Tiga empat hari dah aku tak online gara-gara aku balik ke rumah. Bulan puasa macam ni memang la seronok sket dapat berbuka ke rumah. Bukan apa, sebab dapat saving duit untuk beli makanan berbuka. Maklumlah dekat KL tu makanan sket punya mahal. Dapat pulak dekat bazar semua peniaga pakat naikkan harga. Kuih karipap saiz lagi kecik daripada jari kelingking aku pun dah dikira sebiji 50 sen. Bila ditanya apsal mahal sangat? Rata-rata peniaga pasti menjawab:
"Harga barang naik bro"
Okeh. Tapi yang peliknya dalam mahal-mahal macam tu pon habis jugak. Nafsu nak berbuka memang kita tak boleh nak expect bukan? Mak aku hari tu cakap:
"Awal-awal puasa ni boleh la habis, tunggu sat tengah bulan puasa kang, lingkup la nanti tu"
Bukan nak mendoakan yang buruk, tapi dalam berniaga kita kena bijak juga. Kalau nak bertahan lama dalam bisnes kena pasang strategi baik baru pelanggan datang setia membeli. Ni dah mahal nak mampuih sapa nak beli?Hehe. Bertuah la bulan puasa bermula masa gaji baru masuk, pembeli dah tak pikir mahal murah bila perut dah lapar tahap karma.
................
Berbekalkan broadband yang memang aku beli khas untuk kegunaan di rumah, aku bukak facebook. Selain status bertemakan Ramadhan ni ada jugak yang masih post status-status penuh hasad dengki, masalah awek, bergaduh dengan member dan pelbagai status penuh kejahilan.
Bila difikirkan balik aku pon kerap jadi macam tu. Tulis status bukan-bukan menyerlahkan ketidakmatangan kita berfikir secara rasional. Pergh ayat! Pada aku perkara-perkara sebegini terjadi disebabkan lebih kepada salah faham. Hari tu ada lagi sorang mamat merajuk dengan aku. Tak pasal-pasal. Kalau Lisa Surihani yang merajuk dengan aku takpe jugak.
Aku nak bagi beberapa contoh dan situasi mudah. Tapi aku rasa lebih faham kalau angpa tengok vlog mamat yang boleh tahan kelakar dia ni. Isi dia lebih kurang sama dengan apa yang aku nak tekankan.
Perkara yang sama berlaku apabila kita menaip sms dan dihantar ke kawan-kawan kita. Maklumlah dapat coverage hujung-hujung kampung macam aku ni kadang-kadang tak dapat pon sms. Lepas tu tak pasal-pasal kena claim bahawa kita sombong dan sebagainya.
Aku nak bagi beberapa contoh dan situasi mudah. Tapi aku rasa lebih faham kalau angpa tengok vlog mamat yang boleh tahan kelakar dia ni. Isi dia lebih kurang sama dengan apa yang aku nak tekankan.
Perkara yang sama berlaku apabila kita menaip sms dan dihantar ke kawan-kawan kita. Maklumlah dapat coverage hujung-hujung kampung macam aku ni kadang-kadang tak dapat pon sms. Lepas tu tak pasal-pasal kena claim bahawa kita sombong dan sebagainya.
...................
Sebenarnya banyak penyebab salah faham ni, nanti aku sambung. Aku nak pekena nasik beriani kat dapur. Tadi Sultan Selangor bertandang iftar dekat tempat aku. Paksu aku yang pergi majlis tu bawak balik makanan gila banyak. Aku bukan nak makan sangat, tapi aku taknak nasik-nasik tu nangis. Maklumlah, orang-orang tua kata nasik menangis kalau kita membazir. Ya tak?
-merci beaucoup-
3 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:
'Selain status bertemakan Ramadhan ni ada jugak yang masih post status-status penuh hasad dengki, masalah awek, bergaduh dengan member dan pelbagai status penuh kejahilan.'
sokong!!! entah pape entah
Slm. Saya Salman Pengarah Festival NAsyid Temmasya 2011 UTM Kuala Lumpur. Saya menjemput kumpulan nasyid anda untuk turut serta dalam pertandingan nasyid ini pada 17 September 2011. Hadiah utama adalah wang tunai sebanyak RM 500 berserta sijil penyertaan. Juri pertandingan adalah kumpulan nasyid Saujana. Sila hubungi saya Salman dengan kadar segera untuk maklum balas. 01353537876
hahahah comelnye! vdeo tu.. klaka.. hahaha
Post a Comment