20 October 2013

Selamat Menjadi Miskin

Aku ambil keputusan untuk terus baring. Hujan lebat yang melimpahi bumi Kuala Lumpur sejak tengah hari tadi menjadikan rakyat marhaen menjadi terus menerus bermalas malasan. Kain baju yang dijemur di balkoni bilik dibiar sahaja basah, mengharap panas akan mengeringkan ia kembali.


Henset berbunyi. Dalam perlahan tangan mengecap alat elektronik tersebut yang sekadar terletak di tepi bantal sahaja.

"Dah makan belum?", seseorang menghantar mesej.

Baru tersedar, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Tapi tahan pula perut tak makan apa apa sejak pagi lagi. Eh, ke sebab tak jumpa pagi sebab bangun pun tengah hari?

Yang aku menulis macam ayat novel ni pun jadah apa?

Aku terus bangun. Ambik towel, ambik berus gigi, ubat gigi fresh and white, sabun shokubutsu perisa oren dan pencuci muka cap Loreal. Pergi mandi. Dah lewat sangat dah ni.

Maggi kari yang aku beli minggu lepas masih ada 3 bungkus. Pada kiraan aku stok makanan segera ni cukup untuk menanggung hidup selama 2 hari. Alhamdulillah, makan maggi hari ini cukup berselera. Syukur. Kadangkala menghambat perasaan juga, tapi apabila maggi dihidangkan dengan seepisod Running Man, duka tersebut hilang jua, walau sejenak, haha.

Hujung bulan memang begini. Bagi pelajar seperti aku yang tiada scholar dan tidak mengambil PTPTN, malah bergantung kepada income kerja secara part time, tekanan dan desakan hidup turut dirasai, sama seperti mereka yang sibuk bekerja di luar sana.

..........................................

Motor dark Lagenda 115z aku sadaikan di dalam garaj motor yang disediakan pihak kolej. Tak sangka keluar untuk makan sekejap sebentar tadi sahaja menyebabkan banyak juga wang terbang. Semenjak harga minyak naik, total untuk makan nasi berlauk ayam dan sayur mencecah RM4.50, satu harga yang dikira mahal jika makan dalam kawasan Universiti.

Minyak motor aku isikan RM5, kalau boleh malas nak isi tapi minyak dah kosong, padahal baru kelmarin sahaja diisi. Kadangkala pelik juga sedangkan aku tak merayau ke mana, cuma keliling kawasan kampus, paling jauh pun pergi makan dekat area Pantai Dalam yang jaraknya cuma 10 minit dari kolej.

Sempat juga menyinggah ke 7 Eleven, sekadar singgah sebentar untuk membeli topup. Aku campakkan RM10 ke muka brader 7 Eleven, sebagai tanda protes terhadap kredit henset yang terlalu cepat habis, kehkeh.

Jadi yang tinggal di dalam wallet cumalah beberapa helai wang kertas RM1 dan beberapa syiling yang aku tak pernah ambil tahu berapa jumlahnya.

Usai tiba di bilik, aku hidupkan laptop. Masukkan password laptop. Bukak Google Chrome. Log in Facebook. Satu rutin harian seorang pelajar yang jangan nak mengada ngada pertikaikan lagi, hehe. Scroll down news feed.

Melihat status status kenalan di facebook, semakin ramai yang melangsungkan perkahwinan semenjak dua menjak ini. Kebanyakannya melangsungkan akad nikah dahulu, sebelum majlis persandingan yang dirancang untuk diadakan di kemudian hari. Bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan mereka masih belajar atau baru sahaja menamatkan pengajian. Atau mungkin aku lebih tertarik kepada baju apa yang mereka pakai semasa upacara akad nikah? haha.

News feed sekali lagi dipenuhi dengan gambar gambar graduasi kawan kawan. Musim graduasi universiti sudah tiba. Sedikit sebanyak mencengkam perasaan melihat kawan kawan yang bergraduasi lebih awal. Semoga mereka ini cepat cepat bekerja dan gaji mereka dapat digunakan untuk belanja aku makan, bukan sekadar beli Ipad serta henset baru dan melakukan wajib tayang di Facebook dan Instagram.

Semua cerita cerita tersebut tak menarik minat aku. Itu semua common, biasalah kitaran hidup. Apa yang aku boleh buat cuma like gambar gambar mereka dan ucap tahniah.

Walau bagaimanapun, hari ini aku terpana dengan satu status. Status yang aku percaya boleh buat ramai orang sakit hati.

"Selamat bergraduasi dan selamat menganggur"

........................................

bersambung...

25 June 2013

Perihal Perut

Sejuk malam seakan akan mencengkam hingga ke tulang. Mujur baju sejuk berjenama adidas menyelimuti badan. Kali ini Leonardo tekad. Perut yang lapar harus diisi dengan sesuatu. Jadah apa menyeksa perut dengan menahan lapar pada waktu tengah malam begini. Bukannya mampu membentuk sixpack pon. Meskipun beliau mempunyai sixpack yang nyata, tidak pula dia berbangga diri. Ini diakui oleh rakan rakan dan taulan beliau.

Kemudian Leonardo bersegera mengambil kunci motor yang diletakkan di atas meja lalu pantas berlari ke arah motor. Berlari dan terus berlari. Oke takde la perlu berlari kot.

Ah tak payah guna nama Leonardo lah. Ni pasal aku, aku yang tengah lapar ni. Aku! Kahkah.

Minggu exam memang rutin hidup agak kucar kacir. Waktu makan tidak mengikut masa tetapi bersandarkan keadaan perut. Seolah olah perut kata nak makan nasi ayam, sudahnya diisi dengan ayam kepsi. Tapi ini hujung semester punya cerita. Dapat makan megi perisa ayam pun sudah cukup bersyukur.

Enjin motor dark Lagenda 250cc aku hidupkan. Walaupun motor berkuasa tinggi ini sepatutnya hanya digunakan untuk perjalanan jauh, tapi aku pacunya jua demi sesuap nasi. Tapi dalam kes ni bukan nasik la, burger beb! Burger!.

Waktu tengah tengah malam ni kebanyakan kedai makan dah tutup. Jadi nak makan nasik waktu waktu macam ni bukanlah agenda yang sesuai.

Perjalanan dimulakan. Cukup sekadar menunggang kelajuan 80km sejam sahaja. Bukan apa, takut brader brader motor yang lebih otai dekat KL ini menahan malu kerana terpaksa makan asap jentera aku ni, kehkeh.

Menunggang motor dalam kawasan universiti pada waktu tengah malam seperti ini boleh dikatakan heaven sebab jalan clear. Cuma yang tak sedapnya terpaksa menghadap abang-abang guard dekat pintu gate keluar. Semasa melalui pintu gate yang pagarnya telah ditutup separuh, aku cuma teringat yang baru baru ni abang-abang guard lebih bertegas terhadap keluar masuk kenderaan ke kawasan universiti. Kes tibai motor dengan curik barang macam dah takde jalan penyelesaian.

Mana mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker kampus ada potensi untuk ditahan untuk soal siasat. Keadaan jadi lebih buruk jika tiada kad matrik pelajar di bawa bersama. Golongan seperti ini kadang kadang tak diberi masuk ke dalam kampus, terutamanya yang bermotorsikal. Paling koman pun kena saman. Memang nasib golongan yang bawak motor macam aku ni orang suspek selalu buat hal.

Aku? Aku macam biasa malas nak pergi renew sticker motor kahkah. Takpe dun worry, walaupun takde sticker motor, kad matrik memang aku selalu letak dalam wallet. Oke dalam cerita ni korang kena ingat, motor aku takde sticker tapi kad matrik maintain ade dalam wallet. So aku kira kalau keluar tengah malam lepas tu kena tahan brader guard pon takde masalah lah pasal aku bawak kad matrik.

Usai melepasi pintu pagar universiti, badan aku rasa makin lemah. Rupanya baru teringat yang hari ini aku belum makan walau sebutir nasik sekalipun. Hal ini buat aku lebih teruja mendapatkan burger, makanan idaman setiap manusia sehingga warga Zimbabwe sekalipun menjadikan ia sebagai makanan rutin.

Atas tuntutan perut yang semakin mendesak, aku tambah kelajuan motor kepada 85km. Laju yang macam ini punya laju boleh buat brader brader yang bawak basikal fixie jatuh respek. Arah yang dituju cuma satu tempat, iaitu Bangsar. Bangsar dengan kolej aku nak kata dekat sangat pon tak jugak. Kalau bawak motor rilek rilek mau makan 10 minit juga.

Cerita pasal burger, memang boleh buat sesiapa terliur. Dalam keadaan perut yang sebegini, aku dah tetapkan beberapa perancangan. Satu burger memang tak cukup. Jadi mesti order dua bijik burger. Sebab nak bagi rasa yang lebih variety jadi nanti aku akan order burger ayam sebijik dan burger daging sebijik. Lepas tu aku nak singgah seven eleven beli air yogurt berjenama Bliss. Dia punya perisa strawberry masyaAllah sedap. Kejap lagi aku mintak bungkus benda ini semua buat makan dekat bilik sambil layan running man.

Pergh heaven!

Perancangan kena rapi. Dua tiga traffic light jugak aku langgar nak cepat punya pasal. Perut yang terlalu lapar memang boleh uji kesabaran beb. Waktu keadaan macam ni kalau kena saman trafik pon aku takde hal punya asal aku dapat burger aku cepat.

Sampai. Stall burger tampak meriah dengan lampu lampu bercahaya terang tanda perniagaan sedang rancak berjalan. Aku tongkatkan motor. Helmet aku sisipkan ketepi dengan talinya aku sangkutkan di bawah seat.

"Bang, burger ayam satu, burger daging satu!", ujar aku lemah tapi dalam nada bertenaga.

"Kejap lagi saya amek, nak pergi 7E kejap"

..........................................

Cepat cepat aku hidupkan motor dan blah. Macam mana wallet aku boleh tertinggal ni? Bahana apa yang menimpa.

Burger tu sape nak bayar? Aku tengok macam dah siap. Ni kejap lagi macam mana aku nak masuk kolej ni?

08 February 2013

Entry Serius: Legasi Nasyid

Bila melangkah ke tahun baru ni aku berazam menulis satu entry untuk satu tahun. Mujur Neelofa bijak memujuk, maka aku turutkan jua kehendaknya untuk disiapkan satu lagi entry bagi tahun ini. Atas dasar mahu menulis dengan fokus, maka aku ketepikan segala kerja kerja rutin penting seperti online Facebook dan menonton Youtube bagi memberi laluan kepada blog ini untuk beraksi. Lihat, betapa besarnya pengorbanan aku kali ini.

Sebelum ini aku banyak mengarut dalam menulis. Cerita "Pengaruh Gay Dalam Kalangan Generasi Harapan Bangsa" yang aku tulis sebelum ini dilihat tidak mampu menandingi karya Usman Awang. Maka dengan ini aku ingin mengambil insiatif untuk menulis dengan lebih serius.

Kali ini bapak punya serius. Pasal aku ditugaskan tulis satu artikel untuk dihantar dekat ICR UM. Jadi aku tak boleh menulis secara picisan seperti selalu selalu.

Tajuk artikel ini ialah "Mahasiswa UM Dominasi Festival Nasyid Kebangsaan Ke-22"

Hah, garang tak?

......................................................

Nasyid merupakan satu bentuk nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji ALLAH, dan yang seumpamanya. Pada awalnya nasyid membawa alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.

Perkembangan nasyid diwarnai dengan penganjuran pelbagai pertandingan nasyid yang melibatkan pelbagai institusi dan peringkat. IPTA dan IPTS di Malaysia dilihat begitu cenderung menganjurkan pertandingan nasyid, sehingga tertubuhnya pasukan nasyid CG yang kini bergiat aktif membawa nama Universiti Malaya dalam pertandingan-pertandingan nasyid yang dianjurkan di peringkat antara universiti. CG adalah sebuah kumpulan nasyid yang pada awalnya ditubuhkan pada tahun 2003 di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah yang merujuk kepada singkatan perkataan sidji, berasal daripada bahasa rumpun Jawa yang membawa maksud ‘satu’. Tahun demi tahun, CG semakin menapak lebih jauh apabila menyertai pertandingan luar yang dianjurkan Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan JAKIM yang disertai penasyid belia daripada seluruh pelusuk tanah air.

Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) anjuran JAKIM merupakan pentas yang mengumpulkan juara Festival Nasyid bagi setiap negeri seluruh Malaysia yang mengambil bahagian. Festival ini merupakan pertandingan yang begitu dinantikan setiap tahun memandangkan ia merupakan peringkat tertinggi dalam pertandingan nasyid. Tahun 2012 merupakan tahun gilang gemilang bagi pasukan nasyid Universiti Malaya apabila empat kumpulan yang disertai 24 pelajar berjaya melangkah ke pentas FNK kali ke-22 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

FNK yang begitu sinonim dengan penganjuran terbaik yang melibatkan juri-juri profesional ini disertai 13 buah negeri. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori tradisi dan moden. Setiap kumpulan perlu berentap di peringkat saringan sebelum lima kumpulan terbaik bagi setiap kategori akan dipilih untuk beraksi di pentas final.

Hasil daripada sesi latihan yang berfokus dan konsisten, tahun 2012 pasti menjanjikan kenangan yang begitu manis buat warga Universiti Malaya apabila tiga kumpulan dibawah naungan CG, iaitu Kumpulan Zinnirah yang mewakili Selangor dan Kumpulan Ukhuwah serta Husna yang mewakili Perak berjaya melangkah ke final FNK untuk pertama kali. Lebih membanggakan apabila Kumpulan Zinnirah berjaya merangkul Juara kategori tradisi, manakala Kumpulan Husna dan Ukhuwah berjaya mendapat tempat ketiga masing-masing bagi kategori tradisi dan moden. Pencapaian ini telah meletakkan nama Universiti Malaya di antara yang teratas dalam pentas nasyid di peringkat kebangsaan.

Apa yang lebih menarik, CG tampil lebih yakin dengan karya lagu-lagu baru hasil ciptaan ahli keluarga CG sendiri. Lagu 'Muhasabah' hasil ciptaan Saudara Andy Mirza yang juga merupakan pelajar Universiti Malaya berjaya membawa Kumpulan Zinnirah merangkul Juara FNK edisi kali ini. Bakat pelajar-pelajar Universiti Malaya seperti ini amat diperlukan bagi memastikan CG tampak lebih segar untuk berentap di pentas peringkat yang lebih tinggi, seperti menjuarai FNK yang merupakan impian setiap daripada ahli kumpulan ini yang kini sudah menjadi kenyataan. Selain itu, lagu 'Naratif Cinta' yang dinyanyikan oleh Kumpulan Ukhuwah berjaya merangkul Lagu Terbaik FNK kali ini.

Bagi meneruskan legasi CG sejak ia ditubuhkan, CG tampil dengan pelbagai variasi dalam gaya persembahan dan saban tahun mengecap pelbagai pencapaian dalam pertandingan-pertandingan nasyid yang dianjurkan di seluruh Malaysia. Sebagai mahasiswa Universiti Malaya yang sentiasa ke hadapan, CG mengorak langkah menyertai pertandingan luar di peringkat negeri sebelum melayakkan diri di pentas FNK. Antara pencapaian CG sebelum ini adalah:
  1. Johan kategori moden dan Naib Johan kategori tradisi Festival Nasyid Selangor 2010
  2. Johan kategori tradisi Festival Nasyid Johor 2011
  3. Johan kategori tradisi Festival Nasyid Selangor 2012
  4. Johan kategori moden dan tradisi Festival Nasyid Perak 2012
Sesuai dengan statusnya sebagai kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Nasyid IPT Malaysia, antara pencapaian CG dalam pertandingan-pertandingan nasyid antara IPT seluruh Malaysia adalah:
  1. Juara Festival Nasyid Terbuka (FINAS) 2009, 2010, 2011 & 2012
  2. Juara Nasyid Ekspo Perubatan Malaysia (PERSIS) 2006 & 2009
  3. Juara Nasyid Terbuka IPT Kebangsaaan UKM 2008 & 2009
  4. Naib Johan Fiesta Nasyid Amal Ibnu Sina (FINALIS) 2011
  5. Juara Nasyid Convofest UPNM 2011 dan Naib Juara 2010 & 2011
  6. Naib Juara Nasyid Permata Utara Piala Rektor UiTM Perlis 2011
  7. Kumpulan Harapan dan Emas Lirik Terbaik Festival Nasyid MAKUM 2011
Kumpulan Zinnirah - Juara Tradisi

Kumpulan Husna - Ke-3 Tradisi


Kumpulan Ukhuwah - Ke-3 Moden
Dominasi pelajar UM di pentas FNK


Perkembangan terkini CG boleh dilihat di Facebook dengan mencari pautan ‘CG (Fannan & Farhana)’ atau terus ke www.facebook.com/CG12th.

Justeru, CG sentiasa bersedia untuk menyertai pelbagai pertandingan mendatang, bukan sahaja untuk mengecap kemenangan dan mengharumkan nama Universiti Malaya, malah  yang lebih berharga dapat menyampaikan dakwah Islamiyyah melalui seni itu sendiri, InsyaAllah.


16 January 2013

Gay Makin Power

Ini dah lama punya cerita, cuma aku baru nak up dalam blog . Maklumlah tahun ni tahun malas menulis bagi aku . Sedangkan menulis nota dalam kelas pun aku malas, ni lagi nak up satu entry untuk masukkan dalam blog . Nak cerita dia punya malas tu, ibarat lepas makan nasik kau malas nak basuh tangan . Memang tahap jadah dia punya malas .

Sebenarnya sampai sekarang masa aku tengah menulis ni pun aku tak tau nak tulis apa . Serius ni . Nak tulis pasal cerita perempuan kang ada pulak yang merajuk . Nak tulis pasal lelaki kang kena cop gay . Cerita pasal kena cop gay ni aku dah banyak kali kena, taubat aku taknak sentuh langsung pasal tu . Jadah apa muka macho macam ni orang ingat gay . Biarlah realistik sket ye dak?

Tulis blog ni sedap kalau buat cerita mengumpat .

Sejak kebelakangan ni aku selalu terpaksa offline chat dekat facebook . tak online skype . Yahoo massenger pun aku dah tak ingat hidup lagi ke tak akaun dia . Friendster? pergi mati .

Even bila ada sesiapa yang add dekat facebook pun aku take time nak approve kalau takde mutual friend . Semenjak dua menjak ni aku ambik keputusan untuk menjalankan dasar tertutup . Jadi takde sesiapa yang tak tentu hala aku tak kenal boleh keluar status dia dekat news feed aku .

Tujuannya cuma satu, bagi mengelakkan diganggu GAY.



Kau orang klik gambar kat atas . Bagi clear . Baru steady nak baca .

Pasal gay ni bukan benda baru . Dekat sekolah dulu pun aku dah tengok macam macam dah, cuma dugaan gay dekat sekolah tak advance macam dekat luar .

Atas ni aku bantai upload satu gambar yang aku print screen daripada inbox facebook aku . Antara gay yang paling tegar aku pernah jumpa . Dulu aku pernah dengar dia kena bantai dengan budak budak sebab melakukan kekacauan kegaygayan dalam kalangan pelajar di kolej kolej kediaman . Tapi dia tak serik, sebab perasaan gay dia dah masuk tahap gaban punya advance .

Aku rasa mana mana yang berstatus awek pun tak akan berani buat ayat power macam ni . Ayat dia memang power . Senang cerita kalau dia hadap dengan pasangan yang memang benar jiwanya gay, perasaan pasangan gay tu boleh jadi kacau, naik berahi lalu layu . Haha .

"Kalau zairul sayang saya
jadi hamba zairull pom saya sanggup.asalkan zairull sayang...
Ikut zairull lah suh buat apa..
Jilat kaki zairull pon..
Tolonglaa sayang saya..."

Aku usha kaki aku, nasib baik takde cagu .

.......................

Aku sebenarnya sedar dan tahu, semakin ramai atas muka bumi cuba ikut jejak langkah kaum Nabi Luth ni . Sedangkan aku dikelilingi oleh ramai kawan dan kenalan yang mempunyai pasangan gay . Aku faham memang naluri dan perasaan tersebut bukan mereka yang nak, tapi dia datang sendiri .

Tapi aku tak berapa setuju, naluri suka pada pasangan sejenis bukan datang sendiri melainkan ia dididik oleh diri sendiri . Kenapa akhirnya mengalah dan memilih pasangan sejenis untuk 'bersedap-sedap'?

Pergh, ayat sedap sedap tu sikit punya power .

Jalan untuk kembali ke fitrah asal manusia masih terbuka luas . Aku selalu fikir diorang ni nanti dah besar tak nak kahwin ke? tak nak ada anak sendiri ke? Okay fine memang ada sesetengah negara yang membenarkan perkahwinan homseksual secara legal, tapi celah mana kau nak dapat anak?

Boleh kau orang explain macam mana nak produce anak dengan 'teknik' homoseksual tersebut? Haha .

Dulu masa aku sekolah menengah yang selalu dicop sebagai sekolah gay, akibat semua pelajarnya lelaki, memang selalu ingat dengan satu hadis . Kejap aku google . Kalau bab agama ni ilmu dia memang senang nak hilang, susah nak melekat dalam otak .

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Rasulullah SAW:

"Empat golongan yang berada dalam murka ALLAH pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)"

Kawan kawan dan sahabat, jangan rasa sanggup berada dalam murka ALLAH . Kalau rasa tak boleh ikut perintah yang cukup jelas ni, sila keluar daripada bumi ALLAH ini .

Aku cuba untuk tidak public . Jauh sekali untuk memburukkan sesiapa . Aku cuma mahu sahabat sahabat aku lebih berhati hati . Mereka ini kawan kita juga, cuba lah bantu mereka kembali ke fitrah asal manusia . InsyaALLAH ALLAH akan buka hati mereka .

Kejap, yang ade golongan sibuk nak berzina dengan binatang ni apehal?

Golongan yang macam tu aku rasa jangan bela kucing dekat rumah . Kot .