagi ni. Test lagi dua tiga jam.

Selepas ambil ubat, aku bergegas balik ke bilik, capai notes, terus baca dengan speed selaju mungkin. Gila kau nak cover syllabus setengah sem dengan masa cuma dua tiga jam je. Mula la aku rasa dunia ni tak adil. Sumpah seramah habis dekat doktor tu, kedekut surat MC punya pasal.



Hari tu aku dapat pengajaran. Bakat berlakon aku masih perlu diasah.

p/s: sampai sekarang aku rasa nak buang gambar dekat header tu. menyampah pulak tengok, haha

-merci beaucoup-

09 August 2011

Salah Faham

Tiga empat hari dah aku tak online gara-gara aku balik ke rumah. Bulan puasa macam ni memang la seronok sket dapat berbuka ke rumah. Bukan apa, sebab dapat saving duit untuk beli makanan berbuka. Maklumlah dekat KL tu makanan  sket punya mahal. Dapat pulak dekat bazar semua peniaga pakat naikkan harga. Kuih karipap saiz lagi kecik daripada jari kelingking aku pun dah dikira sebiji 50 sen. Bila ditanya apsal mahal sangat? Rata-rata peniaga pasti menjawab:


"Harga barang naik bro"

Okeh. Tapi yang peliknya dalam mahal-mahal macam tu pon habis jugak. Nafsu nak berbuka memang kita tak boleh nak expect bukan? Mak aku hari tu cakap:

"Awal-awal puasa ni boleh la habis, tunggu sat tengah bulan puasa kang, lingkup la nanti tu"

Bukan nak mendoakan yang buruk, tapi dalam berniaga kita kena bijak juga. Kalau nak bertahan lama dalam bisnes kena pasang strategi baik baru pelanggan datang setia membeli. Ni dah mahal nak mampuih sapa nak beli?Hehe. Bertuah la bulan puasa bermula masa gaji baru masuk, pembeli dah tak pikir mahal murah bila perut dah lapar tahap karma.


................

Berbekalkan broadband yang memang aku beli khas untuk kegunaan di rumah, aku bukak facebook. Selain status bertemakan Ramadhan ni ada jugak yang masih post status-status penuh hasad dengki, masalah awek, bergaduh dengan member dan pelbagai status penuh kejahilan.

Bila difikirkan balik aku pon kerap jadi macam tu. Tulis status bukan-bukan menyerlahkan ketidakmatangan kita berfikir secara rasional. Pergh ayat! Pada aku perkara-perkara sebegini terjadi disebabkan lebih kepada salah faham. Hari tu ada lagi sorang mamat merajuk dengan aku. Tak pasal-pasal. Kalau Lisa Surihani yang merajuk dengan aku takpe jugak.

Aku nak bagi beberapa contoh dan situasi mudah. Tapi aku rasa lebih faham kalau angpa tengok vlog mamat yang boleh tahan kelakar dia ni. Isi dia lebih kurang sama dengan apa yang aku nak tekankan.



Perkara yang sama berlaku apabila kita menaip sms dan dihantar ke kawan-kawan kita. Maklumlah dapat coverage hujung-hujung kampung macam aku ni kadang-kadang tak dapat pon sms. Lepas tu tak pasal-pasal kena claim bahawa kita sombong dan sebagainya.

...................

Sebenarnya banyak penyebab salah faham ni, nanti aku sambung. Aku nak pekena nasik beriani kat dapur. Tadi Sultan Selangor bertandang iftar dekat tempat aku. Paksu aku yang pergi majlis tu bawak balik makanan gila banyak. Aku bukan nak makan sangat, tapi aku taknak nasik-nasik tu nangis. Maklumlah, orang-orang tua kata nasik menangis kalau kita membazir. Ya tak?

-merci beaucoup-

27 July 2011

Zaman Sekolah Rendah Indah?

Pagi-pagi hari Isnin masa sekolah rendah adalah masa yang sangat tidak disukai. Mula-mula ambil kasut sekolah yang mak aku keringkan bawah peti sejuk. Ya, itu adalah cara mengeringkan kasut paling berjaya aku rasa. Abang aku lagi advance, basuh kasut guna mesin basuh lepas tu keringkan pakai dapur. Stok keringkan kasut macam panggang ayam. Hebat bukan?

Seingat aku dulu sebelum gerak ke sekolah mesti ayah aku bagi duit belanja. Kalau sekolah pagi dapat la seringgit. Mewah tau seringgit tu. Boleh la beli Coklat Din Dang dengan Tora. Tora ni mahal sket sebab mainan dia lagi syok daripada Din Dang. Tapi aku lagi suka beli Din Dang sebab murah, 60 sen je. Dia punya coklat dalam kotak tu pon sedap ape.

Kalau 'bingai' sangat ni la menatang tu
Zaman puasa masa sekolah rendah memang mencabar. Lagi-lagi kalau puasa masa hari sekolah. Kawan-kawan aku bukannya puasa pon, siap offer dekat aku lagi makanan yang diorang tapau dari kantin. Aku nak beli tak boleh sebab emak aku gangster kat kantin sekolah, maklumlah Makcik Kantin lah katakan. Aku mestilah menjaga reputasi aku sebagai anak yang taat, haha. Sebab aku pikir aku kanak-kanak yang bebas daripada sebarang dosa, aku rembat jugak daripada kawan-kawan aku cekedis-cekedis yang meliurkan tu, terus masuk ke ulu perut.

Aku dulu bukan anak orang senang. Dulu ada sistem 'Rancangan Makanan Tambahan' atau lebih feymes dipanggil RMT. Kawan-kawan aku memang kerap jeles bila aku dapat makan free. Hari-hari sebelum masuk kelas pagi-pagi terus pergi kantin makan free dulu. Makanan ala kadar, tapi orait ape bila dapat free? Dulu aku selalu berharap kalau sarapan dapat makan coco crunch ke, honey star ke, baru nampak macam orang bandar sket. Haha.

Hari yang paling dinantikan mestilah hari Jumaat. Sebab hari tu hari susu sekolah. Semua yang dapat RMT mesti dapat sekotak susu sekolah. Untung la kalau cikgu suruh agih-agihkan kat budak, mesti la dapat upah sekotak lagi susu sekolah. Sedap gila kot. Jeles habis budak-budak lain bila troli susu sekolah sampai kat pintu kelas, budak-budak RMT semua pakat beratur ambik sorang satu. Yang lain? Melopong je la mengharap ada member-member yang tak nak dan bagi kat diorang. Tapi tu kan perkara mustahil?

ni zaman baru punya, kalau zaman guwa dia kaler kuning plain

Bagi kanak-kanak innocent  macam aku ni, aku paling eksaited bila lori milo datang. Gila kau dapat milo free tu! Aku sampai sekarang tak faham apa signifikannya memberi kanak-kanak kecil ini minum milo free. Untuk memberi peluang kepada mereka ini merasa betapa sedapnya milo? Sebab kami hari-hari minum kopi?

kalau zaman guwa lori ni dah kemek dah kena rempuh, peduli ape cikgu bising suruh beratur, ahaha
Tapi biasanya aku tensen sebab Pakcik Milo tu bagi cawan kecik je. Bila guwa dengan member-member lain pakat nak mintak lagi Pakcik tu mesti cakap:

"Budak kecik minum cawan kecik je"

"Sial! Cikgu-cikgu boleh plak dapat cawan besar!", luah hati aku yang ketika itu masih belum faham bahawa dunia ini memang tidak adil.

Satu hari yang lain, mesti cikgu akan edarkan kertas yang nak order vitagen tu. Lepas tu beriya la balik tunjuk kat mak. Harap-harap mak bagi duit lebih esok nak beli vitagen. Tapi kanak-kanak macam aku ni memang kerap dikecewakan. Mana ada nak dapat semua tu. Paling sakit hati rajin pulak lori vitagen tu datang tiap-tiap minggu dekat sekolah. Saja nak bagi aku yang tak dapat beli ni jeles.

"Dah dah! Tak payah membazir beli benda mahal macam tu", ayah memang berkira sket kalau nak beli-beli benda ni.

Kanak-kanak macam aku memang senang menangis bila ayah cakap camtu. Merajuk lalu membawa diri ke bilik sorang-sorang. Maklumlah budak-budak lain seronok je mak ayah diorang belikan vitagen. Aku?

Dalam sedih-sedih tu, pernah sekali mak aku buat suprise kat aku. Masa nak balik sekolah mak aku belikan aku satu plastik vitagen. Mak aku bisik kat aku:

"Nak beli benda ni tak payah tunggu lori vitagen datang sekolah, beli kat luar pon boleh kan?", ujar mak aku sambil tersenyum.

Sweet kan mak aku?



Mak memang paling best kan?
................

Ayat paling feymes masa sekolah rendah:

"Kalau kau kawan dengan dia, aku taknak kawan dengan kau!"

Haha mesti korang pon ada buat benda ni kan? Menyampah gila!

-merci beaucoup-

21 July 2011

Lelaki Merajuk Bukan Tak Gentle

Baru-baru ni aku rasa sangat malas nak menaip. Mungkin busy bekerja walhal banyak masa telah dicurahkan di facebook. Seolah-olah blog aku ni sket pon aku tak nak pandang. Namun apabila  dikurniakan demam yang susah nak baik ni maka kerap kali aku terpaksa minta cuti kat manager aku secara on the spot. Menyusahkan orang namanya tu. Hasilnya hati aku kembali kepada blog aku untuk mengisi masa kosong daripada asyik terlentang atas katil.


Kalau blog ni diibaratkan sama dengan cik awek, pasti beliau sudah merajuk sebagai protes kepada aku yang telah mengabaikannya. Fuh!

"Sampai hati awak tak jenguk saya", mungkin itu luahan hati blog aku.

"Ah! blog buruk sapa nak jenguk kau?"

.................

Manusia mana yang tidak berfacebook? Kalau setakat umur baya aku ni cukup sukar nak cari yang mengaku tidak mempunyai akaun facebook. Malah budak-budak kecik sekolah rendah lebih advance dengan mempunyai bilangan friends jauh beribu-riban berbanding aku walaupun telah berkecimpung lama dalam dunia facebook ni.

Biasanya budak camni kalau yang lelaki 85 peratus friends dia mesti perempuan. Entah kenal entah tidak. Maklumlah facebook kan tempat tackle awek. Tak caya angpa check sendiri. Semua stok yang cun-cun baik punya. Tak maen add budak perempuan kecik, semua muka ala-ala umur 20-an. Well, nafsu tak mengenal usia. Kan? Haha.

Aku dengan budak-budak camtu aku tak ambil kisah sangat. Semua orang ada hak nak mengorat kan? Bila mula bercinta di facebook pasti segala permasalahan cinta diorang ni nak hambur kat facebook jugak. Kalau nak marah kat pasangan pon tak boleh ke di IM chat atau sms sahaja yang lebih private? Apakah signifikannya memberi tahu kepada orang ramai bahawa percintaan angpa sedang dilanda badai? Pergh ayat.

Lepas tu babak-babak merajuk pon bermula.


...............

Cerita wanita merajuk dengan balak beliau nih memang aku dah tak ambik port sangat dah. Dah biasa sangat aku dengar. Tapi kawan aku ni kes dia luar biasa sket. Bercinta bukan main tapi sudahnya asyik menangis je, walhal dia tu lelaki. Ni la orang kata bila lelaki dah merajuk jauh lebih teruk daripada perempuan. Tapi tak susah mana nak pujuk. Well, aku kan lelaki?

Ada kawan aku sorang, perempuan. Dia pernah tanya aku:

"Lelaki kalau merajuk dia menangis gak eh?", tanya Tiz Zaqyah (nama adalah rekaan bagi menutup malu)

Ehem ehem. Meh aku terangkan apakah simptom simptom lelaki yang sedang merajuk nih. Hehe.


Ya! Dia akan diam seribu bahasa. Lebih teruk bila dia akan buat tak tahu je dengan angpa dan seolah-olah menganggap angpa tidak ada disisinya. Biasanya ni la cara protes paling teruk lelaki berani buat pon. Walaupun angpa cuba bercakap dengannya, dia akan cuma mengiyakan dan mengaangguk sahaja. Kalau ini berlaku nescaya dia sedang merajuk. Haa..


Bab ini memang tabiat lelaki. Konon-konon bajet busy lah baca surat khabar, atau bahan bacaan lain. Tapi kalau surat khabar tu dibaca berulang kali tanpa sebab bermakna jiwa dia sedang tidak tenteram. Bila angpa wahai cik awek sekalian melihat keadaan ini, bermakna dia sedang menunggu angpa untuk memujuk dia. Mengada-ngada kan? Hehe.


Yang ni aku rasa standard kot. Kucing aku kat rumah pon kalau lambat bagi dia makan nampak muka dia masam je, inikan pula manusia. Lelaki bila merajuk memang la muka dia masam. Orang kata tak gentle. Tapi kalau dah hensem buat muka macam mana pon perempuan akan kata:

"Eiiii...comelnya dia!"

Macam gampang. Aku selaku lelaki ingin menegaskan lelaki juga mampu merajuk seperti wanita, tetapi mungkin mempunyai cara mereka tersendiri. Hakikatnya lelaki juga mempunyai perasaan yang perlu dijaga. Kadang-kadang lelaki buat-buat merajuk sekadar mahu menghukum agar pasangan tidak lagi melakukan sesuatu yang tidak disenanginya.

So jangan suka-suka cakap lelaki merajuk tak gentle ok. Sebab aku pon cepat merajuk, tapi dengan cik awek je la. Hehe.

...................................

Mantap jugak aku buat slide siap ada gambar, macam nak present kat lecturer bagi satu kelas paham.


-merci beaucoup-

16 July 2011

Lelaki Macho Atau Lelaki Soleh?

Aku kerap melihat-lihat gelagat remaja-remaja berpasangan berjalan-jalan di sekitar shoping complex. Setakat muda budak sekolah yang pegang-pegang tangan tu biasalah, darah muda. Eceh.. jangan tipu aku kalau angpa tak pernah buat. Kalau yang tangan masih suci tu Alhamdulillah, golongan macam angpa ni amat susah untuk dicari dan aku sangat respek dengan angpa.


Dulu kawan istimewa aku pernah cakap:

"Kalaulah dapat suami macam Fahri dalam cerita ni", ujar si dia sambil membelek-belek novel Ayat-Ayat Cinta.

Aku buat-buat tak dengar walhal aku amat terasa sebab aku tahu aku jauh sangat jahil kalau nak dibandingkan dengan Fahri tu. Padahal nama Zairul dengan Fahri tu kan tak jauh? Kan? Ada kaitan?

Lelaki ni lah Fahri. Tapi guwa pon tak tahu kenapa guwa pilih gamba ni. Scene yag menarik. Mungkin?

Okeh maka dengan itu aku dapat point pertama, wanita suka pada lelaki yang baik dan berperwatakan soleh. Inilah dia calon suami yang dorang sibuk cari. Sebab tu aku tak pelik bila aku selalu dengar kawan-kawan perempuan aku bersembang:

"Weyh hensemlah dia ada janggut sejemput. Cute!", ujar Rokiah.

"Haah la, kalau camtu balak aku mesti ada janggut jugak, baru macho!", respon Salmiah penuh excited.

Hah, suka yang berjanggut ye. Kambing? Err..tu lain kes, luar tabii, mungkin.

Tapi aku nak tekankan di sini tidaklah semestinya lelaki beriman itu menyimpan janggut. Dunia sekarang ni kalau nak pergi buat laporan wallet hilang dekat balai polis pon siap berkopiah, tu tak cerita lagi siap cepat-cepat pakai serban bila ada roadblock kat depan. Ya, kita selalu berpura-pura untuk kelihatan alim di khalayak ramai.

Pernah dengar alim-alim kucing?

Kucing ni namanya Haji Meow

Aku sempat buat review lelaki macam mana yang wanita cari ni. Kesemuanya mengatakan mereka jatuh hati pada perwatakan yang baik. Aku sempat sembang dengan Melah, Munawati dengan Mariam mengenai hal ini. Melah sangat suka pada lelaki seperti ini:


Kemudian Munawati mencelah. Mahu memberi pendapat yang tidak kurang hebatnya:


Namun antara mereka bertiga, aku paling tertarik dengan jawapan yang diberikan Mariam. Aku yakin dan percaya pilihan seperti Mariamlah yang akan menentukan kebahagian alam rumah tangga. Ujar Mariam: 


.............

Adakah ketampanan, kemachoan, gaji dan otot-otot sasa di badan angpa relevan dengan ciri-ciri lelaki idaman wanita-wanita tadi? Ya, mereka mewakili suara hati wanita.

Aku balik kerja bawak Yamaha Lagenda takde sorang awek pon nak tengok. Cuba kalau aku bawak BMW 5 Series? Siap baling nombor phone kat aku mungkin. Wanita spesies ini macam mana?


-merci beaucoup-

06 July 2011

Kerja : Sikap Syaiton dan Awek Cute

Bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara yang dilihat kian malap, maka aku pon mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur. Cerita ni macam kita selalu tengok dalam drama-drama Melayu bila anak kampung pergi kerja ke bandar. Aku pon salam memohon restu kedua ibu bapa sebelum beredar meninggalkan kampung tercinta. Biasanya babak camni la yang buat penonton tersentuh hati ni.


Setapak aku melangkah meninggalkan rumah, terlihat kelibat emak merenung menyoroti perjalanan aku sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Dalam hatinya mungkin berkata:

"Hensem jugak anak aku ni, mesti senang dapat kerja"

Haha.

Mungkin sebuah doa ikhlas dari seorang emak memohon sebuah perjalanan yang selamat untuk aku.

...........

Demi memenuhi bajet hidup yang ciput dan kos kehidupan di bandar yang tinggi, maka kerja yang ditarget pastilah kedai makan, semata-mata kerana berpeluang mendapat makan free. Kira cut-cost la apa lagi. Sudahnya McDonald yang dipilih berikutan kasihan melihat pekerja-pekerja mereka yang terpaksa membanting tulang dengan keras akibat kekurangan pekerja.

Ok itu tipu lagi.


Stylo kan restoran McDonald tersebut? Malangnya itu bukan tempat aku bekerja. Tempat dirahsiakan agar restoran McDonald tersebut tidak mendapat sambutan pelanggan yang luar biasa secara mendadak. Hehe.

Mungkin ramai yang beranggapan bekerja di restoran seperti ini hanya untuk mereka yang kurang berpendidikan. Walhal kebanyakan pekerja hanya bekerja secara part time sementara cuti semester dan masih sedang mengikuti pengajian. Hal ini berikutan pandangan-pandangan sinis beberapa pelanggan terhadap aku, seolah memperlekehkan aku yang sedang tekun bekerja. Pergh!



Kadang-kadang yang buat aku cukup meluat dengan mereka hanyalah lagak yang ditunjukkan. Terutamanya pasangan kapel yang memang dari kaunter berkepit macam takde space sebab pelanggan ramai sangat. Takpelah mungkin balak dia nak bagi a sense of protection dekat awek dia. Maklumlah awek dia sangat cun yang berisiko dimengorat oleh pelanggan lain dan tidak terkecuali para pekerja. Hehe.

Biasanya pasangan kapel  ni memang akan amek port hujung-hujung punya, yang agak-agak tersorok daripada pandangan mata kasar orang lain. Namun tidak pada aku, setiap inci pergerakan korang aku boleh nampak dengan teliti.

Oh memang Mekdi ni tempat korang nak bermadu asmara. Cukuplah tangan berselirat antara satu sama lain, sampai dah berpeluh tangan masing-masing. Mungkin. Kalau pasangan yang bermadu asmara secara senyap dan sopan aku tak kesah sangat. Tapi kalau yang makan sambil suap-menyuap, pastu bagi jelingan maut dekat aku seolah-olah aku adalah makhluk paling jeles ketika itu memang rasa nak siram air coke tu dekat muka diorang.

Ditambah pula dengan makan ibarat dua orang baby baru belajar makan. Inilah makhluk yang makan guna kaki bukan dengan mulut. Makanan sampai bersepah ke lantai. Nasiblah anjing tak terlibat dekat Mekdi ni, kalau tak sah-sah anjing join sekaki makan bawah meja. Pergh pedas dah aku rasa statement aku ni.

Tapi orang Malaysia ni ramai yang baik. Kebanyakannya akan mengucapkan terima kasih dan itu sudah cukup menyejukkan hati aku. Tapi kalau bagi tips sekali kat aku seringgit dua apa salahnya kan? Bayar parking pon tengah mahal ni. Hehe.

Teka lah pelanggan paling baik pernah aku jumpa macam mana?

"Bang, habes kerja pukul bape?", ujar sorang awek cute yang dari tadi duduk berseorangan sambil menikmati McChicken.

"Sampai closing, kenapa?", balas aku berhemah.

"Saya ada tiket wayang lebih ni, ingat nak ajak tengok sama. Haish", terlihat wajah awek tersebut mengeluh hampa.

"Maaflah saya tak dapat ikut", balas aku menjual mahal.

.............

Dah, cukuplah sesi mengarut. Esok kerja lagi. Haih.


-merci beaucoup-

16 June 2011

Ko Bercinta? Nak Lempang Boleh?

Zairull Nizam Entertainment (ZNE) mempersembahkan, satu lagi karya termashur abad ini. Mendapat liputan meluas seluruh pelusuk Taman Tema Sunway Lagoon. (Suka hati aku la nak tulis tempat ini, aku teringin nak pergi, ada masalah?)


Babak 1 : Bila Makan di Meja, Macam 10 Orang Tumpang Sekaki
"Ma, siketnya ma makan?", ujar si buaya dengan penuh caring. Sengaja cakap kuat-kuat. Nak bagi satu restoran dengar.

"Ala..tak lapar la pa..", mulut cik awek muncung-muncung, konon-konon nampak comel.

"Ma..nanti ma lapar pulak, meh pa suapkan,hehe". Okeh, dah mula syaiton si buaya ni.

"Pa ni nakal la", babak manja-manja dah mula.

"Eh ma ni, dekat la sket, jauh sangat tu, camne nak suap ma..", si buaya mengulum senyuman, penuh maksud tersirat.

Ni la yang aku maksudkan. Tak faham? Aku tak kesah kalau angpa nak pegang-pegang tangan himpit-himpit masa jalan ke tapi jangan time makan boleh tak? Kalau lah boleh paha nak himpit atas paha. Maklumlah meja kecik, kena jimat space.

Tapi mungkin aku ditakdirkan mendapat minda yang suci. Aku cuba sedaya upaya berfikiran positif.

"Alah..biarlah, cuaca sejuk ni, kang demam pulak awek beliau"

Tengah aku syok menikmati drama tersebut, sekejap lagi tangan si buaya naik belakang pinggang sambil menjeling tajam kat aku. Konon-konon nak bagi amaran jangan usha awek dia.

"Fak!! Ang ingat aku jeles ka? Apsal tiba-tiba aku tengok awek lu macam lumut tepi longkang? Boleh?", getus hati aku.

Lepas tu aku dengan member aku dengan muka selamba angkat kerusi kemudian cakap kuat-kuat:

"Ma..Pa sejuuukkk...sejuknyaaa...nak peluuuukkkkkkkk!!!"

Aku tarik kerusi dekat dengan member aku. Buat gaya macam pasangan tersebut. Sangat la wadafak.

kalau dah gersang sangat, cerita ni memang sesuai kot ditonton


Babak 2: Si Buaya dan Awek di Facebook.

Ini memang dah jadi trend dalam kalangan remaja masa kini. Bila balik dating terus hadap facebook nak bagitau satu dunia yang diorang ni hepi sangat sebab tengah in love. Biasanya pasangan macam ni jumlah friendlist dia tak kurang daripada 700 orang. Dan setiap friend dia harus tahu bahawa dia baru lepas keluar dating dan sedang sangat bahagia. Konon-konon nak bagi orang jeles. Nak remove kang kawan, kesian pulak.


Kadang-kadang puas aku berfikir apakah perlunya semua ini. Trend wajib tayang ini kian menular hebat. Tak boleh ke wish suruh mandi melalui sms je ke, ym ke, skype ke yang lebih private? Buat apa nak bagi tau satu dunia yang angpa  ni belum mandi? Meluat melihat news feed aku dipenuhi benda-benda macam ni. Naseb diorang tak tag aku:

"Zairull Nizam, jangan jeles tau, kitorang nak mandi sama"

Rajin je aku tarik cursor ke butang remove. Ah! Member tak member. Peduli hape. Takde sivik punya manusia.

.............

Sebenarnya ada lagi, ada masa aku tambah. Aku pon bukanlah baik sangat. Cuma saling mengingat. =)

-merci beaucoup.

28 May 2011

Dr Zairul : Pakar Penyelesai Masalah

Dua tiga hari ni aku hyper sibuk. Bangon seawal 6 pagi dan berehat selepas jam 11 malam. Memang kem suksis ni sengaja nak bagi aku slim sampai kerengga pon dengki melihat aku lebih slim daripada beliau.

Mujur bilik sebelah ada simpan stok majalah Ujang bersepah. Aku pon capai satu majalah tersebut dan mula menyelak satu persatu muka surat. Urat kepala aku berselirat bila membaca satu ruang khas untuk pembaca macam aku ni nak berkongsi masalah. Aku agak korang pon tau apa nama tajuk dia.

Aku cukup tensen bila baca masalah yang dilemparkan picisan semata. Ceh! Ini memang kes sengaja nak tunjuk masalah merepek-repek. Bukan aku tak tau perkongsian masalah korang yang hantar kat majalah Ujang tu semua rekaan semata.

Mulut aku ternganga bila terbaca :

"Masalah saya ialah mengenai jerawat. Lepas satu hilang, dua pulak yang timbul, dua ni tak hilang lagi, lagu dua timbul. Lepas dah semua hilang, timbul lagi! Saya naik runsing pikir masalah jerawat ni. Sebagai penyelesai masalah saya berharap sangat akak dapat selesaikan masalah saya ini."

Aku nak gelak ke nak kesian pon aku tak pasti. Kalau korang macam mana? Tapi si penjawab soalan jawab la jugak walaupun soalan kelihatan bunguks. Dapat yang lagi haru :

"Saya suka bangun lewat. Jadi saya selalu lewat pergi kerja. Masalahnya kak, bos saya pulak tak paham. Dia dah bagi warning dah. Tak silap saya ni dah bos saya yang ke lima. Di sini akak tolong la nasihatkan bos-bos tersebut kerana dengan jawapan akak ni saya nak fotostat dan pos ke pejabat mereka."

Dah la bertebiat tak elok, nak buang tebiat nak suruh keluarkan surat nasihat kat bos-bos beliau. Kadang-kadang aku rasa bukan betul pon cerita ni, saja nak kencing aku yang sentiasa prihatin dengan masalah-masalah rakyat Malaysia nih. Pergh!

Cuba kalau aku yang jadi macam Cik Kak penyelesai masalah tu. Agak-agak stylo tak?


Soalan :
"Dr, saya ada anak perempuan. Dia ni malas belajar. Saya dah penat hantar tuisyen tapi markah periksa dia teruk macam tu gak. Dr tolong la saya, pening saya dengan masalah anak saya ni" - Saya Yang Kesian, IPOH.

Jawapan Dr Zairul :
" Oh itu mudah saja. Hantar anak perempuan Cik tuisyen dengan saya. Maklumlah saya ni hensem pasti anak Cik lebih bersemangat untuk belajar. Di samping itu saya boleh buat duit siket. Kalau anak Cik lawa kahwinkan saja dengan saya. Selesai masalah beliau."

Soalan :
"Dr Zairul, saya ni hidup rasa terkongkong. Dekat sekolah ramai perempuan minat dengan saya. Sampaikan setiap kali saya pergi kelas saya pasti banyak surat cinta diletakkan di meja saya. Tu belum lagi masa nak balik sekolah, ramai awek-awek ajak saya dating. Belum cerita awek dekat kawasan rumah, awek kat kampung semua nak dekat saya. Salahkan saya terlalu hensem?" - Budak Hensem, KAJANG

Jawapan Dr Zairul :
"Pergi mampos!"

-merci beaucoup-

23 May 2011

Pekerja Nak Penampar















Moral of the story :
"Janganlah mengharapkan orang lain memahami kita, tetapi cuba sedaya upaya untuk memahami orang lain"


-merci beaucoup-

22 May 2011

Tak Terlawan Kacaknya




























Kalau dah kambing tu kambing jugak. Kalau angpa perasan kacak sama la macam kambing tersebut!

p/s: sila klik pada gamba supaya lebih besar 



-merci beaucoup-