13 August 2011

Sumpah Seranah

Aku bangun tidur. Bahana tidur siang mungkin, tekak terasa kering sangat. Baru aku sedar, dua hari ni baru 3 gelas je aku minum. Satu gelas masa sahur semalam, satu lagi masa berbuka semalam dan satu lagi masa sahur pagi tadi.

Masa ni keimanan aku mula goyang. Tengok Mak tengah mop lantai dekat dapur terpikir pulak kalau-kalau dia tak perasan aku ambil air sejuk dekat peti ais. Tu semua kalau la.

Dekat pukul 10 pagi. aku mandi. Kalau dapat tibai minum siket air sedap jugak nih. Lama aku mandi. Tapi tak tersampai hati nak membatalkan puasa. Aku bukan budak kecik curi-curi minum air dekat bilik air. Langsung takde kelas taknak puasa dengan cara macam tu. Sekurang-kurangnya dapat segarkan badan, takde la rasa kering tahap gaban badan aku ni.

Aku tekup tangan dekat dahi. Tekup pulak dekat leher. Panas. Hari-hari puasa memang mudah kena demam. Mula lah menyesal sebab kurang minum air. Teringat puasa tahun lepas, masa tu puasa dekat kolej. Masa tu aku kena demam panas baik punya. Kuliah habis semua tak pergi. Bukan malas, tapi berdiri pon dah terketar lutut.

Dengan harapan dapat surat MC dari doktor, aku gagahi jua pergi ke klinik pelajar. Lagipun masa tu cik awek tak habis-habis suruh pergi klinik. Cukup prihatin betul dia. Untungnya klinik tu betul-betul bawah bangunan kolej aku. Cuma tekan butang lif terus sampai dekat klinik. aku memang dari dulu memang cukup malas pergi klinik. Orang cakap aku takut doktor, tapi yang sebenarnya sebab aku malas menunggu lama. Nak ambil nombor giliran lagi, isi borang lah bagai. Nak tunggu kena panggil masuk lagi.

Adoih, punggung dah panas. Badan dah la memang panas. Dekat sejam menunggu. Kalau sebab hari tu takde test subjek Earth and Man memang aku tak jejak kaki kat klinik ni. Nak MC punya pasal. Paling rajin pon aku turun kedai bawah beli panadol, cukup.

"Zairull Nizam!"

Cik nurse panggil separa melaung. Aku dengan langkah longlai masuk ke bilik doktor. Tujuan aku cuma satu, nak surat MC. Berbekal bakat drama yang tinggi dalam diri aku beserta memek muka penuh sedih, aku berlagak sakit tahap karma. Biar la Puan Doktor tu kesian sket. Aku dah la demam, mesti la patot dikesiankan. Kan?

Beliau ambil suhu. Tapi guna thermometer yang letak kat telinga tu. Aku cukup tak suka kalau kena pakai yang tu. Geli. Tak boleh ke pakai thermometer yang letak bawah lidah tu je?Tak pon pakai yang masa aku belajar dekat kelas fizik dulu. Kan lebih menyelesakan pengguna?Alah yang pakai konsep Thermal Equilibrium tuh. Eceh.

thermometer telinga. yang ni pakai infra red kalau tak silap

"Kamu demam teruk ni", ujar Puan Doktor penuh prihatin

"Batuk? Sakit tekak, selsema ada?", sambung beliau.

"Complete set puan. Biasa la bila demam", ujar aku penuh sayu.

Sambil beliau check-check badan aku, aku terbatuk-batuk kecil. Batuk penuh lakonan. Weh nak surat MC punya pasal. Kau tau tak betapa pentingnya surat tu? Tanpa surat tu aku boleh dapat markah kosong test hari ni tau. 

"Saya dah beberapa hari demam ni doktor. Hari tu demam dah okey, lepas tu demam balik. Dah dekat seminggu la jugak rasanya" jelas aku penuh jujur. Memang betul pun, aku tak tipu punya.

"Okeh kamu bawak surat ni pergi check darah eh. Saya takut kamu kena infection apa-apa ke", saran Puan Doktor.

Ah aku dah dapat rasa lambat lagi la aku dapat balik bilik aku ni. Tapi aku faham apa maksud doktor tu. Masa tu tengah hangat kes-kes H1N1. Maka aku yang tinggal di kawasan sekita KL ni mestilah probability nak kena infection  tu tinggi. Risau jugak aku kalau kena menatang alah tu. Aku dah la belum kawen.

Habis check darah, aku kembali ke bilik doktor sambil membawa slip keputusan darah guwa. Tulisan doktor memang macam haram, tapi dapat tangkap sket-sket dekat slip tu. Erythtrocyte guwa tak cukup air.

Doktor melihat keputusan darah aku sambil menggeleng-geleng kepala. Ish jangan buat hal doktor nih.

"Kamu kena banyak minum air. Saya bagi kamu ubat okeh. Ambil dekat kaunter sebelah. Okeh.", ujar beliau menunjukkan urusan telah selesai.

"Baik. Terima kasih doktor", aku bangun dari tempat duduk untuk berlalu pergi.

Eh! Kejap. Ada benda lupa nih.

"Err surat MC takde ke doktor?Saya tak larat la nak pergi kelas hari ini"

"Kamu takde test ke? Pergi test ye nanti kamu fail jangan salahkan saya", ujar beliau sambil menunjukkan sign kepada pembantu beliau untuk memanggil pesakit berikutnya.

Homaigad. Ini adalah bullshit. Mati aku, mana study ape-ape lagi ni. Test lagi dua tiga jam.

Selepas ambil ubat, aku bergegas balik ke bilik, capai notes, terus baca dengan speed selaju mungkin. Gila kau nak cover syllabus setengah sem dengan masa cuma dua tiga jam je. Mula la aku rasa dunia ni tak adil. Sumpah seramah habis dekat doktor tu, kedekut surat MC punya pasal.



Hari tu aku dapat pengajaran. Bakat berlakon aku masih perlu diasah.

p/s: sampai sekarang aku rasa nak buang gambar dekat header tu. menyampah pulak tengok, haha

-merci beaucoup-

09 August 2011

Salah Faham

Tiga empat hari dah aku tak online gara-gara aku balik ke rumah. Bulan puasa macam ni memang la seronok sket dapat berbuka ke rumah. Bukan apa, sebab dapat saving duit untuk beli makanan berbuka. Maklumlah dekat KL tu makanan  sket punya mahal. Dapat pulak dekat bazar semua peniaga pakat naikkan harga. Kuih karipap saiz lagi kecik daripada jari kelingking aku pun dah dikira sebiji 50 sen. Bila ditanya apsal mahal sangat? Rata-rata peniaga pasti menjawab:


"Harga barang naik bro"

Okeh. Tapi yang peliknya dalam mahal-mahal macam tu pon habis jugak. Nafsu nak berbuka memang kita tak boleh nak expect bukan? Mak aku hari tu cakap:

"Awal-awal puasa ni boleh la habis, tunggu sat tengah bulan puasa kang, lingkup la nanti tu"

Bukan nak mendoakan yang buruk, tapi dalam berniaga kita kena bijak juga. Kalau nak bertahan lama dalam bisnes kena pasang strategi baik baru pelanggan datang setia membeli. Ni dah mahal nak mampuih sapa nak beli?Hehe. Bertuah la bulan puasa bermula masa gaji baru masuk, pembeli dah tak pikir mahal murah bila perut dah lapar tahap karma.


................

Berbekalkan broadband yang memang aku beli khas untuk kegunaan di rumah, aku bukak facebook. Selain status bertemakan Ramadhan ni ada jugak yang masih post status-status penuh hasad dengki, masalah awek, bergaduh dengan member dan pelbagai status penuh kejahilan.

Bila difikirkan balik aku pon kerap jadi macam tu. Tulis status bukan-bukan menyerlahkan ketidakmatangan kita berfikir secara rasional. Pergh ayat! Pada aku perkara-perkara sebegini terjadi disebabkan lebih kepada salah faham. Hari tu ada lagi sorang mamat merajuk dengan aku. Tak pasal-pasal. Kalau Lisa Surihani yang merajuk dengan aku takpe jugak.

Aku nak bagi beberapa contoh dan situasi mudah. Tapi aku rasa lebih faham kalau angpa tengok vlog mamat yang boleh tahan kelakar dia ni. Isi dia lebih kurang sama dengan apa yang aku nak tekankan.



Perkara yang sama berlaku apabila kita menaip sms dan dihantar ke kawan-kawan kita. Maklumlah dapat coverage hujung-hujung kampung macam aku ni kadang-kadang tak dapat pon sms. Lepas tu tak pasal-pasal kena claim bahawa kita sombong dan sebagainya.

...................

Sebenarnya banyak penyebab salah faham ni, nanti aku sambung. Aku nak pekena nasik beriani kat dapur. Tadi Sultan Selangor bertandang iftar dekat tempat aku. Paksu aku yang pergi majlis tu bawak balik makanan gila banyak. Aku bukan nak makan sangat, tapi aku taknak nasik-nasik tu nangis. Maklumlah, orang-orang tua kata nasik menangis kalau kita membazir. Ya tak?

-merci beaucoup-