13 August 2011

Sumpah Seranah

Aku bangun tidur. Bahana tidur siang mungkin, tekak terasa kering sangat. Baru aku sedar, dua hari ni baru 3 gelas je aku minum. Satu gelas masa sahur semalam, satu lagi masa berbuka semalam dan satu lagi masa sahur pagi tadi.

Masa ni keimanan aku mula goyang. Tengok Mak tengah mop lantai dekat dapur terpikir pulak kalau-kalau dia tak perasan aku ambil air sejuk dekat peti ais. Tu semua kalau la.

Dekat pukul 10 pagi. aku mandi. Kalau dapat tibai minum siket air sedap jugak nih. Lama aku mandi. Tapi tak tersampai hati nak membatalkan puasa. Aku bukan budak kecik curi-curi minum air dekat bilik air. Langsung takde kelas taknak puasa dengan cara macam tu. Sekurang-kurangnya dapat segarkan badan, takde la rasa kering tahap gaban badan aku ni.

Aku tekup tangan dekat dahi. Tekup pulak dekat leher. Panas. Hari-hari puasa memang mudah kena demam. Mula lah menyesal sebab kurang minum air. Teringat puasa tahun lepas, masa tu puasa dekat kolej. Masa tu aku kena demam panas baik punya. Kuliah habis semua tak pergi. Bukan malas, tapi berdiri pon dah terketar lutut.

Dengan harapan dapat surat MC dari doktor, aku gagahi jua pergi ke klinik pelajar. Lagipun masa tu cik awek tak habis-habis suruh pergi klinik. Cukup prihatin betul dia. Untungnya klinik tu betul-betul bawah bangunan kolej aku. Cuma tekan butang lif terus sampai dekat klinik. aku memang dari dulu memang cukup malas pergi klinik. Orang cakap aku takut doktor, tapi yang sebenarnya sebab aku malas menunggu lama. Nak ambil nombor giliran lagi, isi borang lah bagai. Nak tunggu kena panggil masuk lagi.

Adoih, punggung dah panas. Badan dah la memang panas. Dekat sejam menunggu. Kalau sebab hari tu takde test subjek Earth and Man memang aku tak jejak kaki kat klinik ni. Nak MC punya pasal. Paling rajin pon aku turun kedai bawah beli panadol, cukup.

"Zairull Nizam!"

Cik nurse panggil separa melaung. Aku dengan langkah longlai masuk ke bilik doktor. Tujuan aku cuma satu, nak surat MC. Berbekal bakat drama yang tinggi dalam diri aku beserta memek muka penuh sedih, aku berlagak sakit tahap karma. Biar la Puan Doktor tu kesian sket. Aku dah la demam, mesti la patot dikesiankan. Kan?

Beliau ambil suhu. Tapi guna thermometer yang letak kat telinga tu. Aku cukup tak suka kalau kena pakai yang tu. Geli. Tak boleh ke pakai thermometer yang letak bawah lidah tu je?Tak pon pakai yang masa aku belajar dekat kelas fizik dulu. Kan lebih menyelesakan pengguna?Alah yang pakai konsep Thermal Equilibrium tuh. Eceh.

thermometer telinga. yang ni pakai infra red kalau tak silap

"Kamu demam teruk ni", ujar Puan Doktor penuh prihatin

"Batuk? Sakit tekak, selsema ada?", sambung beliau.

"Complete set puan. Biasa la bila demam", ujar aku penuh sayu.

Sambil beliau check-check badan aku, aku terbatuk-batuk kecil. Batuk penuh lakonan. Weh nak surat MC punya pasal. Kau tau tak betapa pentingnya surat tu? Tanpa surat tu aku boleh dapat markah kosong test hari ni tau. 

"Saya dah beberapa hari demam ni doktor. Hari tu demam dah okey, lepas tu demam balik. Dah dekat seminggu la jugak rasanya" jelas aku penuh jujur. Memang betul pun, aku tak tipu punya.

"Okeh kamu bawak surat ni pergi check darah eh. Saya takut kamu kena infection apa-apa ke", saran Puan Doktor.

Ah aku dah dapat rasa lambat lagi la aku dapat balik bilik aku ni. Tapi aku faham apa maksud doktor tu. Masa tu tengah hangat kes-kes H1N1. Maka aku yang tinggal di kawasan sekita KL ni mestilah probability nak kena infection  tu tinggi. Risau jugak aku kalau kena menatang alah tu. Aku dah la belum kawen.

Habis check darah, aku kembali ke bilik doktor sambil membawa slip keputusan darah guwa. Tulisan doktor memang macam haram, tapi dapat tangkap sket-sket dekat slip tu. Erythtrocyte guwa tak cukup air.

Doktor melihat keputusan darah aku sambil menggeleng-geleng kepala. Ish jangan buat hal doktor nih.

"Kamu kena banyak minum air. Saya bagi kamu ubat okeh. Ambil dekat kaunter sebelah. Okeh.", ujar beliau menunjukkan urusan telah selesai.

"Baik. Terima kasih doktor", aku bangun dari tempat duduk untuk berlalu pergi.

Eh! Kejap. Ada benda lupa nih.

"Err surat MC takde ke doktor?Saya tak larat la nak pergi kelas hari ini"

"Kamu takde test ke? Pergi test ye nanti kamu fail jangan salahkan saya", ujar beliau sambil menunjukkan sign kepada pembantu beliau untuk memanggil pesakit berikutnya.

Homaigad. Ini adalah bullshit. Mati aku, mana study ape-ape lagi ni. Test lagi dua tiga jam.

Selepas ambil ubat, aku bergegas balik ke bilik, capai notes, terus baca dengan speed selaju mungkin. Gila kau nak cover syllabus setengah sem dengan masa cuma dua tiga jam je. Mula la aku rasa dunia ni tak adil. Sumpah seramah habis dekat doktor tu, kedekut surat MC punya pasal.



Hari tu aku dapat pengajaran. Bakat berlakon aku masih perlu diasah.

p/s: sampai sekarang aku rasa nak buang gambar dekat header tu. menyampah pulak tengok, haha

-merci beaucoup-

7 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:

husna yg suka pada muzik said...

belajar dekat saya cara berlakon yg betol...:) hehe..jaga kesihatan n puasa penuh2 eh..hehe

zairull nizam said...

@husna : ada pernah dapat anugerah pelakon terbaik?haha :P

maya anis said...

ksian nyer..lain kali hglight date test bru bleh blakon..k

husna yg suka pada muzik said...

saya kan puan pengarah..hehehe..teknik2 lakonan sedikit sebanyak saya tahu la ckit2 nk ajajr org bagi lakonan dia tue berkesan..hehehe...:)

husna yg suka pada muzik said...

saya kan puan pengarah..hehehe..teknik2 lakonan sedikit sebanyak saya tahu la ckit2 nk ajajr org bagi lakonan dia tue berkesan..hehehe...:)

c Kartun said...

len kali prepare study awl2...:)

Muhammad Salman said...

Slm. Saya Salman Pengarah Festival NAsyid Temmasya 2011 UTM Kuala Lumpur. Saya menjemput kumpulan nasyid anda untuk turut serta dalam pertandingan nasyid ini pada 17 September 2011. Hadiah utama adalah wang tunai sebanyak RM 500 berserta sijil penyertaan. Juri pertandingan adalah kumpulan nasyid Saujana. Sila hubungi saya Salman dengan kadar segera untuk maklum balas. 01353537876