21 July 2011

Lelaki Merajuk Bukan Tak Gentle

Baru-baru ni aku rasa sangat malas nak menaip. Mungkin busy bekerja walhal banyak masa telah dicurahkan di facebook. Seolah-olah blog aku ni sket pon aku tak nak pandang. Namun apabila  dikurniakan demam yang susah nak baik ni maka kerap kali aku terpaksa minta cuti kat manager aku secara on the spot. Menyusahkan orang namanya tu. Hasilnya hati aku kembali kepada blog aku untuk mengisi masa kosong daripada asyik terlentang atas katil.


Kalau blog ni diibaratkan sama dengan cik awek, pasti beliau sudah merajuk sebagai protes kepada aku yang telah mengabaikannya. Fuh!

"Sampai hati awak tak jenguk saya", mungkin itu luahan hati blog aku.

"Ah! blog buruk sapa nak jenguk kau?"

.................

Manusia mana yang tidak berfacebook? Kalau setakat umur baya aku ni cukup sukar nak cari yang mengaku tidak mempunyai akaun facebook. Malah budak-budak kecik sekolah rendah lebih advance dengan mempunyai bilangan friends jauh beribu-riban berbanding aku walaupun telah berkecimpung lama dalam dunia facebook ni.

Biasanya budak camni kalau yang lelaki 85 peratus friends dia mesti perempuan. Entah kenal entah tidak. Maklumlah facebook kan tempat tackle awek. Tak caya angpa check sendiri. Semua stok yang cun-cun baik punya. Tak maen add budak perempuan kecik, semua muka ala-ala umur 20-an. Well, nafsu tak mengenal usia. Kan? Haha.

Aku dengan budak-budak camtu aku tak ambil kisah sangat. Semua orang ada hak nak mengorat kan? Bila mula bercinta di facebook pasti segala permasalahan cinta diorang ni nak hambur kat facebook jugak. Kalau nak marah kat pasangan pon tak boleh ke di IM chat atau sms sahaja yang lebih private? Apakah signifikannya memberi tahu kepada orang ramai bahawa percintaan angpa sedang dilanda badai? Pergh ayat.

Lepas tu babak-babak merajuk pon bermula.


...............

Cerita wanita merajuk dengan balak beliau nih memang aku dah tak ambik port sangat dah. Dah biasa sangat aku dengar. Tapi kawan aku ni kes dia luar biasa sket. Bercinta bukan main tapi sudahnya asyik menangis je, walhal dia tu lelaki. Ni la orang kata bila lelaki dah merajuk jauh lebih teruk daripada perempuan. Tapi tak susah mana nak pujuk. Well, aku kan lelaki?

Ada kawan aku sorang, perempuan. Dia pernah tanya aku:

"Lelaki kalau merajuk dia menangis gak eh?", tanya Tiz Zaqyah (nama adalah rekaan bagi menutup malu)

Ehem ehem. Meh aku terangkan apakah simptom simptom lelaki yang sedang merajuk nih. Hehe.


Ya! Dia akan diam seribu bahasa. Lebih teruk bila dia akan buat tak tahu je dengan angpa dan seolah-olah menganggap angpa tidak ada disisinya. Biasanya ni la cara protes paling teruk lelaki berani buat pon. Walaupun angpa cuba bercakap dengannya, dia akan cuma mengiyakan dan mengaangguk sahaja. Kalau ini berlaku nescaya dia sedang merajuk. Haa..


Bab ini memang tabiat lelaki. Konon-konon bajet busy lah baca surat khabar, atau bahan bacaan lain. Tapi kalau surat khabar tu dibaca berulang kali tanpa sebab bermakna jiwa dia sedang tidak tenteram. Bila angpa wahai cik awek sekalian melihat keadaan ini, bermakna dia sedang menunggu angpa untuk memujuk dia. Mengada-ngada kan? Hehe.


Yang ni aku rasa standard kot. Kucing aku kat rumah pon kalau lambat bagi dia makan nampak muka dia masam je, inikan pula manusia. Lelaki bila merajuk memang la muka dia masam. Orang kata tak gentle. Tapi kalau dah hensem buat muka macam mana pon perempuan akan kata:

"Eiiii...comelnya dia!"

Macam gampang. Aku selaku lelaki ingin menegaskan lelaki juga mampu merajuk seperti wanita, tetapi mungkin mempunyai cara mereka tersendiri. Hakikatnya lelaki juga mempunyai perasaan yang perlu dijaga. Kadang-kadang lelaki buat-buat merajuk sekadar mahu menghukum agar pasangan tidak lagi melakukan sesuatu yang tidak disenanginya.

So jangan suka-suka cakap lelaki merajuk tak gentle ok. Sebab aku pon cepat merajuk, tapi dengan cik awek je la. Hehe.

...................................

Mantap jugak aku buat slide siap ada gambar, macam nak present kat lecturer bagi satu kelas paham.


-merci beaucoup-

12 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:

Scribble Life of Aleen said...

laaa lelaki pon majuk jugak ke...ta tawu pon..ingatkan laki da dikuasai ego ta mo mjuk2 ni! upss....heee jgn mara..anggapan ngatif jer tu.. :) sume mnusia sama..perasaan yg ade pon same..klu pompn majuk nape laki ta leh majuk :) even muke lagend :P hehe..caya la zai! bes post ni...

Wanie said...

besala laki majuk..
tapi mane leh lebih dari pompuan..hehe
ade eh laki majok off nset?
tak gentle kot..:P

alif ismail said...

oh..ok...kat sini rupanye kotak komen..!!! haha!!! bro, kasi besar sket tulisan..huhu..

zuhanismohamed said...

lelaki nampak keras tapi sebenarnya hati lembut..suka merajuk dan minta dipujuk..hihi :p

SITI NUR AMIRAH said...

girls sendiri mau ingatlah kan,hehe
nama je laki..tp dlm hati ada taman gitu..kan encik Zairull Nizam ... ?

dyanie said...

clasmate sy sorg je laki lg 22 org pmpn...
sye salu ulg pkataan nie...
"aku pon ade hati n prasaan"
kalo lelaki mrajok...sy mst ingt pkataan atas nia..hahaha
normal2

KumbangDesa said...

Dalam hati ade taman yg fragile..lelaki ni susah nak merajuk,kalu lelaki merajuk susah nak pujuk wooo..

fatin amira kasran said...

wahhh ! terbaek dari ladang ! XD

Dalin said...

lelaki majuk boleh.. (dg awek le.. bukan dengan awekkssss..)

bagi Dalin... comel je kalau sang arjuna merajuk.. kuikui.. tp sekali sekala boleh la.. Arjuna merajuk.. Puterinya memujuk.. puterinya memujuk, baru lah arjuna memujuk kembali.. hehe.. tp jgn la merajuk selalu.. itu bukan sweet... tu ngade2! haha.. bila pasangan perajuk, it shows that she/he needs us... sweet~!

zairull nizam said...

ahahaha macam2 pendapat korang eh?ni mesti dah banyak pengalaman bercinta neh,huhu

aen ashiqin said...

slm, llaki merajuk bkn x gntle bila mereka merajuk tp bg aen bila llaki majuk nmpak manja je..btl x zairull hehehe..

aen ashiqin said...

slm, llaki merajuk bkn x gntle bila mereka merajuk tp bg aen bila llaki majuk nmpak manja je..btl x zairull hehehe..