28 May 2011

Dr Zairul : Pakar Penyelesai Masalah

Dua tiga hari ni aku hyper sibuk. Bangon seawal 6 pagi dan berehat selepas jam 11 malam. Memang kem suksis ni sengaja nak bagi aku slim sampai kerengga pon dengki melihat aku lebih slim daripada beliau.

Mujur bilik sebelah ada simpan stok majalah Ujang bersepah. Aku pon capai satu majalah tersebut dan mula menyelak satu persatu muka surat. Urat kepala aku berselirat bila membaca satu ruang khas untuk pembaca macam aku ni nak berkongsi masalah. Aku agak korang pon tau apa nama tajuk dia.

Aku cukup tensen bila baca masalah yang dilemparkan picisan semata. Ceh! Ini memang kes sengaja nak tunjuk masalah merepek-repek. Bukan aku tak tau perkongsian masalah korang yang hantar kat majalah Ujang tu semua rekaan semata.

Mulut aku ternganga bila terbaca :

"Masalah saya ialah mengenai jerawat. Lepas satu hilang, dua pulak yang timbul, dua ni tak hilang lagi, lagu dua timbul. Lepas dah semua hilang, timbul lagi! Saya naik runsing pikir masalah jerawat ni. Sebagai penyelesai masalah saya berharap sangat akak dapat selesaikan masalah saya ini."

Aku nak gelak ke nak kesian pon aku tak pasti. Kalau korang macam mana? Tapi si penjawab soalan jawab la jugak walaupun soalan kelihatan bunguks. Dapat yang lagi haru :

"Saya suka bangun lewat. Jadi saya selalu lewat pergi kerja. Masalahnya kak, bos saya pulak tak paham. Dia dah bagi warning dah. Tak silap saya ni dah bos saya yang ke lima. Di sini akak tolong la nasihatkan bos-bos tersebut kerana dengan jawapan akak ni saya nak fotostat dan pos ke pejabat mereka."

Dah la bertebiat tak elok, nak buang tebiat nak suruh keluarkan surat nasihat kat bos-bos beliau. Kadang-kadang aku rasa bukan betul pon cerita ni, saja nak kencing aku yang sentiasa prihatin dengan masalah-masalah rakyat Malaysia nih. Pergh!

Cuba kalau aku yang jadi macam Cik Kak penyelesai masalah tu. Agak-agak stylo tak?


Soalan :
"Dr, saya ada anak perempuan. Dia ni malas belajar. Saya dah penat hantar tuisyen tapi markah periksa dia teruk macam tu gak. Dr tolong la saya, pening saya dengan masalah anak saya ni" - Saya Yang Kesian, IPOH.

Jawapan Dr Zairul :
" Oh itu mudah saja. Hantar anak perempuan Cik tuisyen dengan saya. Maklumlah saya ni hensem pasti anak Cik lebih bersemangat untuk belajar. Di samping itu saya boleh buat duit siket. Kalau anak Cik lawa kahwinkan saja dengan saya. Selesai masalah beliau."

Soalan :
"Dr Zairul, saya ni hidup rasa terkongkong. Dekat sekolah ramai perempuan minat dengan saya. Sampaikan setiap kali saya pergi kelas saya pasti banyak surat cinta diletakkan di meja saya. Tu belum lagi masa nak balik sekolah, ramai awek-awek ajak saya dating. Belum cerita awek dekat kawasan rumah, awek kat kampung semua nak dekat saya. Salahkan saya terlalu hensem?" - Budak Hensem, KAJANG

Jawapan Dr Zairul :
"Pergi mampos!"

-merci beaucoup-

23 May 2011

Pekerja Nak Penampar















Moral of the story :
"Janganlah mengharapkan orang lain memahami kita, tetapi cuba sedaya upaya untuk memahami orang lain"


-merci beaucoup-

22 May 2011

Tak Terlawan Kacaknya




























Kalau dah kambing tu kambing jugak. Kalau angpa perasan kacak sama la macam kambing tersebut!

p/s: sila klik pada gamba supaya lebih besar 



-merci beaucoup-

Nama Yang Artistik

Satu hari ni aku hilang mood nak update entry. Ini semua gara-gara akaun Advertlets aku kena suspended sehari. Sudah lah macam-macam cerita yang yang herem guwa dengar pasal Advertlets nih, tiba-tiba dia buat hal telah membuatkan guwa mula tergerak hati usha kembali ke Nuffnang, Innity dan sebagainya. Agak-agak dah tau guwa nak pukul remove Advertlets, dan dan je akaun dah okay balik. Hah tau takot!

camni la muka advertlets masa guwa bagi amaran tadi

Bila aku review entry aku yang sebelum ni pasal buli ni, aku teringat betapa artistiknya nama member-member aku masa tu. Sehingga kini masih melekat kuat macam cicak kobeng kat siling rumah korang. Kalau korang sekolah asrama kompem korang pon terjebak dengan kancah nama-nama ni. Bagi yang belum baca entry tu sila klik DI SINI.

Bagi yang sedang mengandung dan masih tercari-cari nama anak, aku sarankan jangan terpengaruh dengan nama-nama di bawah meskipun enak di dengar. Bagi yang sedang couple jangan nak mengada-ngada berimaginasi nak bubuh nama apa untuk anak. Korang kena ambik kira makna tersurat dan tersirat di sebalik nama-nama tersebut.

Tambun
Merupakan nickname paling feymes sepanjang zaman. Jika korang berbadan sasa gempal dan berkulit kaler macam kicap Jasin, maka serta-merta korang layak digelar dengan nama ini. Hal ini berikutan karakter korang yang sesuai dengan singkatan nama ini yang bermaksud 'hitam-buncit'.



Kebab
Kebab memang sedap dimakan namun ia langsung tidak berkaitan dengan makhluk yang enak itu. Jika korang memegang takhta nama ini yang bermaksud 'kepala-babi' maka persilakan jadikan ia sebagai nama dalam ic anak korang.

Tobab
Jika korang memiliki sekandang binatang peliharaan herem seperti babi mungkin korang layak memiliki nama ini. Walaupun korang tiada kaitan dengan maksud nama ini iaitu 'tokey-babi' namun jangan terkejut, korang juga sentiasa berpeluang menjadikan ia sebagai nickname tersohor korang.

Manjong
Korang suka melawat ke Manjung di Perak? Pastinya ia menjanjikan percutian yang menarik dengan udara yang segar dan nyaman. Namun korang harus berhati-hati, sesetengah daripada korang boleh digelar Manjong kerana ciri-ciri korang yang menarik perhatian. Ya! Manjong bermaksud 'manusia-jongang'!
Namun jika korang memiliki nama ini korang harus berbangga kerana ia menjadi topik perbualan masa kini dan menjadi lagu karaoke di pusat-pusat hiburan mahupun kenduri kahwin. Jika korang mahu bernyanyi bersama Encik Manjong sila nyanyi lagu yang cukup popular ini.


Gamat
Minyak gamat boleh didapati dengan murah terutama di Langkawi. Ia mampu menyembuh pelbagai luka termasuk luka anak yang baru bersunat. Namun jika anak korang memiliki kaler kulit yang hyper gelap maka dia juga berpotensi untuk dipanggil gamat.

Zairull Nizam
Merupakan nama paling hot abad ni. Setelah dikenal pasti barang siapa yang memiliki nama ini pasti menjadi igauan awek-awek kampung mahupun cikaro di celahan bandar. Gampang!

...........

Okeh tamat sesi perkongsian ilmu hari ini. Wah ilmu sangat, haha.


-merci beaucoup-

20 May 2011

Misteri Orang Minyak

Minggu ni tamat untuk minggu pertama latihan suksis yang ala-ala latihan polis tu. Bila guwa tengok dahi guwa dah macam bendera Terengganu dah, ada line hitam dengan putih. Betapa tragisnya guwa sunburn kala ini.

Melihat muka guwa yang semakin berminyak, tiba-tiba guwa terdetik untuk tulis story pasal orang minyak. Apakah jadahnya semua ini?

..........

Pada suatu tengah hari yang terik, Azrul menensenkan dirinya dengan berfikir benda yang negatif sejak tadi.

"Aku ni dah la takde bini, awek pon takde, duit apatah lagi, semua la takde", bebel Azrul seorang diri di dalam pondok yang dijadikan kediaman tetapnya.

Semalam Azrul bengkak-bengkak seluruh badan akibat dibelasah along kerana tidak membayar hutang. Dia mula merasakan bahawa kehidupannya sangat tidak bermakna hatta tidak mempunyai masa depan.

"Bila la nak kaya kalau hidup terus macam ni? Nak kerja aku malas, tak larat nak jadi kuli orang", getus Azrul dalam hatinya.

Betapa daif hidupnya. Apabila lapar, terpaksa menjamah sekadar roti kering empat segi. Sudah menjadi makanan ruji baginya. Seusai itu, dia membaca surat khabar bungkus biskutnya akibat terlampau boring.

"Huih banyak iklan ni, baca iklan pon best jugak, mana tau boleh dapat idea", ujar Azrul sambil membelek-belek surat khabar tersebut.

maklhluk di atas bukan Azrul okay

Azrul terus membaca sehingga terbaca satu iklan yang cukup sensasi baginya.

"Ingin menjadi orang minyak? Atok sedia melatih anda menjadi orang minyak profesional! Antara kelebihannya adalah anda mampu mengayat awek dengan power sehingga menjadi awek anda! Boleh balas dendam kat along dan banyak lagi kelebihannya, malas nak cerita. Jika berminat hubung atau datang terus ke alamat Atok"

 "Okey jugak ni, boring dah jadi orang biasa. Baik aku jadi orang minyak pulak", putus kata hati Azrul.

Dipendekkan cerita Azrul pon bertemu la Atok tersebut. Maka Atok tersebut menerimanya sebagai anak murid.

"Ni nak jadi orang minyak masak ke minyak apa tok?", ujar Azrul penuh curious.

"Minyak hitam motor yang dah pakai. Syarat pertama kau mesti rogol 1000 orang anak dara kat kampung ni", Atok tersebut menetapkan syarat.

"Giler banyak!", getus Azrul di dalam hati.

"Malam ni kau dah kena start, ini semua sebagai ujian untuk kekuatan mental dan fizikal kau", ujar Atok.

..........

Pada malam tersebut, Azrul pon memulakan langkah sebagai orang minyak.



Pada masa yang sama Ali dan Ahmad sedang melepak di tepi bakau.

"Kau ni asyik hisap rokok je, bukan ke merokok tu membahayakan kesihatan?", soal Ali.

"Ala takpe, yang bahaya aku bukan korang", jawab Ahmad selamba.

Selepas menghidupkan rokoknya dengan batang mancis, dia pon melontarkan mancis yang masih bernyala itu ke belakang. Azrul yang kebetulan melalui tempat itu terkena mancis itu lalu telah membakar dirinya.

"Adei adei adeiii apii!!!", jerit Azrul apabila api menyambar seluruh badannya yang dipenuhi minyak itu.

"Kau cakap tak bahaya kat orang, tu kau tengok mamat tu, naya je", ujar Ali kepada Ahmad merujuk kepada situasi yang berlaku kepada Azrul.

Selepas berjaya memadamnya, Azrul meneruskan misinya walau sakit akibat kena sambar dek api. Ketika nak mengendap awek kaki beliau tergelincir atas simen la pulak gara-gara kakinya yang berminyak dan licin. Lalu kepalanya terhantuk kat bucu tangga.

Kemudian anjing tuan rumah pulak kejar beliau. Azrul cuba untuk memanjat pokok kelapa tapi dah panjat sampai ke atas, licin je melurut sampai ke bawah. Akibatnya senang la anjing tersebut menggigit beliau.

Setelah penat bergaduh dengan anjing tersebut beliau cuba menyeberang sebatang titi yang hanya boleh dipijak dengan sebelah kaki sahaja. Maka bertatih lah Azrul menyeberanginya.

"Keciknya titi, menyusahkan aku betul la", bebel Azrul.

Ditakdirkan kakinya yang licin itu telah menyebabkan beliau tergelincir. Bertambah malang apabila beliau terjatuh secara terduduk di atas titi tersebut. Maka anu nya telah terhentak kuat di atas titi yang ternyata keras.

"Silap-silap mandul aku nanti!", ujar Azrul sambil meraung kesakitan.

..........

Itu adalah antara keburukan menjadi orang minyak. Akhirnya Azrul insaf dan mengambil keputusan untuk memohon kerja sebagai pomen  di workshop milik membernya.

sekadar hiasan, bukan Azrul sebenar
Moral of the story: 
"Biar badan kotor kena minyak, asalkan jangan jadi orang minyak"


storyline is highly credited to bawang

-merci beaucoup-


19 May 2011

Misteri Volkswagen Kuning



Hujan turun renyai-renyai. Fakhrul semakin resah. Perjalanan lewat malam amat mencabar baginya kala ini. Apatah lagi terpaksa melalui perjalanan yang jauh merentasi dua negeri.

"Fakhrul, balik nak, ayah kau sakit"

Fakhrul termenung. Berita yang disampaikan oleh emak sebentar tadi sangat merisaukannya. Sebaik sahaja menerima berita itu Fakhrul terus mengambil keputusan untuk pulang ke kampung walaupun jam sudah menunjukkan 12 tengah malam.

"Aduih mengantuknya", Fakhrul bermonolog dalam dirinya.

Perjalanan melaui lebuh raya yang panjang ini terasa amat lama. Dia berharap dia akan cepat sampai untuk menemui ayahnya yang sedang gering.

"Ada lagi kereta tengah-tengah malam macam ni", getus Fakhrul di dalam hati sebaik melihat lampu sebuah kereta dari arah belakangnya.

Cahaya lampu semakin hampir. Mungkin pemandu itu memandu dengan laju. Sebaik sahaja kereta tersebut melintas, Fakhrul sempat melihat jenis model kereta tersebut. Volkswagen, kaler kuning.


Kereta tersebut memecut laju meninggalkan kereta Fakhrul. Semakin hilang dari pandangan.

Tiba-tiba Fakhrul terlihat lagi cahaya lampu kereta dari arah belakangnya.

"Aih, banyak pulak kereta malam ni. Laju pulak kereta kat belakang ni", bebel Fakhrul sendirian.

Sebaik sahaja kereta itu memotongnya, Fakhrul sempat menjeling jenis kereta tersebut di bonetnya.

"Morris Minor, kaler kuning lagi. Ni macam kereta tadi", ujar Fakhrul kehairanan.

Fakhrul mula berfikir sejenak. Rasanya kereta tersebut sudah memotongnya, bagaimana pula kereta tersebut boleh memotongnya sekali lagi? Nak kata Fakhrul yang memotongnya tiada pula.

"Kan ke dia dah jauh ke depan tadi. Camne dia boleh ade kat belakang aku balik?", soal Fakhrul di dalam dirinya.

Tidak berapa lama kemudian, muncul lagi sebuah kereta yang sama memotong kereta Fakhrul.

"Eh, dia potong lagi? Tak boleh jadi ni, seram pulak aih"

Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Fakhrul dari Kuala Lumpur ke Temerloh telah sepuluh kali kereta kaler kuning itu memotong kereta Fakhrul. Walaupun dalam ketakutan yang amat, digagahi jua untuk sampai ke kampung halamannya. Sungguh pengalamannya pada malam itu sangat menghambat perasaannya.

..........

Fakhrul tiba di kampung halamannya hampir ketika fajar mula menyinsing. Dalam keadaan cemas Fakhrul terus melulu masuk ke dalam rumah ayahnya itu.



"Apa hal kau ni Fakhrul? Muka pucat semacam?", emak adalah orang pertama yang menyambutnya di muka pintu.

"Hantu..hantu..hantu mak! Saya jumpa hantu masa saya bawak kereta tadi", balas Fakhrul terketar-ketar.

Dari kejauhan ayahnya mendengar suara Fakhrul yang terketar-ketar itu. Walaupun uzur ayahnya cuba bangkit untuk menyambut kepulangan anaknya itu.

"Apa hal yang kau takut sangat ni Fakhrul?", ujar ayahnya di sebalik pintu biliknya.

"Tadi saya balik dari KL ada kereta kaler kuning potong kereta saya. Lepas tu dia potong lagi, sedangkan saya tak potong pon dia. Lepas tu dia potong lagi, dan potong lagi, serammm...", terang Fakhrul panjang lebar.

"Kau pasti ke kereta tu jenis yang sama?", ayahnya mula mengambil alih perbualan.

"Pasti! Saya siap tengok jenis nama kat bonet kereta, Morris Minor!"

"Kaler pon kau pasti semua kuning?"

"Pasti ayah! Memang kuning!"

"Nombor plat kereta tu sama ke lain?"

"Err...lain", balas Fakhrul segan-segan.

"Tu maknanya kereta lain, kaler sama! Yang kau nak pergi takut tu apehal?", tengking ayahnya sambil mengetuk kepala Fakhrul.

Ayahnya yang sakit itu tiba-tiba berupaya berdiri gagah mengetuk dahi. Puan Emak pula terduduk sambil menghentak-hentak kaki ke lantai.




storyline credited to bawang :D


-merci beaucoup-

17 May 2011

Cita-Cita Masa Kecik

"Ok hari ni cikgu nak tanya kamu cita-cita kamu semua, apa yang korang nak jadi dah besar nanti"

Itu adalah intro pertama bila Cikgu Darjah Satu Bahasa Melayu aku melangkah masuk ke kelas aku. Sungguh inspiring abes cikgu aku. Aku adalah orang pertama paling semangat nak bagitau cikgu aku cita-cita aku. Biar member-member aku yang lain kagum. Padahal diorang masing-masing berhingus lagi, ntah tahu ke tidak cita-cita tu ape. Ceh!



"Cita-cita kamu apa Syazwan?", tanya cikgu aku kat member aku.

"Err..polis cikgu", balas beliau.

"Askar!", yang lain menyampuk.

"Bomba! Nak lawan raksasa macam otomen!"

"Saya nak jadi macam cikgu"

"Saya jadi artis, macam Zairul Rosyam Nor!"

Pelbagai jawapan dikeluarkan oleh diorang. Cikgu aku hanya tersenyum menyokong. Tiba-tiba member aku yang paling cun berdiri.

"Saya nak jadi isteri yang solehah cikgu, saya nak kawen dengan Zairul!"

Ok dah dah. Dasar budak hingusan. Baru Darjah Satu dah menggatal. Sungguh tak matured pemikiran diorang ni. Walhal aku pon sebaya dengan diorang. Keh keh!

"Kamu Zairul?", ujar cikgu aku penuh curious.


Aku pon berdiri dengan penuh bergaya. Ala-ala business man bangun dari kerusi lepas abes mesyuarat tergempar. Satu kelas memandang tepat ke arah aku. Semua tak sabar-sabar menantikan jawapan seorang jejaka paling feymes masa tu. Ok itu tipu.

"This is my story....", aku memberi intro dengan cakap bahasa mat saleh. Semua dah terpegun.

KLIK untuk mengetahui CITA-CITA guwa

..........

Amacam orite tak? Semua nak ada impian agar menjadi orang banyak berjasa kepada dunia. Apatah lagi akhirnya dikenali seluruh dunia kerana jasa anda yang memberi kesan mendalam kepada bangsa dunia. Pergh!


Dulu masa kecik-kecik Pak Uda aku pernah tanya guwa.

"Nanti dah habes belajar nak kerja apa?", ujar beliau.

"Nak jadi juruterbang kot", balas aku tertunduk-tunduk. Tak berapa yakin dengan jawapan sendiri.

"Eyh, mana boleh, bahaya, kang ang jatuh dari langit tu kang sapa nak jawab?", tegas beliau. Dari riak wajahnya nyata beliau tidak bergurau.

Dalam hati aku membentak-bentak. Kenapa tak cakap jadi doktor bahaya nanti tercucuk jarum? Kenapa tak bagitau jadi peguam bahaya nanti kena bunuh sebab orang yang dijatuhkan salah, family dia mai balas dendam? Kenapa tak cakap penggali kubur bahaya sebab boleh tercangkul kaki sendiri?

Pada aku semua pekerjaan ada risiko. Yang penting niat kita kerja tu ikhlas dan ingin membantu keluarga. Apa pun pekerjaan kita, pekerjaan ibu-bapa kita, selagi ia tidak menyalahi hukum agama, semuanya hanyalah untuk mencari seperiuk nasi.

Apa pun cita-cita korang, aku doakan semoga sukses dan berjaya mencapai cita-cita korang. Aku ni cakap nak jadi pilot tapi tak jadi pon. Biarlah rezeki ALLAH ada di mana-mana.

p/s: cita-cita korang time kecik apa pula?

-merci beaucoup-

16 May 2011

Kena Pukul Masa Sekolah PART II

Tadi masa aku makan chicken chop dengan Tiz Zaqyah, aku teringat ada beberapa siri bantai budak kat sekolah aku dulu. Memang nampak macam takde kaitan antara Tiz Zaqyah dengan bantai budak, tapi itulah yang dinamakan inspirasi. Mak aih.

Lepas kenyang makan punya banyak, aku tengok sang perut. Bagus, six pack dah cover boroi. Sambil tu aku sempat belek-belek Youtube, tengok kalau ada video Tiz Zaqyah masa muda-muda dulu. Tapi aku lagi tertarik dengan budaya para remaja kontemporari yang seolah-olah mudah hanyut dek hedonisme sadawarsa ini. Pergh!


Inilah yang aku katakan tadi. Apatah lagi apabila kaum hawa turut terlibat sama. Biasanya kes-kes camni video dia memang HD abes, semua pakat rakam pakai kamera henset je. Budak-budak yang tengok siap buat wayang, bukan nak leraikan ke apa. Tunggu part kalau-kalau kain diorang terselak. Bukannya aku tak tau niat suci murni tersebut.

Tapi benda-benda ni tak la setragis mana selagi ia tak melibatkan darah. Ada lagi gengster, siap bawak parang la, kayu la, dapat yang lagi gengster siap bawak penyodok pasir curi dari umah bapak diorang. Belum kira yang curi cangkul Pakcik Kebun Sekolah. Yang tu lagi stylo kot.

Sejahat-jahat budak sekolah aku takde la sampai ke tahap camtu. Aku sendiri pon tak pernah tengok perempuan gaduh live depan mata. Maklumlah sekolah lelaki. Ya aku sekolah semua lelaki. Takda apa yang pelik, jangan korang pikir bukan-bukan.

Nak cerita betapa rajanya senior-senior aku masa sekolah dulu memang tak boleh lawan. Aku rasa Agong pon tak cukup raja macam diorang. Ada sorang senior ni memang terkenal dengan kemalasan tahap mokhsya beliau. Budak-budak junior macam aku ni kalau nak lalu depan dorm dia memang pikir berpuluh kali, sebab kompem kena panggil suruh buat kerja. Dapat yang malang siket :

"Hoi kau! Sini jap, Ko pergi cari bekas, isi air, basuhkan tangan aku, dah kering dah ni", ujar beliau dengan nada memerintah.



Biasanya lepas korang makan korang buat apa? Mestilah basuh tangan kan? Tapi cuba korang banyangkan betapa gengster nya beliau. Lepas makan beliau bantai tido dulu, dah agak-agak tangan dah kering baru nak pergi basuh. Dengan muka mamai muka baru bangun tido daripada terlentang dekat atas lantai dorm, beliau pon mengarahkan member aku untuk basuhkan tangan beliau yang kebetulan lalu depan dorm beliau. Wadafak!


Saja aku letak gamba tangan hyper kotor kat atas ni, nak tunjukkan betapa kotornya perangai beliau. Yang aku hairan golongan yang selalu kena sumpah dengan budak-budak junior ni biasanya result bagus-bagus. Tang cite pasal beliau tadi, sekarang kalau aku tak salah belaiu dah buat dentistry, Kira hebat juga tahap otak beliau.

Tapi kalau suami suruh basuhkan tangan suami lepas habis makan tu lain cerita. Tu dikira bermesra antara suami isteri. Aku pun mau buat. Ni nak mesra apa laki sama laki. Yang tu dah mesra lain. Haru.

..........

"Weyh! Warden!"

Seorang lari ikut pintu. Kebanyakannya lari ikut tingkap. Cukup stylo. Sebab tu la sekolah aku melahirkan pelompat pagar tahap dewa. Ilmu melesapkan diri memang sudah tersemai dalam diri masing-masing.

Dulu kalau ikut peraturan, pukul 11 malam mesti dah takde dalam kelas. Sekolah asrama mesti ada prep malam. Kalau korang sekolah asrama mesti korang da cukup paham punya. Lepas kelas tak semua ikut peraturan balik dorm. Gengster sekolah mesti la langgar peraturan. Agak-agak dah pukul 12 tengah malam aku boleh lepak lagi dengan member-member aku dalam kelas. Kalau study pon boleh kena pelangkung dengan warden apatah lagi kantoi main satu game ni.


Tipu la kalau korang tak pernah try main macam ni. Main bola guna kertas. Kertas tu nanti kena seletip supaya bulatan dia lebih kukuh dan lebih masyuk untuk disepak. Kalau pakai bola ni cuma boleh main dalam kelas je, tak pon dalam dorm.

Biasa la bila masing-masing nak tunjuk terer, mulut pon sama sekali main. Agak-agak kalau main tu senyap takpa, ni sengaja mengundang kemarahan warden, nak test speed sapa lari paling laju dari warden. Yang lepas kira hebat la, walaupun sebenarnya takda teloq semua takut mencicit lari. Yang kena tangkap nih naya, paling koman pon rotan satu dua kali kat punggung kasi sedar siket. Kalau kena tangkap dengan warden yang ustaz-ustaz, mesti kena leter ceramah dulu baru dia bagi rotan. Masa tu panas telinga, masing-masing tunduk kepala konon-konon menyesal dengan tindakan diorang.




Masa nak kena rotan tu, posisi mestilah betul. Sebab warden nak kasi hadiah kat punggung, tangan mesti kena pegang meja atau dinding. Darah gemuruh. Rasa-rasa macam rotan dah nak kena mulalah punggung tu tergerak-gerak ke depan. Kononnya dapat mengurangkan kesakitan. Padahal warden tak buat apa pon lagi.

"Piap!!"

Kemudian terus salam warden siap cium tangan. Punya menyesal la katakan.

"Terima kasih cikgu. Saya janji tak buat lagi"

Kalau bab-bab drama memang paling terer. Tiz Zaqyah pon kena banyak belajar lagi.



..........

"Korang semua sini. Buat satu barisan. Sebab korang dah buat salah maka aku nak korang bersihkan bilik ni. Esok inspection kan"

Itu dia, warden tak bertauliah. Baru je sakit punggung balik dorm, punggung tengah merah lagi dah kena lagi dengan lahabau senior. Kalau berani duduklah asrama. Kejap lagi korang da senior korang pulak buat benda yang sama. Memang dunia ni sentiasa berputar la.

"Eleh, baru kena siket dah menangis. Aku dulu masa junior siap kena bantai dengan fire extinguisher sampai darah tau tak, steady je"

Tu la ayat poyo korang nanti.

Lakonan semata-mata. Tapi tempat kes bantai yang sebenar

-merci beaucoup-

Kena Pukul Masa Sekolah PART I


Cuaca amat terik. Peluh-peluh jantan membasahi seluruh ruang muka. Tangan dan badan menggigil, kali ini bukan kerana kesejukan atau takut tapi tahap panas yang melampau membuatkan badan terhidrasi dengan cepat. Dalam beberapa ketika baju yang menutupi badan lencun dek disimbah peluh mencurah.

Baru satu hari aku turun latihan suksis. Bagi yang belum tau suksis itu apa, klik DI SINI. Cuaca yang panas membakar membuatkan sel-sel kulit terpaksa bekerja keras mengeluarkan seberapa banyak cecair bagi menyejukkan kulit, agar kulit tidak terbakar dengan mudah. Maka terhasil lah satu warna kulit yang menawan, yang diidamkan kebanyakan mat saleh, yang dipanggil tanned skin colour, namun orang Melayu panggil sunburn jeh. Sungguh linguistik orang Melayu kita ni.

Sepanjang hari latihan kawad. Seronok bila seluruh skuad memberi kerjasama yang baik untuk menghasilkan rentak kawad yang bersepadu dan berkeyakinan. Cewah!. Namun yang paling bertuah mestilah aku sebab Cik Jurulatih tu siap bagi push up banyak-banyak. Aku yang tangan besi ni memang takde masalah. Fakk!!

JIka nak dibandingkan kadar lilitan tangan aku dengan hero di atas memang tiada cacat celanya. Namun pada hari ini aku bukan nak cerita bagaimana nak membesarkan tangan macam Zairul hero di atas. Bila kena push up atau dalam bahasa ibunda disebut sebagai tekan tubi, aku teringat kenangan masa sekolah asrama dulu. Memang sungguh wadafak!

Zaman kecil aku ketika sekolah asrama dulu, atau sering ditimang-timangkan sebagai usia masih jambu, tidak bermisai dan tidak berbulu, adalah merupakan satu zaman yang sangat memeritkan. Ramai daripada kami terpaksa menjadi hamba abdi bagi memenuhi tuntutan nafsu serakah senior-senior dalam melunasi hasrat diorang. Nafsu yang dimaksudkan bukan nafsu seks seperti yang korang sedang syok bayang, tapi nafsu berkaitan keduniaan seperti nafsu malas buat kerja, nafsu makan bla bla bla. Korang ni bab pikir bende kuning memang laju, tak payah la nak mengencing aku.

"Woi, kau amek duit ni pergi tukar syiling seringgit, aku nak basuh baju", arah seorang lahabau senior.

Dulu kat sekolah ada mesin basuh. Mesin ni memang senior je la yang banyak pakai. Maklumlah bab membasuh memang diorang lah golongan paling malas. Tapi mesin kena masukkan duit seringgit syiling 2 keping.


Bagi yang dah lupa macam mana rupa bentuk syiling seringgit, korang boleh refresh kat gamba atas. Maklumlah duit ni dah tak dipakai sekarang. Bab nak cari syiling ni yang payah, sebab memang ada siket je, dan kebanyakannya dah dimasukkan dalam mesin basuh pon. Kami yang kecik ni kecut perut kalau tak dapat carik.

"Abang, takde lah syiling, penat dah saya round satu hostel, takde yang simpan syiling seringgit", ujar aku penuh sayu.

"Itu bukan masalah aku, itu masalah kau!", tengking si senior.

"Kau turun sepuloh!"

Tiba-tiba pulak member dia yang takde kaitan dalam permasalahan tersebut memberi denda kat aku. Aku tak banyak soal, aku yang dari tadi jantung bagai nak jatuh ni  pon ikut je la, takut kena pukol kot, aku layan je la. Lagi syok plak kalau member aku lalu depan dorm diorang :


"Ha! kau sekali pumping!"


Haish tak pasal-pasal member aku kena. Kesian dia. Aku memang nak bantai balik diorang tu, bukan apa, kesian jek, kang masuk kes polis pulak kang. Ceh!


..........

Jap lagi gua sambung, Tiz Zaqyah ajak aku makan chop stick kat kolej sebelah

15 May 2011

Misteri Bola Pin Pong

"Mak!", jerit Fakhrul hampir melaung.

Dari kejauhan lagi Datin Rosmah melihat anaknya Fakhrul berlari-lari anak membawa beg sekolahnya. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Memang patutnya anaknya itu sudah balik dari sekolah.

"Kenapa ni Fakhrul? Tak pernah pulak kau balik sendiri, selalunya ayah kau yang kene ambil"

"Ala..ayah lambat sangat. Tadi cikgu pesan suruh mak atau ayah tandatangan buku ni", ujar Fakhrul sambil menunjukkan buku rekod peperiksaan miliknya kepada ibunya.



Ramai mengakui Fakhrul merupakan anak yang pintar. Sejak berada di Darjah Satu lagi Fakhrul sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Sehingga kini sudah berinjak ke Darjah Enam, rekod tersebut masih lagi dipegangnya. Maka Fakhrul sering menjadi bualan jiran-jiran di kawasan perumahannya, menasihati anak masing-masing agar mencontohi sikapnya yang kuat menelaah pelajaran itu.

"Alhamdulillah, camni la anak Mak"

Datin Rosmah memuji anaknya sambil mengusap-ngusap rambut satu-satunya anak hasil perkahwinan dengan Dato' Johar.
Dalam diam tercalit rasa bangga yang menebal dalam dirinya kerana berjaya membesarkan anak sebijak Fakhrul.

"Kali ini Fakhrul nak hadiah apa? Playstation? atau laptop?", tawar Datin Rosmah sebagai habuan kepada Fakhrul atas kejayaannya. Baginya wang bukanlah satu masalah. Selaku isteri kepada Pengurus Besar Temasik Holdings, beliau sentiasa berbangga atas kejayaan suaminya dalam menguruskan syarikat tersohor itu.

"Errr..tak nak lah Mak, Fakhrul cuma nak 50 biji bola pin pong je", sengih Fakhrul.

Kemahuan anaknya segera dipatuhi. Malah beliau sudah dapat menjangkakan hasrat anaknya itu. Ini bukanlah kali pertama Fakhrul meminta perkara yang pelik seperti itu. Sejak dari Darjah Satu lagi Fakhrul telah dihadiahi sebiji bola pin pong atas permintaannya. Kemudian meningkat kepada 10 biji ketika Darjah Dua dan bilangannya sentiasa meningkat saban tahun. Perkara tersebut sangatlah dihairani Datin Rosmah dan Dato' Jahor walhal Fakhrul bukanlah gemar bermain pin pong malah tidak pernah sekalipun bermain permainan itu. Setiap kali dihadiahkan bola pin pong, Fakhrul hanya menyimpannya di dalam sebuah bakul di bawah katilnya.

..........

5 tahun sudah berlalu. Fakhrul semakin meningkat dewasa. Kebanyakan remaja pada usia seperti Fakhrul pasti suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan namun tidak pada Fakhrul. Habis sahaja peperiksaan SPM Fakhrul lebih gemar mengabdikan diri di rumah tanpa melakukan apa-apa, sekadar menghabiskan masa dengan melayari internet dan menonton televisyen.

Hari ini keputusan SPM akan dikeluarkan. Dato' Johar dan Datin Rosmah sedang bersiap-siap untuk menghantar anaknya ke MRSM tempat Fakhrul belajar. Tujuannya cuma satu, untuk mengambil slip keputusan peperiksaan terbesar yang akan menentukan masa depan anaknya itu.

Setibanya di sana, Fakhrul sekadar menegur dua tiga orang rakannya yang dirasakan paling rapat. Yang lain seolah-olah tidak dikenalinya walhal menjadi rakan seperguruan sejak Tingkatan Satu lagi. Apa yang penting baginya adalah mengambil slip keputusan dan menyerahkan kepada kedua ibu bapanya.

Sejak di sekolah menengah, Fakhrul memang tidak mempunyai ramai kawan. Sikapnya yang suka menyendiri malah kerap bercakap-cakap sendirian membuatkan pelajar lain takut untuk menegurnya. Apatah lagi apabila duduk di asrama, pelbagai kejadian aneh kerap berlaku.

Fakhrul dikenali segenap pelajar di sekolahnya sebagai pelajar yang pendiam dan psiko. Dahulu dia pernah ditegur warden kerana kerap merayap di sekitar sekolah pada waktu tengah malam. Malah yang lebih merisaukan masa malamnya dihabiskan dengan menyendiri di atas bumbung asrama.

Kejadian-kejadian aneh yang menimpa Fakhrul tidak pernah diketahui ibu bapanya. Malah guru-guru berat mulut untuk menceritakan hal yang sebenarnya. Pernah ketika berada di Tingkatan 4 Fakhrul telah cuba untuk membunuh diri namun sempat diselamatkan para warden bertugas. Dia dipercayai histeria dan terpaksa diubatkan dengan bantuan ustaz-ustaz.

Perkara tersebut masih segar diingatan seluruh warga sekolah sehingga ke hari ini. Para guru mengharapkan inilah hari terakhir Fakhrul menjejakkan kaki ke sekolah ini seolah-olah kehadirannya tidak dijemput.

Sebaik sahaja Fakhrul mengambil slip peperiksaan tersebut, dia terus memberikannya kepada ibu bapanya tanpa melihat dahulu apa yang tertulis di sebalik selembar kertas itu.

"Baiklah Fakhrul, kali ini hadiah apa yang kamu nak? Ayah harap bukan bola pin pong lagi", tawar Dato' Johar sebaik melihat slip keputusan anaknya itu, sesuatu yang telah dijangka dari awal.

"Emm..ala murah je ayah, Fakhrul cuma nak 500 bola pin pong je, boleh kan?"

"Fakhrul nak buat apa bola tu banyak-banyak? Yang dulu berlambak, tak diguna pun", kali ini Datin Rosmah yang mengambil alih perbualan.

"Ada la mak, ayah...please.."

..........

Sebentar lagi flight Fakhrul akan dibuka untuk penumpang masuk. Datin Rosmahlah orang yang paling sedih untuk melepaskan anaknya bagi meneruskan pengajian di luar negara. Stanford Universiti. Bukan calang-calang universiti. Namun demi cita-cita anaknya direlakan jua walau hati menderita.

"Ayah, bola-bola pin pong Fakhrul ada bawak kan tadi?", soal Fakhrul kepada ayahnya.

"Ada. Tertinggal kat dalam kereta. Fakhrul biar betul nak bawa sama semua tu. Banyak tu, satu guni. Berat.", leter ayahnya tidak bersetuju dengan tindakan anaknya untuk membawa sama hasil Fakhrul mengumpul bola pin pong selama lebih 12 tahun sepanjang hidupnya.

"Kejap, Fakhrul nak pergi ambil kejap."

"Fakhrul, kamu nak buat apa dengan bola pin pong banyak-banyak tu? Berat kamu nak bawak tu", ujar si emak.

"Ala ada la, mak jangan risau eh"

"Cuba kamu beri tahu mak dengan ayah ni, apa sebenarnya tujuan kamu kumpul banyak-banyak bola tu. Kami dah penat bertanya tapi kamu tak nak jawab. Kalau kamu tak nak jelaskan ayah tak bagi kamu ambil bola tu", ujar Dato' Johar dengan suara hampir meninggi.

"Ntah kamu ni, baik kamu bagitau cepat", si emak turut menyokong kenyataan suaminya itu.

"Ok ok, Fakhrul akan bagi tau, tapi lepas Fakhrul ambil bola-bola tu semua kat kereta ye. Fakhrul janji", balas Fakhrul.

Janji Fakhrul sedikit sebanyak melegakan kegusaran Dato' Johar dan Datin Rosmah malah tidak sabar-sabar untuk mengetahui misteri di sebalik sikap anaknya yang suka mengumpul bola pin pong sejak kecil lagi.

Kedua ibu bapa Fakhrul sekadar mampu memerhatikan Fakhrul dari kejauhan berjalan mundar mandir menghampiri kereta.

..........

"Fakhrul!!", jerit Dato' Johar dan Datin Rosmah hampir serentak.

"Bam!"


----------

Sudah ditakdirkan Fakhrul pergi meninggalkan kedua ibu bapanya buat selama-lamanya. Kejadian Fakhrul dilanggar kereta ketika melintas untuk mengambil seguni bola pin pongnya itu menjadi sesuatu yang amat dikesalkan kedua ibu bapanya. Kesemua tragedi ini berlaku hanya kerana bola pin pong. Namun mereka pasrah kerana ia telah ditakdirkan tuhan untuk Fakhrul pergi lebih awal.

Walau bagaimanapun, bola ping pong itu masih menjadi misteri. Tiada siapa yang mengetahui malah mampu meneka apa rahsia di sebalik bola ping pong yang menjadi sebahagian hidup Arwah Fakhrul. Anda pula bagaimana?

Inilah cerita misteri bola ping pong.



..........

Penat membaca? Guwa lagi penat dengar cerita ni dari cikgu guwa masa sekolah dulu. Tau endingnya camtu rasa nak hentak-hentak kaki dan baling kerusi ke arah cikgu whiteboard je. Haha :P


First Entry Memang Macam Bangang

Assalamualaikum semua

Sekejap, sekejap, sekejap! Ni entry pertama nih .

Pergh power, dah selangkah ke hadapan dah aku . Haha .

Aku tak sangka betul la cepat betul habis satu sem, la ni da habis dua sem, member yang lain semua dah balik, tinggal la aku ni sorang-sorang kat bilik tak tau nak buat ape .

Hari ni dah berapa banyak movie aku layan pon aku dah tak ingat . Aku punya rumet yang botak baik tu baru balik petang tadi. Tinggal lah aku dekat aras ni sunyi dan sepi, cuma tinggal beberapa member yang terlibat dengan kem yang dari tadi dok bising bawah blok ni ha, wat sub ala-ala cheer rugby tu ha .

Bilik aku ni dah makin kosong. Cuma aku tunggu arahan kena halau dari bilik ni baru aku kemas semua . Aku punya rumet ni ada lah tinggalkan sebungkus sabun baju cap harimau jadian kuat yang dah tinggal serdak .

Kejap lagi aku plan nak sental baju-baju yang dah lama dalam bakul tu, tapi sebab tulang aku ni agak rapuh maka tugas menyental aku serahkan dekat cik washing machine, dia tentu suka . Yang lain rumet aku wasiatkan aku sampah-sampah nota exam yang dia nak buang, tapi bagi tinggal kat bilik konon-konon nak bagi aku tengok betapa seronoknya course dia .

.....

"Eh baru aku perasan cantik rupanya meja aku" ujar aku dalam keadaan monolog dalaman .

"Tengok la sapa yang jaga kami", balas meja aku seolah-olah memahami apa yang terbuku di hati sanubari aku ni .

Mendengar perbualan yang berbaur pujian dari meja maka aku pon capai kamera digital shamsul samsung milik kawan aku . Lalu klik klik klik..

*nampak tedy bear kecik tu, dia la yang selalu teman aku study

"Alah macam perempuan lah meja ko!", ujar sorang member .

"Mana la aku tau bahawa aku amat kreatif sampai camni"


* bilik aku juga dikenali sebagai muzium pameran :P

Pergh, ni dah masuk mood berlagak nih!

Uish, ni la antara koleksi dalam bilik aku yang aku sayang dan sentiasa menaikkan semangat aku dalam industri nasyid, pergh haha . Dalam setahun ni alhamdulillah banyak la team nasyid aku yang nama dia gila power iaitu Cahaya Gemilang (CG) menang dalam pertandingan . Kenangan paling manis aku adalah dapat join Festival Nasyid Kebangsaan tahun lepas yang banyak meningkatkan pengalaman dalam nasyid .

Selain itu, berpeluang berduet bersama Maher Zain dalam konsert beliau membuat peminat menjadi semakin fanatik .

Ok itu tipu .

.....

Sebenarnya aku tak balik ni sebab aku terlibat dengan kem suksis, atau kem polis la lebih kurang . Nampaknya aku akan kembali jadi muda dengan memotong rambut sependek-pendeknya . Namun yang lebih tragis apabila terpaksa memotong sideburn malah mencukur misai dan janggut yang telah lama tersemai subur di muka aku ni .

Jangan jeles bila esok tiba-tiba ada orang sapa aku :

"Eyh Ashraf Sinclair!! laaa Zairul rupenye"

Kuang3 dah dah melampau .


-merci beaucoup-