06 January 2014

Falsafah Sampah

Ada Al-Quran, hadith dan juga sunnah baginda. Tapi tetap juga mahu jadikan 'falsafah cinta' sebagai panduan hidup. Sebab itulah cinta yang disangka suci, sebenarnya parah berlumur dosa.


Bagaimana kita boleh percaya dengan falsafah seperti 'kalau dia rindu kau dia akan call kau selalu'. Lalu kau tinggalkan dia walhal barangkali tatkala dia merindu bibirnya basah memuji tuhannya, bagi menzahirkan rasa rindu pada yang selayaknya? Atau dia merenggangkan sedikit hubungan denganmu supaya dia tidak leka?


Bagaimana kita boleh bersetuju 'kalau betul dia cintakan kau dia akan terima kekurangan kau'. Bukankah kekurangan itu sepatutnya diperbaiki. Jangan pula falsafah sebegini dijadikan benteng untuk menutup kekurangan diri, kononnya atas dasar cinta si dia wajib menerima seadanya. Habis kes cerai berai yang berlambakan pada hari ini disebabkan punca apa?


Ahh banyak lagi falsafah mengarut, yang kini begitu aktif berkeliaran di status facebook mahupun dalam bentuk photo. Kemudian ramai pula yang share bagi menandakan tanda sokongan yang tiada berbelah bahagi, walhal mahu mengajar pasangan mereka secara sinis, 'hey awak, begini cara bercinta!'


Kembalilah pada jalan fitrah. Pelajari bagaimana Saidatina Fatimah dan Saidina Ali yang bercinta dalam diam namun akhirnya Allah pertemukan jua. Telusuri bagaimana Saidatina Khadijah yang kuat cemburu namun Rasulullah tetap jua berjaya memujuknya.


Pergilah bercinta. Aku tak mahu tahu. Semoga cinta kita bukanlah sebuah dosa.


Jarang aku nak menulis macam ni, dah lari jauh dari tema aku menulis dalam blog ni. Ergh.

20 October 2013

Selamat Menjadi Miskin

Aku ambil keputusan untuk terus baring. Hujan lebat yang melimpahi bumi Kuala Lumpur sejak tengah hari tadi menjadikan rakyat marhaen menjadi terus menerus bermalas malasan. Kain baju yang dijemur di balkoni bilik dibiar sahaja basah, mengharap panas akan mengeringkan ia kembali.


Henset berbunyi. Dalam perlahan tangan mengecap alat elektronik tersebut yang sekadar terletak di tepi bantal sahaja.

"Dah makan belum?", seseorang menghantar mesej.

Baru tersedar, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Tapi tahan pula perut tak makan apa apa sejak pagi lagi. Eh, ke sebab tak jumpa pagi sebab bangun pun tengah hari?

Yang aku menulis macam ayat novel ni pun jadah apa?

Aku terus bangun. Ambik towel, ambik berus gigi, ubat gigi fresh and white, sabun shokubutsu perisa oren dan pencuci muka cap Loreal. Pergi mandi. Dah lewat sangat dah ni.

Maggi kari yang aku beli minggu lepas masih ada 3 bungkus. Pada kiraan aku stok makanan segera ni cukup untuk menanggung hidup selama 2 hari. Alhamdulillah, makan maggi hari ini cukup berselera. Syukur. Kadangkala menghambat perasaan juga, tapi apabila maggi dihidangkan dengan seepisod Running Man, duka tersebut hilang jua, walau sejenak, haha.

Hujung bulan memang begini. Bagi pelajar seperti aku yang tiada scholar dan tidak mengambil PTPTN, malah bergantung kepada income kerja secara part time, tekanan dan desakan hidup turut dirasai, sama seperti mereka yang sibuk bekerja di luar sana.

..........................................

Motor dark Lagenda 115z aku sadaikan di dalam garaj motor yang disediakan pihak kolej. Tak sangka keluar untuk makan sekejap sebentar tadi sahaja menyebabkan banyak juga wang terbang. Semenjak harga minyak naik, total untuk makan nasi berlauk ayam dan sayur mencecah RM4.50, satu harga yang dikira mahal jika makan dalam kawasan Universiti.

Minyak motor aku isikan RM5, kalau boleh malas nak isi tapi minyak dah kosong, padahal baru kelmarin sahaja diisi. Kadangkala pelik juga sedangkan aku tak merayau ke mana, cuma keliling kawasan kampus, paling jauh pun pergi makan dekat area Pantai Dalam yang jaraknya cuma 10 minit dari kolej.

Sempat juga menyinggah ke 7 Eleven, sekadar singgah sebentar untuk membeli topup. Aku campakkan RM10 ke muka brader 7 Eleven, sebagai tanda protes terhadap kredit henset yang terlalu cepat habis, kehkeh.

Jadi yang tinggal di dalam wallet cumalah beberapa helai wang kertas RM1 dan beberapa syiling yang aku tak pernah ambil tahu berapa jumlahnya.

Usai tiba di bilik, aku hidupkan laptop. Masukkan password laptop. Bukak Google Chrome. Log in Facebook. Satu rutin harian seorang pelajar yang jangan nak mengada ngada pertikaikan lagi, hehe. Scroll down news feed.

Melihat status status kenalan di facebook, semakin ramai yang melangsungkan perkahwinan semenjak dua menjak ini. Kebanyakannya melangsungkan akad nikah dahulu, sebelum majlis persandingan yang dirancang untuk diadakan di kemudian hari. Bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan mereka masih belajar atau baru sahaja menamatkan pengajian. Atau mungkin aku lebih tertarik kepada baju apa yang mereka pakai semasa upacara akad nikah? haha.

News feed sekali lagi dipenuhi dengan gambar gambar graduasi kawan kawan. Musim graduasi universiti sudah tiba. Sedikit sebanyak mencengkam perasaan melihat kawan kawan yang bergraduasi lebih awal. Semoga mereka ini cepat cepat bekerja dan gaji mereka dapat digunakan untuk belanja aku makan, bukan sekadar beli Ipad serta henset baru dan melakukan wajib tayang di Facebook dan Instagram.

Semua cerita cerita tersebut tak menarik minat aku. Itu semua common, biasalah kitaran hidup. Apa yang aku boleh buat cuma like gambar gambar mereka dan ucap tahniah.

Walau bagaimanapun, hari ini aku terpana dengan satu status. Status yang aku percaya boleh buat ramai orang sakit hati.

"Selamat bergraduasi dan selamat menganggur"

........................................

bersambung...

25 June 2013

Perihal Perut

Sejuk malam seakan akan mencengkam hingga ke tulang. Mujur baju sejuk berjenama adidas menyelimuti badan. Kali ini Leonardo tekad. Perut yang lapar harus diisi dengan sesuatu. Jadah apa menyeksa perut dengan menahan lapar pada waktu tengah malam begini. Bukannya mampu membentuk sixpack pon. Meskipun beliau mempunyai sixpack yang nyata, tidak pula dia berbangga diri. Ini diakui oleh rakan rakan dan taulan beliau.

Kemudian Leonardo bersegera mengambil kunci motor yang diletakkan di atas meja lalu pantas berlari ke arah motor. Berlari dan terus berlari. Oke takde la perlu berlari kot.

Ah tak payah guna nama Leonardo lah. Ni pasal aku, aku yang tengah lapar ni. Aku! Kahkah.

Minggu exam memang rutin hidup agak kucar kacir. Waktu makan tidak mengikut masa tetapi bersandarkan keadaan perut. Seolah olah perut kata nak makan nasi ayam, sudahnya diisi dengan ayam kepsi. Tapi ini hujung semester punya cerita. Dapat makan megi perisa ayam pun sudah cukup bersyukur.

Enjin motor dark Lagenda 250cc aku hidupkan. Walaupun motor berkuasa tinggi ini sepatutnya hanya digunakan untuk perjalanan jauh, tapi aku pacunya jua demi sesuap nasi. Tapi dalam kes ni bukan nasik la, burger beb! Burger!.

Waktu tengah tengah malam ni kebanyakan kedai makan dah tutup. Jadi nak makan nasik waktu waktu macam ni bukanlah agenda yang sesuai.

Perjalanan dimulakan. Cukup sekadar menunggang kelajuan 80km sejam sahaja. Bukan apa, takut brader brader motor yang lebih otai dekat KL ini menahan malu kerana terpaksa makan asap jentera aku ni, kehkeh.

Menunggang motor dalam kawasan universiti pada waktu tengah malam seperti ini boleh dikatakan heaven sebab jalan clear. Cuma yang tak sedapnya terpaksa menghadap abang-abang guard dekat pintu gate keluar. Semasa melalui pintu gate yang pagarnya telah ditutup separuh, aku cuma teringat yang baru baru ni abang-abang guard lebih bertegas terhadap keluar masuk kenderaan ke kawasan universiti. Kes tibai motor dengan curik barang macam dah takde jalan penyelesaian.

Mana mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker kampus ada potensi untuk ditahan untuk soal siasat. Keadaan jadi lebih buruk jika tiada kad matrik pelajar di bawa bersama. Golongan seperti ini kadang kadang tak diberi masuk ke dalam kampus, terutamanya yang bermotorsikal. Paling koman pun kena saman. Memang nasib golongan yang bawak motor macam aku ni orang suspek selalu buat hal.

Aku? Aku macam biasa malas nak pergi renew sticker motor kahkah. Takpe dun worry, walaupun takde sticker motor, kad matrik memang aku selalu letak dalam wallet. Oke dalam cerita ni korang kena ingat, motor aku takde sticker tapi kad matrik maintain ade dalam wallet. So aku kira kalau keluar tengah malam lepas tu kena tahan brader guard pon takde masalah lah pasal aku bawak kad matrik.

Usai melepasi pintu pagar universiti, badan aku rasa makin lemah. Rupanya baru teringat yang hari ini aku belum makan walau sebutir nasik sekalipun. Hal ini buat aku lebih teruja mendapatkan burger, makanan idaman setiap manusia sehingga warga Zimbabwe sekalipun menjadikan ia sebagai makanan rutin.

Atas tuntutan perut yang semakin mendesak, aku tambah kelajuan motor kepada 85km. Laju yang macam ini punya laju boleh buat brader brader yang bawak basikal fixie jatuh respek. Arah yang dituju cuma satu tempat, iaitu Bangsar. Bangsar dengan kolej aku nak kata dekat sangat pon tak jugak. Kalau bawak motor rilek rilek mau makan 10 minit juga.

Cerita pasal burger, memang boleh buat sesiapa terliur. Dalam keadaan perut yang sebegini, aku dah tetapkan beberapa perancangan. Satu burger memang tak cukup. Jadi mesti order dua bijik burger. Sebab nak bagi rasa yang lebih variety jadi nanti aku akan order burger ayam sebijik dan burger daging sebijik. Lepas tu aku nak singgah seven eleven beli air yogurt berjenama Bliss. Dia punya perisa strawberry masyaAllah sedap. Kejap lagi aku mintak bungkus benda ini semua buat makan dekat bilik sambil layan running man.

Pergh heaven!

Perancangan kena rapi. Dua tiga traffic light jugak aku langgar nak cepat punya pasal. Perut yang terlalu lapar memang boleh uji kesabaran beb. Waktu keadaan macam ni kalau kena saman trafik pon aku takde hal punya asal aku dapat burger aku cepat.

Sampai. Stall burger tampak meriah dengan lampu lampu bercahaya terang tanda perniagaan sedang rancak berjalan. Aku tongkatkan motor. Helmet aku sisipkan ketepi dengan talinya aku sangkutkan di bawah seat.

"Bang, burger ayam satu, burger daging satu!", ujar aku lemah tapi dalam nada bertenaga.

"Kejap lagi saya amek, nak pergi 7E kejap"

..........................................

Cepat cepat aku hidupkan motor dan blah. Macam mana wallet aku boleh tertinggal ni? Bahana apa yang menimpa.

Burger tu sape nak bayar? Aku tengok macam dah siap. Ni kejap lagi macam mana aku nak masuk kolej ni?

08 February 2013

Entry Serius: Legasi Nasyid

Bila melangkah ke tahun baru ni aku berazam menulis satu entry untuk satu tahun. Mujur Neelofa bijak memujuk, maka aku turutkan jua kehendaknya untuk disiapkan satu lagi entry bagi tahun ini. Atas dasar mahu menulis dengan fokus, maka aku ketepikan segala kerja kerja rutin penting seperti online Facebook dan menonton Youtube bagi memberi laluan kepada blog ini untuk beraksi. Lihat, betapa besarnya pengorbanan aku kali ini.

Sebelum ini aku banyak mengarut dalam menulis. Cerita "Pengaruh Gay Dalam Kalangan Generasi Harapan Bangsa" yang aku tulis sebelum ini dilihat tidak mampu menandingi karya Usman Awang. Maka dengan ini aku ingin mengambil insiatif untuk menulis dengan lebih serius.

Kali ini bapak punya serius. Pasal aku ditugaskan tulis satu artikel untuk dihantar dekat ICR UM. Jadi aku tak boleh menulis secara picisan seperti selalu selalu.

Tajuk artikel ini ialah "Mahasiswa UM Dominasi Festival Nasyid Kebangsaan Ke-22"

Hah, garang tak?

......................................................

Nasyid merupakan satu bentuk nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji ALLAH, dan yang seumpamanya. Pada awalnya nasyid membawa alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.

Perkembangan nasyid diwarnai dengan penganjuran pelbagai pertandingan nasyid yang melibatkan pelbagai institusi dan peringkat. IPTA dan IPTS di Malaysia dilihat begitu cenderung menganjurkan pertandingan nasyid, sehingga tertubuhnya pasukan nasyid CG yang kini bergiat aktif membawa nama Universiti Malaya dalam pertandingan-pertandingan nasyid yang dianjurkan di peringkat antara universiti. CG adalah sebuah kumpulan nasyid yang pada awalnya ditubuhkan pada tahun 2003 di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah yang merujuk kepada singkatan perkataan sidji, berasal daripada bahasa rumpun Jawa yang membawa maksud ‘satu’. Tahun demi tahun, CG semakin menapak lebih jauh apabila menyertai pertandingan luar yang dianjurkan Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan JAKIM yang disertai penasyid belia daripada seluruh pelusuk tanah air.

Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) anjuran JAKIM merupakan pentas yang mengumpulkan juara Festival Nasyid bagi setiap negeri seluruh Malaysia yang mengambil bahagian. Festival ini merupakan pertandingan yang begitu dinantikan setiap tahun memandangkan ia merupakan peringkat tertinggi dalam pertandingan nasyid. Tahun 2012 merupakan tahun gilang gemilang bagi pasukan nasyid Universiti Malaya apabila empat kumpulan yang disertai 24 pelajar berjaya melangkah ke pentas FNK kali ke-22 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

FNK yang begitu sinonim dengan penganjuran terbaik yang melibatkan juri-juri profesional ini disertai 13 buah negeri. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori tradisi dan moden. Setiap kumpulan perlu berentap di peringkat saringan sebelum lima kumpulan terbaik bagi setiap kategori akan dipilih untuk beraksi di pentas final.

Hasil daripada sesi latihan yang berfokus dan konsisten, tahun 2012 pasti menjanjikan kenangan yang begitu manis buat warga Universiti Malaya apabila tiga kumpulan dibawah naungan CG, iaitu Kumpulan Zinnirah yang mewakili Selangor dan Kumpulan Ukhuwah serta Husna yang mewakili Perak berjaya melangkah ke final FNK untuk pertama kali. Lebih membanggakan apabila Kumpulan Zinnirah berjaya merangkul Juara kategori tradisi, manakala Kumpulan Husna dan Ukhuwah berjaya mendapat tempat ketiga masing-masing bagi kategori tradisi dan moden. Pencapaian ini telah meletakkan nama Universiti Malaya di antara yang teratas dalam pentas nasyid di peringkat kebangsaan.

Apa yang lebih menarik, CG tampil lebih yakin dengan karya lagu-lagu baru hasil ciptaan ahli keluarga CG sendiri. Lagu 'Muhasabah' hasil ciptaan Saudara Andy Mirza yang juga merupakan pelajar Universiti Malaya berjaya membawa Kumpulan Zinnirah merangkul Juara FNK edisi kali ini. Bakat pelajar-pelajar Universiti Malaya seperti ini amat diperlukan bagi memastikan CG tampak lebih segar untuk berentap di pentas peringkat yang lebih tinggi, seperti menjuarai FNK yang merupakan impian setiap daripada ahli kumpulan ini yang kini sudah menjadi kenyataan. Selain itu, lagu 'Naratif Cinta' yang dinyanyikan oleh Kumpulan Ukhuwah berjaya merangkul Lagu Terbaik FNK kali ini.

Bagi meneruskan legasi CG sejak ia ditubuhkan, CG tampil dengan pelbagai variasi dalam gaya persembahan dan saban tahun mengecap pelbagai pencapaian dalam pertandingan-pertandingan nasyid yang dianjurkan di seluruh Malaysia. Sebagai mahasiswa Universiti Malaya yang sentiasa ke hadapan, CG mengorak langkah menyertai pertandingan luar di peringkat negeri sebelum melayakkan diri di pentas FNK. Antara pencapaian CG sebelum ini adalah:
  1. Johan kategori moden dan Naib Johan kategori tradisi Festival Nasyid Selangor 2010
  2. Johan kategori tradisi Festival Nasyid Johor 2011
  3. Johan kategori tradisi Festival Nasyid Selangor 2012
  4. Johan kategori moden dan tradisi Festival Nasyid Perak 2012
Sesuai dengan statusnya sebagai kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Nasyid IPT Malaysia, antara pencapaian CG dalam pertandingan-pertandingan nasyid antara IPT seluruh Malaysia adalah:
  1. Juara Festival Nasyid Terbuka (FINAS) 2009, 2010, 2011 & 2012
  2. Juara Nasyid Ekspo Perubatan Malaysia (PERSIS) 2006 & 2009
  3. Juara Nasyid Terbuka IPT Kebangsaaan UKM 2008 & 2009
  4. Naib Johan Fiesta Nasyid Amal Ibnu Sina (FINALIS) 2011
  5. Juara Nasyid Convofest UPNM 2011 dan Naib Juara 2010 & 2011
  6. Naib Juara Nasyid Permata Utara Piala Rektor UiTM Perlis 2011
  7. Kumpulan Harapan dan Emas Lirik Terbaik Festival Nasyid MAKUM 2011
Kumpulan Zinnirah - Juara Tradisi

Kumpulan Husna - Ke-3 Tradisi


Kumpulan Ukhuwah - Ke-3 Moden
Dominasi pelajar UM di pentas FNK


Perkembangan terkini CG boleh dilihat di Facebook dengan mencari pautan ‘CG (Fannan & Farhana)’ atau terus ke www.facebook.com/CG12th.

Justeru, CG sentiasa bersedia untuk menyertai pelbagai pertandingan mendatang, bukan sahaja untuk mengecap kemenangan dan mengharumkan nama Universiti Malaya, malah  yang lebih berharga dapat menyampaikan dakwah Islamiyyah melalui seni itu sendiri, InsyaAllah.


16 January 2013

Gay Makin Power

Ini dah lama punya cerita, cuma aku baru nak up dalam blog . Maklumlah tahun ni tahun malas menulis bagi aku . Sedangkan menulis nota dalam kelas pun aku malas, ni lagi nak up satu entry untuk masukkan dalam blog . Nak cerita dia punya malas tu, ibarat lepas makan nasik kau malas nak basuh tangan . Memang tahap jadah dia punya malas .

Sebenarnya sampai sekarang masa aku tengah menulis ni pun aku tak tau nak tulis apa . Serius ni . Nak tulis pasal cerita perempuan kang ada pulak yang merajuk . Nak tulis pasal lelaki kang kena cop gay . Cerita pasal kena cop gay ni aku dah banyak kali kena, taubat aku taknak sentuh langsung pasal tu . Jadah apa muka macho macam ni orang ingat gay . Biarlah realistik sket ye dak?

Tulis blog ni sedap kalau buat cerita mengumpat .

Sejak kebelakangan ni aku selalu terpaksa offline chat dekat facebook . tak online skype . Yahoo massenger pun aku dah tak ingat hidup lagi ke tak akaun dia . Friendster? pergi mati .

Even bila ada sesiapa yang add dekat facebook pun aku take time nak approve kalau takde mutual friend . Semenjak dua menjak ni aku ambik keputusan untuk menjalankan dasar tertutup . Jadi takde sesiapa yang tak tentu hala aku tak kenal boleh keluar status dia dekat news feed aku .

Tujuannya cuma satu, bagi mengelakkan diganggu GAY.



Kau orang klik gambar kat atas . Bagi clear . Baru steady nak baca .

Pasal gay ni bukan benda baru . Dekat sekolah dulu pun aku dah tengok macam macam dah, cuma dugaan gay dekat sekolah tak advance macam dekat luar .

Atas ni aku bantai upload satu gambar yang aku print screen daripada inbox facebook aku . Antara gay yang paling tegar aku pernah jumpa . Dulu aku pernah dengar dia kena bantai dengan budak budak sebab melakukan kekacauan kegaygayan dalam kalangan pelajar di kolej kolej kediaman . Tapi dia tak serik, sebab perasaan gay dia dah masuk tahap gaban punya advance .

Aku rasa mana mana yang berstatus awek pun tak akan berani buat ayat power macam ni . Ayat dia memang power . Senang cerita kalau dia hadap dengan pasangan yang memang benar jiwanya gay, perasaan pasangan gay tu boleh jadi kacau, naik berahi lalu layu . Haha .

"Kalau zairul sayang saya
jadi hamba zairull pom saya sanggup.asalkan zairull sayang...
Ikut zairull lah suh buat apa..
Jilat kaki zairull pon..
Tolonglaa sayang saya..."

Aku usha kaki aku, nasib baik takde cagu .

.......................

Aku sebenarnya sedar dan tahu, semakin ramai atas muka bumi cuba ikut jejak langkah kaum Nabi Luth ni . Sedangkan aku dikelilingi oleh ramai kawan dan kenalan yang mempunyai pasangan gay . Aku faham memang naluri dan perasaan tersebut bukan mereka yang nak, tapi dia datang sendiri .

Tapi aku tak berapa setuju, naluri suka pada pasangan sejenis bukan datang sendiri melainkan ia dididik oleh diri sendiri . Kenapa akhirnya mengalah dan memilih pasangan sejenis untuk 'bersedap-sedap'?

Pergh, ayat sedap sedap tu sikit punya power .

Jalan untuk kembali ke fitrah asal manusia masih terbuka luas . Aku selalu fikir diorang ni nanti dah besar tak nak kahwin ke? tak nak ada anak sendiri ke? Okay fine memang ada sesetengah negara yang membenarkan perkahwinan homseksual secara legal, tapi celah mana kau nak dapat anak?

Boleh kau orang explain macam mana nak produce anak dengan 'teknik' homoseksual tersebut? Haha .

Dulu masa aku sekolah menengah yang selalu dicop sebagai sekolah gay, akibat semua pelajarnya lelaki, memang selalu ingat dengan satu hadis . Kejap aku google . Kalau bab agama ni ilmu dia memang senang nak hilang, susah nak melekat dalam otak .

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Rasulullah SAW:

"Empat golongan yang berada dalam murka ALLAH pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)"

Kawan kawan dan sahabat, jangan rasa sanggup berada dalam murka ALLAH . Kalau rasa tak boleh ikut perintah yang cukup jelas ni, sila keluar daripada bumi ALLAH ini .

Aku cuba untuk tidak public . Jauh sekali untuk memburukkan sesiapa . Aku cuma mahu sahabat sahabat aku lebih berhati hati . Mereka ini kawan kita juga, cuba lah bantu mereka kembali ke fitrah asal manusia . InsyaALLAH ALLAH akan buka hati mereka .

Kejap, yang ade golongan sibuk nak berzina dengan binatang ni apehal?

Golongan yang macam tu aku rasa jangan bela kucing dekat rumah . Kot .

05 July 2012

Dendam dan Marah

"Boleh tahan jugak mulut kau ni kan"

Ini beberapa tahun lepas punya cerita . Zaman sekolah menengah adalah tahun yang banyak mematangkan aku . Zaman ni setakat tidur satu bantal dengan member adalah perkara yang biasa, nak tunjuk punya kuat ukhuwah antara kawan kawan . Zaman ni ramai lagi cikgu cikgu wanita nan muda masih berstatus anak dara . Zaman ni budak budak selamba mandi bogel ramai ramai dekat bilik basuh asrama tanpa rasa segan silu . Zaman ni adalah waktu anak anak remaja mula ghairah mencari pasangan . Zaman ni jugak orang kata darah muda cepat menggelegak .

Menelusuri waktu waktu terdahulu, kerap jugak main tumbuk tumbuk manja antara member . Bila aku ingat ingat balik, kes kes lampau banyak mengajar aku bagaimana nak handle perasaan marah . Zaman tu kalau marah, mana main sindir sindir dan lawan mulut sape paling sial . Biasanya biar tangan yang berbicara, kalau tak kena bantai dua tiga kali belum cukup puas rasanya .

Ouh lupe, mungkin ni style budak sekolah lelaki . Ye, aku dulu belajar di sekolah lelaki . Zaman ni tak payah nak smart smart sangat pergi sekolah, sebab bukan ade perempuan pon kau boleh mengorat . Cuma tertumpu dekat cikgu cikgu wanita yang zaman tu kebetulan ramai pulak yang muda muda dan cun cun . Di tambah pulak ade girl jadi pekerja dekat dining hall yang cun dan pandai pulak melayan budak budak ni . Itu je lah yang bebudak boleh jadikan model kalau nak bercerita pasal perempuan .

Apa yang aku jauh sangat merepek ni? Ok back to the story .

Waktu sekolah budak budak memang kuat menganjeng . Kalau kau jenis yang sensitif dan tak boleh di bawak bergurau nescaya kau tak ramai kawan dan dipulaukan . Diorang kalau menganjeng memang kaw kaw beb . Kadang kadang memang kau akan sampai moral down gila gila, sampai rasa hidup ini begitu useless, lantas kau ambil beberapa papan panadol dan telan bersama beberapa tin air coke . Akhirnya kau dapat mental disorder dan dimaksudkan ke hospital mental akibat tekanan yang keterlaluan .

Ok . Takde la sampai macam tu . Haha .

Biasenye kami steady je kalau kena nganjeng . Walau seteruk mana pon bahasa yang diorang pakai, tapi tu cuma gurau, diorang tak maksudkan pon . Pada kami begini lah cara lelaki bersosial . Bak kata omputih, guys socialize by insulting each other, but they don't really mean it . Girls socialize by complementing each other, and they don't really mean it .

Lelaki berbeza dengan wanita modus operandinya. Kalau kau orang perhatikan dekat facebook, bila girls tegur kawan kawan dia atau stat komen gambar kawan dia, mesti dia akan tulis:

"Hai sweetie"

"Hai budak cantik"

"hye gorgeous"

Kami yang lelaki tahu, tu cuma auta je kan? kahkah .

........................................

Bila masuk zaman universiti, aku dapat tengok banyak perubahan dari segi sikap kawan kawan . Aku terpaksa cuba alert dengan sensitiviti setiap daripada mereka . Ade yang jenis kau tak boleh bawak bergurau dengan appearance dia, contohnya kau kutuk dia hitam atau buncit, kalau tak dia akan sentap gila gila punya, tak tegur kau berhari hari . Tak kurang juga kawan yang kau tak boleh tegur kesalahan dia, kalau tak dia melenting dan kau kena bersabar dengan maki hamun dia . Kawan yang jenis macam ini kau kena pandai handle .

Pada dasarnya mereka tetap kawan yang baik, cuma kau kena lebih berhati hati . Bila aku fikir balik, perkara perkara macam ni akan membentuk satu jurang untuk kau lebih rapat dengan dia . Kawan baik dengan kawan biasa memang berbeza .

 Baik kau klik gambar, sebab aku tau memang tak nampak punya, haha .
.....................................

Pada dasarnya marah itu boleh dikawal, walaupun kau rasa kau layak untuk marah sebab kawan kau tu buat kesalahan yang kau tak boleh terima . Rileks la beb, its small matter . Dan aku yakin kawan kau tu pon bukan berniat nak sakitkan hati kau . Ade ke orang yang suka bermusuhan . Ye dak?

Kali ni aku nak tulis secara lebih serius . Aku ade baca satu artikel dekat surat khabar .

"Fitrah manusia itu sukakan kebaikan dan kesantunan, manakala kemarahan itu merupakan sesuatu yang mengotorkan hati dan boleh membawa kepada bencana-bencana buruk yang lain seperti hasad dengki, bongkak dan saling memaki hamun"

"Kesan daripada sikap cepat marah ini sangat buruk dn keji, terutamanya bagi yang bergelar da''eiyah (pendakwah) . Mana mungkin mad'u (orang yang diseru) dapat bersabar dan meyakini dengan jalan dakwah jika dirinya sering dimarahi dan tidak melihat sebarang qudwah hasanah (contoh yang baik) daripada da'einya"

Well, sebab tu bila ade kawan kita yang pemarah tu tulis benda yang elok dengan kata kata nasihat dekat facebook, dalam hati kita akan cakap

"bajet bagus je budak ni"

sebab kita tahu siapa dia yang sebenarnya . Walhal bukankah bagus untuk kita saling ingat-mengingati?

Nak buat macam mana, begitulah hakikat sikap manusia . Kalau sekali kau tunjukkan sikap panas baran, buatlah baik macam mana pon, orang tetap akan anggap kau teruk . Jadi cara yang terbaik adalah sentiasa jaga emosi masing masing .

P/s : Ade artikel tulis, PMS bukan alasan untuk melenting . So girls tak boleh jadikan haid sebagai alasan untuk kuat sentap, haha . =)

02 July 2012

Sejarah Nama

"Kau dah daftar mengundi?"

Ujar ayah aku tak semena-mena . Sebenarnya baru tadi ayah sibuk bercerita tentang fitnah-fitnah liar yang dihamburkan oleh pihak-pihak fanatik kerajaan terhadap pembangkang . Aku iyakan aje . Setakat surat khabar Harakah tu wajib dibeli beliau, dan setiap perkataan yang tertulis di dalamnya akan dibaca . Belum lagi aku jumpa rumah beratapkan zink warna hijau, ditambah dengan dua jenis bendera Parti Pembangkang dan bendera negeri dicacak di hadapan rumah, sebagai menunjukkan tanda sokongan ayah yang tak berbelah bahagi .

Aku? Steady je . Setakat tengok surat khabar untuk usha kalau kalau ade satu dua artis girl pose ape salahnya kan? :3

Rupanya usia aku dah layak mengundi . Dah 21 tahun aku pegang nama Zairull Nizam ni . Setakat yang aku tau, nama yang sangat sedap ni ayah aku yang bagi . Sebab nak bagi semua nama adik beradik sepesen, iaitu pangkal nama mesti mula dengan 'zai' .

Ni mak punya cerita .

"Dulu ayah kau tengok cerita Musang Berjanggut . Dekat situ la dia dapat idea nak bagi nama kau"

Waktu mak aku cerita, aku langsung lahabau tak tau ape tu cerita Musang Berjanggut . Agaknya aku masa tu masih fanatik layan doraemon je kot . Mula la aku pikir ape signifikannya nama aku dengan seekor musang?

Persoalan itu berterusan sampai aku dah mula minat tengok cerekarama, ditambah dengan lentok lentok Nora Danish berlakon sebelum beliau kawen . *bagi menunjukkan aku dah makin besar, kahkah*

Satu hari TV1 keluar cerita tersebut, cerita Musang Berjanggut . Cerita P. Ramlee rupanya . Zaman tu rumah aku ade pakai player video recorder . Ape jadah nama dia aku tak tau . Yang jenis boleh rekod pakai video tape tu . Zaman sekarang dah tak jumpe dah .


Lebih kurang macam ni la rupa dia . Bila aku google baru aku ingat nama dia VCR, kahkah .

Ok sambung balik .

Bila cerita ni keluar TV, abang aku semangat pergi rekod pakai VCR tu lah . So cerita tu nanti boleh tengok banyak kali sebab dah rekod dalam tape dia . Aku pulak? bantai tido je, budak budak kan masa tu . Keje tido je, ngehngeh .

Satu hari aku tergerak nak tengok cerita tu, setelah mengimbau di sebalik misteri nama Zairull Nizam yang dicanang oleh Puan Emak . Aku cuba merungkai segenap persoalan yang terbuku dengan menonton setiap babak filem tersebut dengan fokus .



Cerita dah habis . Tapi aku masih tak faham . Mana ada nama aku dekat situ .

Sampai la aku dah besar panjang, aku masih tak paham .

.....................................

Ini cerita waktu Darjah Dua . 

Waktu ni aku cukup tertekan dengan nama aku . Ada lagi satu budak nama lebih kurang sama dengan aku . Nama dia Zahrul Nizam . Satu hari cikgu kelas aku suruh semua budak berdiri sebab ade budak yang tak hantar kerja karangan Bahasa Melayu . Selagi tak semua budak hantar memang sampai balik la satu kelas berdiri . Dan lebih sadis, takde satu budak pon nak mengaku . Aku? mesti la dah hantar, seorang ketua kelas berdedikasi mesti la awal awal dah hantar . kahkah .

Maka cikgu pon dapat satu idea yang cukup bernas, tapi memakan diri . Cikgu pass balik semua buku kerja tadi yang dah siap ditanda . Sape yang dah dapat boleh duduk . Maka satu satu budak kelas dapat duduk selepas ambil buku kerja diorang daripada cikgu . Sedar sedar aku orang terakhir yang berdiri . Ahh sudah!

"Mana buku awak Zairul?!", cikgu dah mula melenting .

"Saya dah hantar cikgu, betul saya tak tipu", seorang budak yang naif cuba mempertahankan diri .

"Kalau dah hantar mesti ade dekat saya!", bentak cikgu .

Air mata mula mencurah curah ke pipi . Aku cari dalam beg dan bawah meja walaupun aku yakin ia tiada dekat situ . Aku pergi ke meja cikgu dan selongkar di sebalik timbunan buku buku lain di situ, kalau kalau aku tersalah letak . Tapi tetap tiada .

Dan hari tu aku dapat penampar sebijik daripada cikgu, atas kesalahan yang aku tak lakukan . Itulah kali pertama aku kena tampar dengan seorang yang bergelar cikgu . Berdesing telinga dan bengkak pipi, tak siapa yang peduli, eceh :3

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat . Semua budak balik .

"Weh, nah ni buku kau, tadi aku amek masa cikgu pass tadi", ujar Zahrul Nizam selamba .

Ok. Kau memang sial .

...............................

Akibat nama aku, banyak lagi kesan buruk aku terima . Ada satu kali aku ditempatkan di kelas lain, sebab tempat aku telah diisi oleh budak lain yang namanya juga seakan-akan nama aku . Akibatnya setahun aku merana berada di kelas bawahan . Sampai sekarang aku geram ape la badigolnya sistem kelas masa tu, boleh tukar-tukar kelas sesuka hati .

Dan nama budak tu ialah Shahrul Nizam . Nice . Terima kasih kawan .

Kemudian baru aku sedar, daripada mana ayah aku dapat idea untuk bubuh nama aku . Rupanya ia diambil daripada salah seorang watak dalam cerita Musang Berjanggut tadi, Sultan Shahrul Nizam .


Teorinya mudah, ayah rasa nama Shahrul Nizam tu sedap . Tapi sebab ayah nak semua pangkal nama adik beradik sama, maka ayah tukar nama tu jadi Zairul Nizam .

Ohh baru aku taw . 

So aku takde ape ape kaitan dengan keluarga musang, walaupun aku rasa macam makhluk ini sedikit comel .


Terima kasih ayah untuk nama yang sedap ini .


P/s: Untuk kau Zahrul Nizam, kau hutang dengan aku satu penampar :P

25 November 2011

Makan Megi

Jam menunjukkan pukul 3.50 pagi. Tak pasal pasal aku tak boleh tidur malam ni. Orang cakap kalau makan banyak boleh cepat mengantuk, tapi tadi aku makan roti banjir dua keping tambah nasi goreng kampung bungkus, tak mengantuk jugak pon. Tipu la..

Tadi pun beli banyak sebab nafsu. Training nasyid lama lama memang buat aku lapar. Alah orang kata menyanyi guna perut? Sebab tu menyanyi lama lama boleh menyebabkan perut menjadi lapar. Menyanyi dengan lebih kerap berupaya menjadikan perut anda berbentuk sixpack. Tak percaya? Tengok je la perut perut artis sekarang. Sebab artis melayu tak tayang perut maka aku cadangkan usha perut artis Bollywood. Macam Shah Rukh Khan, Salman Khan dan blablabla. Afdlin Shauki? Errr itu lain cerita. Ehehe.

Tiga tahun dulu, masa aku form 5. Waktu waktu macam ni memang tak tidur sebab aku khusyuk study. Ya, anda tak salah membaca, aku memang rajin study dulu waktu waktu macam ni. Maklumlah budak asrama penuh, bila tengok member lain gila study maunya aku tak terikut sama. Eceh.

Well. bila ramai ramai study sama sama memanglah semangat kemain. Maka sebagai penambah semangat belajar perut mesti sentiasa penuh. Alah dasar budak budak nak makan, biasanya budak form 1 akan dikerahkan mencari megi sebanyak mungkin bagi memenuhi permintaan pelanggan. Dulu takde main pilih pilih kau nak makan megi ape, kau yang lain pulak nak makan megi ape. Semua perisa megi adalah sama sebabnya akan dimasak sekali di dalam baldi.


Masa tu takde nak gayung megi tu bahagikan ikut mangkuk masing masing. Semua makan sekali dalam baldi tu. Rasa dia? Ada pahit pahit sket, maklumlah baldi tu tibai member punya, bekas dia letak baju baju busuk dia. Sebab tu ukhuwah antara kitorang kawan kawan sekolah kekal bertahan sampai sekarang. Budak budak sekarang? nak kongsi air segelas pon rasa jijik kot. Hehe.

Orang kata megi tak elok untuk kesihatan. Kononnya kesan dia cuma akan nampak bila kita dah tua nanti lah, jadi cepat pelupa lah, blablabla. Tapi pada aku megi ni la yang menyatukan kami. Eceh. Pada aku takpe makan megi asalkan jangan selalu. Betul ke pandangan aku ni? Pandangan aku boleh berubah ikut keadaan semasa. Sebagai contoh, walaupun kau seorang yang gila nerd tapi bila kau puji aku hensem dan baik hati mungkin aku akan anggap kau seorang yang super cool dan awesome! Haha.


aku pon tak tau apsal aku nak letak gambar kambing. Kbai.

P/s : guwa dah lama tak update blog. so guwa tak tau nak tulis ape. sebab tu meraban je. owh, gamba baldi tu guwa tibai kat google je. tolong halalkan =)

-merci beaucoup-


13 August 2011

Sumpah Seranah

Aku bangun tidur. Bahana tidur siang mungkin, tekak terasa kering sangat. Baru aku sedar, dua hari ni baru 3 gelas je aku minum. Satu gelas masa sahur semalam, satu lagi masa berbuka semalam dan satu lagi masa sahur pagi tadi.

Masa ni keimanan aku mula goyang. Tengok Mak tengah mop lantai dekat dapur terpikir pulak kalau-kalau dia tak perasan aku ambil air sejuk dekat peti ais. Tu semua kalau la.

Dekat pukul 10 pagi. aku mandi. Kalau dapat tibai minum siket air sedap jugak nih. Lama aku mandi. Tapi tak tersampai hati nak membatalkan puasa. Aku bukan budak kecik curi-curi minum air dekat bilik air. Langsung takde kelas taknak puasa dengan cara macam tu. Sekurang-kurangnya dapat segarkan badan, takde la rasa kering tahap gaban badan aku ni.

Aku tekup tangan dekat dahi. Tekup pulak dekat leher. Panas. Hari-hari puasa memang mudah kena demam. Mula lah menyesal sebab kurang minum air. Teringat puasa tahun lepas, masa tu puasa dekat kolej. Masa tu aku kena demam panas baik punya. Kuliah habis semua tak pergi. Bukan malas, tapi berdiri pon dah terketar lutut.

Dengan harapan dapat surat MC dari doktor, aku gagahi jua pergi ke klinik pelajar. Lagipun masa tu cik awek tak habis-habis suruh pergi klinik. Cukup prihatin betul dia. Untungnya klinik tu betul-betul bawah bangunan kolej aku. Cuma tekan butang lif terus sampai dekat klinik. aku memang dari dulu memang cukup malas pergi klinik. Orang cakap aku takut doktor, tapi yang sebenarnya sebab aku malas menunggu lama. Nak ambil nombor giliran lagi, isi borang lah bagai. Nak tunggu kena panggil masuk lagi.

Adoih, punggung dah panas. Badan dah la memang panas. Dekat sejam menunggu. Kalau sebab hari tu takde test subjek Earth and Man memang aku tak jejak kaki kat klinik ni. Nak MC punya pasal. Paling rajin pon aku turun kedai bawah beli panadol, cukup.

"Zairull Nizam!"

Cik nurse panggil separa melaung. Aku dengan langkah longlai masuk ke bilik doktor. Tujuan aku cuma satu, nak surat MC. Berbekal bakat drama yang tinggi dalam diri aku beserta memek muka penuh sedih, aku berlagak sakit tahap karma. Biar la Puan Doktor tu kesian sket. Aku dah la demam, mesti la patot dikesiankan. Kan?

Beliau ambil suhu. Tapi guna thermometer yang letak kat telinga tu. Aku cukup tak suka kalau kena pakai yang tu. Geli. Tak boleh ke pakai thermometer yang letak bawah lidah tu je?Tak pon pakai yang masa aku belajar dekat kelas fizik dulu. Kan lebih menyelesakan pengguna?Alah yang pakai konsep Thermal Equilibrium tuh. Eceh.

thermometer telinga. yang ni pakai infra red kalau tak silap

"Kamu demam teruk ni", ujar Puan Doktor penuh prihatin

"Batuk? Sakit tekak, selsema ada?", sambung beliau.

"Complete set puan. Biasa la bila demam", ujar aku penuh sayu.

Sambil beliau check-check badan aku, aku terbatuk-batuk kecil. Batuk penuh lakonan. Weh nak surat MC punya pasal. Kau tau tak betapa pentingnya surat tu? Tanpa surat tu aku boleh dapat markah kosong test hari ni tau. 

"Saya dah beberapa hari demam ni doktor. Hari tu demam dah okey, lepas tu demam balik. Dah dekat seminggu la jugak rasanya" jelas aku penuh jujur. Memang betul pun, aku tak tipu punya.

"Okeh kamu bawak surat ni pergi check darah eh. Saya takut kamu kena infection apa-apa ke", saran Puan Doktor.

Ah aku dah dapat rasa lambat lagi la aku dapat balik bilik aku ni. Tapi aku faham apa maksud doktor tu. Masa tu tengah hangat kes-kes H1N1. Maka aku yang tinggal di kawasan sekita KL ni mestilah probability nak kena infection  tu tinggi. Risau jugak aku kalau kena menatang alah tu. Aku dah la belum kawen.

Habis check darah, aku kembali ke bilik doktor sambil membawa slip keputusan darah guwa. Tulisan doktor memang macam haram, tapi dapat tangkap sket-sket dekat slip tu. Erythtrocyte guwa tak cukup air.

Doktor melihat keputusan darah aku sambil menggeleng-geleng kepala. Ish jangan buat hal doktor nih.

"Kamu kena banyak minum air. Saya bagi kamu ubat okeh. Ambil dekat kaunter sebelah. Okeh.", ujar beliau menunjukkan urusan telah selesai.

"Baik. Terima kasih doktor", aku bangun dari tempat duduk untuk berlalu pergi.

Eh! Kejap. Ada benda lupa nih.

"Err surat MC takde ke doktor?Saya tak larat la nak pergi kelas hari ini"

"Kamu takde test ke? Pergi test ye nanti kamu fail jangan salahkan saya", ujar beliau sambil menunjukkan sign kepada pembantu beliau untuk memanggil pesakit berikutnya.

Homaigad. Ini adalah bullshit. Mati aku, mana study ape-ape lagi ni. Test lagi dua tiga jam.

Selepas ambil ubat, aku bergegas balik ke bilik, capai notes, terus baca dengan speed selaju mungkin. Gila kau nak cover syllabus setengah sem dengan masa cuma dua tiga jam je. Mula la aku rasa dunia ni tak adil. Sumpah seramah habis dekat doktor tu, kedekut surat MC punya pasal.



Hari tu aku dapat pengajaran. Bakat berlakon aku masih perlu diasah.

p/s: sampai sekarang aku rasa nak buang gambar dekat header tu. menyampah pulak tengok, haha

-merci beaucoup-

09 August 2011

Salah Faham

Tiga empat hari dah aku tak online gara-gara aku balik ke rumah. Bulan puasa macam ni memang la seronok sket dapat berbuka ke rumah. Bukan apa, sebab dapat saving duit untuk beli makanan berbuka. Maklumlah dekat KL tu makanan  sket punya mahal. Dapat pulak dekat bazar semua peniaga pakat naikkan harga. Kuih karipap saiz lagi kecik daripada jari kelingking aku pun dah dikira sebiji 50 sen. Bila ditanya apsal mahal sangat? Rata-rata peniaga pasti menjawab:


"Harga barang naik bro"

Okeh. Tapi yang peliknya dalam mahal-mahal macam tu pon habis jugak. Nafsu nak berbuka memang kita tak boleh nak expect bukan? Mak aku hari tu cakap:

"Awal-awal puasa ni boleh la habis, tunggu sat tengah bulan puasa kang, lingkup la nanti tu"

Bukan nak mendoakan yang buruk, tapi dalam berniaga kita kena bijak juga. Kalau nak bertahan lama dalam bisnes kena pasang strategi baik baru pelanggan datang setia membeli. Ni dah mahal nak mampuih sapa nak beli?Hehe. Bertuah la bulan puasa bermula masa gaji baru masuk, pembeli dah tak pikir mahal murah bila perut dah lapar tahap karma.


................

Berbekalkan broadband yang memang aku beli khas untuk kegunaan di rumah, aku bukak facebook. Selain status bertemakan Ramadhan ni ada jugak yang masih post status-status penuh hasad dengki, masalah awek, bergaduh dengan member dan pelbagai status penuh kejahilan.

Bila difikirkan balik aku pon kerap jadi macam tu. Tulis status bukan-bukan menyerlahkan ketidakmatangan kita berfikir secara rasional. Pergh ayat! Pada aku perkara-perkara sebegini terjadi disebabkan lebih kepada salah faham. Hari tu ada lagi sorang mamat merajuk dengan aku. Tak pasal-pasal. Kalau Lisa Surihani yang merajuk dengan aku takpe jugak.

Aku nak bagi beberapa contoh dan situasi mudah. Tapi aku rasa lebih faham kalau angpa tengok vlog mamat yang boleh tahan kelakar dia ni. Isi dia lebih kurang sama dengan apa yang aku nak tekankan.



Perkara yang sama berlaku apabila kita menaip sms dan dihantar ke kawan-kawan kita. Maklumlah dapat coverage hujung-hujung kampung macam aku ni kadang-kadang tak dapat pon sms. Lepas tu tak pasal-pasal kena claim bahawa kita sombong dan sebagainya.

...................

Sebenarnya banyak penyebab salah faham ni, nanti aku sambung. Aku nak pekena nasik beriani kat dapur. Tadi Sultan Selangor bertandang iftar dekat tempat aku. Paksu aku yang pergi majlis tu bawak balik makanan gila banyak. Aku bukan nak makan sangat, tapi aku taknak nasik-nasik tu nangis. Maklumlah, orang-orang tua kata nasik menangis kalau kita membazir. Ya tak?

-merci beaucoup-

27 July 2011

Zaman Sekolah Rendah Indah?

Pagi-pagi hari Isnin masa sekolah rendah adalah masa yang sangat tidak disukai. Mula-mula ambil kasut sekolah yang mak aku keringkan bawah peti sejuk. Ya, itu adalah cara mengeringkan kasut paling berjaya aku rasa. Abang aku lagi advance, basuh kasut guna mesin basuh lepas tu keringkan pakai dapur. Stok keringkan kasut macam panggang ayam. Hebat bukan?

Seingat aku dulu sebelum gerak ke sekolah mesti ayah aku bagi duit belanja. Kalau sekolah pagi dapat la seringgit. Mewah tau seringgit tu. Boleh la beli Coklat Din Dang dengan Tora. Tora ni mahal sket sebab mainan dia lagi syok daripada Din Dang. Tapi aku lagi suka beli Din Dang sebab murah, 60 sen je. Dia punya coklat dalam kotak tu pon sedap ape.

Kalau 'bingai' sangat ni la menatang tu
Zaman puasa masa sekolah rendah memang mencabar. Lagi-lagi kalau puasa masa hari sekolah. Kawan-kawan aku bukannya puasa pon, siap offer dekat aku lagi makanan yang diorang tapau dari kantin. Aku nak beli tak boleh sebab emak aku gangster kat kantin sekolah, maklumlah Makcik Kantin lah katakan. Aku mestilah menjaga reputasi aku sebagai anak yang taat, haha. Sebab aku pikir aku kanak-kanak yang bebas daripada sebarang dosa, aku rembat jugak daripada kawan-kawan aku cekedis-cekedis yang meliurkan tu, terus masuk ke ulu perut.

Aku dulu bukan anak orang senang. Dulu ada sistem 'Rancangan Makanan Tambahan' atau lebih feymes dipanggil RMT. Kawan-kawan aku memang kerap jeles bila aku dapat makan free. Hari-hari sebelum masuk kelas pagi-pagi terus pergi kantin makan free dulu. Makanan ala kadar, tapi orait ape bila dapat free? Dulu aku selalu berharap kalau sarapan dapat makan coco crunch ke, honey star ke, baru nampak macam orang bandar sket. Haha.

Hari yang paling dinantikan mestilah hari Jumaat. Sebab hari tu hari susu sekolah. Semua yang dapat RMT mesti dapat sekotak susu sekolah. Untung la kalau cikgu suruh agih-agihkan kat budak, mesti la dapat upah sekotak lagi susu sekolah. Sedap gila kot. Jeles habis budak-budak lain bila troli susu sekolah sampai kat pintu kelas, budak-budak RMT semua pakat beratur ambik sorang satu. Yang lain? Melopong je la mengharap ada member-member yang tak nak dan bagi kat diorang. Tapi tu kan perkara mustahil?

ni zaman baru punya, kalau zaman guwa dia kaler kuning plain

Bagi kanak-kanak innocent  macam aku ni, aku paling eksaited bila lori milo datang. Gila kau dapat milo free tu! Aku sampai sekarang tak faham apa signifikannya memberi kanak-kanak kecil ini minum milo free. Untuk memberi peluang kepada mereka ini merasa betapa sedapnya milo? Sebab kami hari-hari minum kopi?

kalau zaman guwa lori ni dah kemek dah kena rempuh, peduli ape cikgu bising suruh beratur, ahaha
Tapi biasanya aku tensen sebab Pakcik Milo tu bagi cawan kecik je. Bila guwa dengan member-member lain pakat nak mintak lagi Pakcik tu mesti cakap:

"Budak kecik minum cawan kecik je"

"Sial! Cikgu-cikgu boleh plak dapat cawan besar!", luah hati aku yang ketika itu masih belum faham bahawa dunia ini memang tidak adil.

Satu hari yang lain, mesti cikgu akan edarkan kertas yang nak order vitagen tu. Lepas tu beriya la balik tunjuk kat mak. Harap-harap mak bagi duit lebih esok nak beli vitagen. Tapi kanak-kanak macam aku ni memang kerap dikecewakan. Mana ada nak dapat semua tu. Paling sakit hati rajin pulak lori vitagen tu datang tiap-tiap minggu dekat sekolah. Saja nak bagi aku yang tak dapat beli ni jeles.

"Dah dah! Tak payah membazir beli benda mahal macam tu", ayah memang berkira sket kalau nak beli-beli benda ni.

Kanak-kanak macam aku memang senang menangis bila ayah cakap camtu. Merajuk lalu membawa diri ke bilik sorang-sorang. Maklumlah budak-budak lain seronok je mak ayah diorang belikan vitagen. Aku?

Dalam sedih-sedih tu, pernah sekali mak aku buat suprise kat aku. Masa nak balik sekolah mak aku belikan aku satu plastik vitagen. Mak aku bisik kat aku:

"Nak beli benda ni tak payah tunggu lori vitagen datang sekolah, beli kat luar pon boleh kan?", ujar mak aku sambil tersenyum.

Sweet kan mak aku?



Mak memang paling best kan?
................

Ayat paling feymes masa sekolah rendah:

"Kalau kau kawan dengan dia, aku taknak kawan dengan kau!"

Haha mesti korang pon ada buat benda ni kan? Menyampah gila!

-merci beaucoup-

21 July 2011

Lelaki Merajuk Bukan Tak Gentle

Baru-baru ni aku rasa sangat malas nak menaip. Mungkin busy bekerja walhal banyak masa telah dicurahkan di facebook. Seolah-olah blog aku ni sket pon aku tak nak pandang. Namun apabila  dikurniakan demam yang susah nak baik ni maka kerap kali aku terpaksa minta cuti kat manager aku secara on the spot. Menyusahkan orang namanya tu. Hasilnya hati aku kembali kepada blog aku untuk mengisi masa kosong daripada asyik terlentang atas katil.


Kalau blog ni diibaratkan sama dengan cik awek, pasti beliau sudah merajuk sebagai protes kepada aku yang telah mengabaikannya. Fuh!

"Sampai hati awak tak jenguk saya", mungkin itu luahan hati blog aku.

"Ah! blog buruk sapa nak jenguk kau?"

.................

Manusia mana yang tidak berfacebook? Kalau setakat umur baya aku ni cukup sukar nak cari yang mengaku tidak mempunyai akaun facebook. Malah budak-budak kecik sekolah rendah lebih advance dengan mempunyai bilangan friends jauh beribu-riban berbanding aku walaupun telah berkecimpung lama dalam dunia facebook ni.

Biasanya budak camni kalau yang lelaki 85 peratus friends dia mesti perempuan. Entah kenal entah tidak. Maklumlah facebook kan tempat tackle awek. Tak caya angpa check sendiri. Semua stok yang cun-cun baik punya. Tak maen add budak perempuan kecik, semua muka ala-ala umur 20-an. Well, nafsu tak mengenal usia. Kan? Haha.

Aku dengan budak-budak camtu aku tak ambil kisah sangat. Semua orang ada hak nak mengorat kan? Bila mula bercinta di facebook pasti segala permasalahan cinta diorang ni nak hambur kat facebook jugak. Kalau nak marah kat pasangan pon tak boleh ke di IM chat atau sms sahaja yang lebih private? Apakah signifikannya memberi tahu kepada orang ramai bahawa percintaan angpa sedang dilanda badai? Pergh ayat.

Lepas tu babak-babak merajuk pon bermula.


...............

Cerita wanita merajuk dengan balak beliau nih memang aku dah tak ambik port sangat dah. Dah biasa sangat aku dengar. Tapi kawan aku ni kes dia luar biasa sket. Bercinta bukan main tapi sudahnya asyik menangis je, walhal dia tu lelaki. Ni la orang kata bila lelaki dah merajuk jauh lebih teruk daripada perempuan. Tapi tak susah mana nak pujuk. Well, aku kan lelaki?

Ada kawan aku sorang, perempuan. Dia pernah tanya aku:

"Lelaki kalau merajuk dia menangis gak eh?", tanya Tiz Zaqyah (nama adalah rekaan bagi menutup malu)

Ehem ehem. Meh aku terangkan apakah simptom simptom lelaki yang sedang merajuk nih. Hehe.


Ya! Dia akan diam seribu bahasa. Lebih teruk bila dia akan buat tak tahu je dengan angpa dan seolah-olah menganggap angpa tidak ada disisinya. Biasanya ni la cara protes paling teruk lelaki berani buat pon. Walaupun angpa cuba bercakap dengannya, dia akan cuma mengiyakan dan mengaangguk sahaja. Kalau ini berlaku nescaya dia sedang merajuk. Haa..


Bab ini memang tabiat lelaki. Konon-konon bajet busy lah baca surat khabar, atau bahan bacaan lain. Tapi kalau surat khabar tu dibaca berulang kali tanpa sebab bermakna jiwa dia sedang tidak tenteram. Bila angpa wahai cik awek sekalian melihat keadaan ini, bermakna dia sedang menunggu angpa untuk memujuk dia. Mengada-ngada kan? Hehe.


Yang ni aku rasa standard kot. Kucing aku kat rumah pon kalau lambat bagi dia makan nampak muka dia masam je, inikan pula manusia. Lelaki bila merajuk memang la muka dia masam. Orang kata tak gentle. Tapi kalau dah hensem buat muka macam mana pon perempuan akan kata:

"Eiiii...comelnya dia!"

Macam gampang. Aku selaku lelaki ingin menegaskan lelaki juga mampu merajuk seperti wanita, tetapi mungkin mempunyai cara mereka tersendiri. Hakikatnya lelaki juga mempunyai perasaan yang perlu dijaga. Kadang-kadang lelaki buat-buat merajuk sekadar mahu menghukum agar pasangan tidak lagi melakukan sesuatu yang tidak disenanginya.

So jangan suka-suka cakap lelaki merajuk tak gentle ok. Sebab aku pon cepat merajuk, tapi dengan cik awek je la. Hehe.

...................................

Mantap jugak aku buat slide siap ada gambar, macam nak present kat lecturer bagi satu kelas paham.


-merci beaucoup-

16 July 2011

Lelaki Macho Atau Lelaki Soleh?

Aku kerap melihat-lihat gelagat remaja-remaja berpasangan berjalan-jalan di sekitar shoping complex. Setakat muda budak sekolah yang pegang-pegang tangan tu biasalah, darah muda. Eceh.. jangan tipu aku kalau angpa tak pernah buat. Kalau yang tangan masih suci tu Alhamdulillah, golongan macam angpa ni amat susah untuk dicari dan aku sangat respek dengan angpa.


Dulu kawan istimewa aku pernah cakap:

"Kalaulah dapat suami macam Fahri dalam cerita ni", ujar si dia sambil membelek-belek novel Ayat-Ayat Cinta.

Aku buat-buat tak dengar walhal aku amat terasa sebab aku tahu aku jauh sangat jahil kalau nak dibandingkan dengan Fahri tu. Padahal nama Zairul dengan Fahri tu kan tak jauh? Kan? Ada kaitan?

Lelaki ni lah Fahri. Tapi guwa pon tak tahu kenapa guwa pilih gamba ni. Scene yag menarik. Mungkin?

Okeh maka dengan itu aku dapat point pertama, wanita suka pada lelaki yang baik dan berperwatakan soleh. Inilah dia calon suami yang dorang sibuk cari. Sebab tu aku tak pelik bila aku selalu dengar kawan-kawan perempuan aku bersembang:

"Weyh hensemlah dia ada janggut sejemput. Cute!", ujar Rokiah.

"Haah la, kalau camtu balak aku mesti ada janggut jugak, baru macho!", respon Salmiah penuh excited.

Hah, suka yang berjanggut ye. Kambing? Err..tu lain kes, luar tabii, mungkin.

Tapi aku nak tekankan di sini tidaklah semestinya lelaki beriman itu menyimpan janggut. Dunia sekarang ni kalau nak pergi buat laporan wallet hilang dekat balai polis pon siap berkopiah, tu tak cerita lagi siap cepat-cepat pakai serban bila ada roadblock kat depan. Ya, kita selalu berpura-pura untuk kelihatan alim di khalayak ramai.

Pernah dengar alim-alim kucing?

Kucing ni namanya Haji Meow

Aku sempat buat review lelaki macam mana yang wanita cari ni. Kesemuanya mengatakan mereka jatuh hati pada perwatakan yang baik. Aku sempat sembang dengan Melah, Munawati dengan Mariam mengenai hal ini. Melah sangat suka pada lelaki seperti ini:


Kemudian Munawati mencelah. Mahu memberi pendapat yang tidak kurang hebatnya:


Namun antara mereka bertiga, aku paling tertarik dengan jawapan yang diberikan Mariam. Aku yakin dan percaya pilihan seperti Mariamlah yang akan menentukan kebahagian alam rumah tangga. Ujar Mariam: 


.............

Adakah ketampanan, kemachoan, gaji dan otot-otot sasa di badan angpa relevan dengan ciri-ciri lelaki idaman wanita-wanita tadi? Ya, mereka mewakili suara hati wanita.

Aku balik kerja bawak Yamaha Lagenda takde sorang awek pon nak tengok. Cuba kalau aku bawak BMW 5 Series? Siap baling nombor phone kat aku mungkin. Wanita spesies ini macam mana?


-merci beaucoup-

06 July 2011

Kerja : Sikap Syaiton dan Awek Cute

Bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara yang dilihat kian malap, maka aku pon mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur. Cerita ni macam kita selalu tengok dalam drama-drama Melayu bila anak kampung pergi kerja ke bandar. Aku pon salam memohon restu kedua ibu bapa sebelum beredar meninggalkan kampung tercinta. Biasanya babak camni la yang buat penonton tersentuh hati ni.


Setapak aku melangkah meninggalkan rumah, terlihat kelibat emak merenung menyoroti perjalanan aku sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Dalam hatinya mungkin berkata:

"Hensem jugak anak aku ni, mesti senang dapat kerja"

Haha.

Mungkin sebuah doa ikhlas dari seorang emak memohon sebuah perjalanan yang selamat untuk aku.

...........

Demi memenuhi bajet hidup yang ciput dan kos kehidupan di bandar yang tinggi, maka kerja yang ditarget pastilah kedai makan, semata-mata kerana berpeluang mendapat makan free. Kira cut-cost la apa lagi. Sudahnya McDonald yang dipilih berikutan kasihan melihat pekerja-pekerja mereka yang terpaksa membanting tulang dengan keras akibat kekurangan pekerja.

Ok itu tipu lagi.


Stylo kan restoran McDonald tersebut? Malangnya itu bukan tempat aku bekerja. Tempat dirahsiakan agar restoran McDonald tersebut tidak mendapat sambutan pelanggan yang luar biasa secara mendadak. Hehe.

Mungkin ramai yang beranggapan bekerja di restoran seperti ini hanya untuk mereka yang kurang berpendidikan. Walhal kebanyakan pekerja hanya bekerja secara part time sementara cuti semester dan masih sedang mengikuti pengajian. Hal ini berikutan pandangan-pandangan sinis beberapa pelanggan terhadap aku, seolah memperlekehkan aku yang sedang tekun bekerja. Pergh!



Kadang-kadang yang buat aku cukup meluat dengan mereka hanyalah lagak yang ditunjukkan. Terutamanya pasangan kapel yang memang dari kaunter berkepit macam takde space sebab pelanggan ramai sangat. Takpelah mungkin balak dia nak bagi a sense of protection dekat awek dia. Maklumlah awek dia sangat cun yang berisiko dimengorat oleh pelanggan lain dan tidak terkecuali para pekerja. Hehe.

Biasanya pasangan kapel  ni memang akan amek port hujung-hujung punya, yang agak-agak tersorok daripada pandangan mata kasar orang lain. Namun tidak pada aku, setiap inci pergerakan korang aku boleh nampak dengan teliti.

Oh memang Mekdi ni tempat korang nak bermadu asmara. Cukuplah tangan berselirat antara satu sama lain, sampai dah berpeluh tangan masing-masing. Mungkin. Kalau pasangan yang bermadu asmara secara senyap dan sopan aku tak kesah sangat. Tapi kalau yang makan sambil suap-menyuap, pastu bagi jelingan maut dekat aku seolah-olah aku adalah makhluk paling jeles ketika itu memang rasa nak siram air coke tu dekat muka diorang.

Ditambah pula dengan makan ibarat dua orang baby baru belajar makan. Inilah makhluk yang makan guna kaki bukan dengan mulut. Makanan sampai bersepah ke lantai. Nasiblah anjing tak terlibat dekat Mekdi ni, kalau tak sah-sah anjing join sekaki makan bawah meja. Pergh pedas dah aku rasa statement aku ni.

Tapi orang Malaysia ni ramai yang baik. Kebanyakannya akan mengucapkan terima kasih dan itu sudah cukup menyejukkan hati aku. Tapi kalau bagi tips sekali kat aku seringgit dua apa salahnya kan? Bayar parking pon tengah mahal ni. Hehe.

Teka lah pelanggan paling baik pernah aku jumpa macam mana?

"Bang, habes kerja pukul bape?", ujar sorang awek cute yang dari tadi duduk berseorangan sambil menikmati McChicken.

"Sampai closing, kenapa?", balas aku berhemah.

"Saya ada tiket wayang lebih ni, ingat nak ajak tengok sama. Haish", terlihat wajah awek tersebut mengeluh hampa.

"Maaflah saya tak dapat ikut", balas aku menjual mahal.

.............

Dah, cukuplah sesi mengarut. Esok kerja lagi. Haih.


-merci beaucoup-