16 July 2011

Lelaki Macho Atau Lelaki Soleh?

Aku kerap melihat-lihat gelagat remaja-remaja berpasangan berjalan-jalan di sekitar shoping complex. Setakat muda budak sekolah yang pegang-pegang tangan tu biasalah, darah muda. Eceh.. jangan tipu aku kalau angpa tak pernah buat. Kalau yang tangan masih suci tu Alhamdulillah, golongan macam angpa ni amat susah untuk dicari dan aku sangat respek dengan angpa.


Dulu kawan istimewa aku pernah cakap:

"Kalaulah dapat suami macam Fahri dalam cerita ni", ujar si dia sambil membelek-belek novel Ayat-Ayat Cinta.

Aku buat-buat tak dengar walhal aku amat terasa sebab aku tahu aku jauh sangat jahil kalau nak dibandingkan dengan Fahri tu. Padahal nama Zairul dengan Fahri tu kan tak jauh? Kan? Ada kaitan?

Lelaki ni lah Fahri. Tapi guwa pon tak tahu kenapa guwa pilih gamba ni. Scene yag menarik. Mungkin?

Okeh maka dengan itu aku dapat point pertama, wanita suka pada lelaki yang baik dan berperwatakan soleh. Inilah dia calon suami yang dorang sibuk cari. Sebab tu aku tak pelik bila aku selalu dengar kawan-kawan perempuan aku bersembang:

"Weyh hensemlah dia ada janggut sejemput. Cute!", ujar Rokiah.

"Haah la, kalau camtu balak aku mesti ada janggut jugak, baru macho!", respon Salmiah penuh excited.

Hah, suka yang berjanggut ye. Kambing? Err..tu lain kes, luar tabii, mungkin.

Tapi aku nak tekankan di sini tidaklah semestinya lelaki beriman itu menyimpan janggut. Dunia sekarang ni kalau nak pergi buat laporan wallet hilang dekat balai polis pon siap berkopiah, tu tak cerita lagi siap cepat-cepat pakai serban bila ada roadblock kat depan. Ya, kita selalu berpura-pura untuk kelihatan alim di khalayak ramai.

Pernah dengar alim-alim kucing?

Kucing ni namanya Haji Meow

Aku sempat buat review lelaki macam mana yang wanita cari ni. Kesemuanya mengatakan mereka jatuh hati pada perwatakan yang baik. Aku sempat sembang dengan Melah, Munawati dengan Mariam mengenai hal ini. Melah sangat suka pada lelaki seperti ini:


Kemudian Munawati mencelah. Mahu memberi pendapat yang tidak kurang hebatnya:


Namun antara mereka bertiga, aku paling tertarik dengan jawapan yang diberikan Mariam. Aku yakin dan percaya pilihan seperti Mariamlah yang akan menentukan kebahagian alam rumah tangga. Ujar Mariam: 


.............

Adakah ketampanan, kemachoan, gaji dan otot-otot sasa di badan angpa relevan dengan ciri-ciri lelaki idaman wanita-wanita tadi? Ya, mereka mewakili suara hati wanita.

Aku balik kerja bawak Yamaha Lagenda takde sorang awek pon nak tengok. Cuba kalau aku bawak BMW 5 Series? Siap baling nombor phone kat aku mungkin. Wanita spesies ini macam mana?


-merci beaucoup-

11 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:

cik bulan said...

senyum je-->boleh x..haha

maya anis said...

:)laki...laki
http://septgurlz.blogspot.com/2011/07/rupanya-ader-lg-lelaki-macam.html

tlg jawab??

Alin Liyana said...

hehehehe
laki2 , smpi ke situ pikir :)

ciknabil-a said...

mestila laki soleh..
hee..

misspurple said...

suka post nih~ =)

missjana said...

bukan, pompuan je mcam tu..laki pun msti nak yang baik kn?yg solehah, yang sopan santun n bla..bla...sb, lumrah manusia sukan kebaikan....:)

Zurina said...

post yg menarik...hehe. Rmai pempuan dluar sana...bila dtanya, kt nk suami soleh...klau tanya yg pkai skirt pendekpun +++ rmai yg jwb cam2...;)

Fatin Baharum said...

haha. if laki pon same je, tny mat rempit nak bini camne, bini tutup aurat.

ina said...

Nobodys perfect...*tetibe*
ade kaitan ke?? muahahaha

Eyka said...

#erk kalau eyka..eyka nak laki cun..sebab eyka dah kacak! haha:P

ziana said...

Sebaiknya ikut apa yg telah digariskan oleh agama Islam.. Harta Benda, Cantik handsome tidak bawa ke mana...Salam Kenal