Showing posts with label kelakar. Show all posts
Showing posts with label kelakar. Show all posts

25 June 2013

Perihal Perut

Sejuk malam seakan akan mencengkam hingga ke tulang. Mujur baju sejuk berjenama adidas menyelimuti badan. Kali ini Leonardo tekad. Perut yang lapar harus diisi dengan sesuatu. Jadah apa menyeksa perut dengan menahan lapar pada waktu tengah malam begini. Bukannya mampu membentuk sixpack pon. Meskipun beliau mempunyai sixpack yang nyata, tidak pula dia berbangga diri. Ini diakui oleh rakan rakan dan taulan beliau.

Kemudian Leonardo bersegera mengambil kunci motor yang diletakkan di atas meja lalu pantas berlari ke arah motor. Berlari dan terus berlari. Oke takde la perlu berlari kot.

Ah tak payah guna nama Leonardo lah. Ni pasal aku, aku yang tengah lapar ni. Aku! Kahkah.

Minggu exam memang rutin hidup agak kucar kacir. Waktu makan tidak mengikut masa tetapi bersandarkan keadaan perut. Seolah olah perut kata nak makan nasi ayam, sudahnya diisi dengan ayam kepsi. Tapi ini hujung semester punya cerita. Dapat makan megi perisa ayam pun sudah cukup bersyukur.

Enjin motor dark Lagenda 250cc aku hidupkan. Walaupun motor berkuasa tinggi ini sepatutnya hanya digunakan untuk perjalanan jauh, tapi aku pacunya jua demi sesuap nasi. Tapi dalam kes ni bukan nasik la, burger beb! Burger!.

Waktu tengah tengah malam ni kebanyakan kedai makan dah tutup. Jadi nak makan nasik waktu waktu macam ni bukanlah agenda yang sesuai.

Perjalanan dimulakan. Cukup sekadar menunggang kelajuan 80km sejam sahaja. Bukan apa, takut brader brader motor yang lebih otai dekat KL ini menahan malu kerana terpaksa makan asap jentera aku ni, kehkeh.

Menunggang motor dalam kawasan universiti pada waktu tengah malam seperti ini boleh dikatakan heaven sebab jalan clear. Cuma yang tak sedapnya terpaksa menghadap abang-abang guard dekat pintu gate keluar. Semasa melalui pintu gate yang pagarnya telah ditutup separuh, aku cuma teringat yang baru baru ni abang-abang guard lebih bertegas terhadap keluar masuk kenderaan ke kawasan universiti. Kes tibai motor dengan curik barang macam dah takde jalan penyelesaian.

Mana mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker kampus ada potensi untuk ditahan untuk soal siasat. Keadaan jadi lebih buruk jika tiada kad matrik pelajar di bawa bersama. Golongan seperti ini kadang kadang tak diberi masuk ke dalam kampus, terutamanya yang bermotorsikal. Paling koman pun kena saman. Memang nasib golongan yang bawak motor macam aku ni orang suspek selalu buat hal.

Aku? Aku macam biasa malas nak pergi renew sticker motor kahkah. Takpe dun worry, walaupun takde sticker motor, kad matrik memang aku selalu letak dalam wallet. Oke dalam cerita ni korang kena ingat, motor aku takde sticker tapi kad matrik maintain ade dalam wallet. So aku kira kalau keluar tengah malam lepas tu kena tahan brader guard pon takde masalah lah pasal aku bawak kad matrik.

Usai melepasi pintu pagar universiti, badan aku rasa makin lemah. Rupanya baru teringat yang hari ini aku belum makan walau sebutir nasik sekalipun. Hal ini buat aku lebih teruja mendapatkan burger, makanan idaman setiap manusia sehingga warga Zimbabwe sekalipun menjadikan ia sebagai makanan rutin.

Atas tuntutan perut yang semakin mendesak, aku tambah kelajuan motor kepada 85km. Laju yang macam ini punya laju boleh buat brader brader yang bawak basikal fixie jatuh respek. Arah yang dituju cuma satu tempat, iaitu Bangsar. Bangsar dengan kolej aku nak kata dekat sangat pon tak jugak. Kalau bawak motor rilek rilek mau makan 10 minit juga.

Cerita pasal burger, memang boleh buat sesiapa terliur. Dalam keadaan perut yang sebegini, aku dah tetapkan beberapa perancangan. Satu burger memang tak cukup. Jadi mesti order dua bijik burger. Sebab nak bagi rasa yang lebih variety jadi nanti aku akan order burger ayam sebijik dan burger daging sebijik. Lepas tu aku nak singgah seven eleven beli air yogurt berjenama Bliss. Dia punya perisa strawberry masyaAllah sedap. Kejap lagi aku mintak bungkus benda ini semua buat makan dekat bilik sambil layan running man.

Pergh heaven!

Perancangan kena rapi. Dua tiga traffic light jugak aku langgar nak cepat punya pasal. Perut yang terlalu lapar memang boleh uji kesabaran beb. Waktu keadaan macam ni kalau kena saman trafik pon aku takde hal punya asal aku dapat burger aku cepat.

Sampai. Stall burger tampak meriah dengan lampu lampu bercahaya terang tanda perniagaan sedang rancak berjalan. Aku tongkatkan motor. Helmet aku sisipkan ketepi dengan talinya aku sangkutkan di bawah seat.

"Bang, burger ayam satu, burger daging satu!", ujar aku lemah tapi dalam nada bertenaga.

"Kejap lagi saya amek, nak pergi 7E kejap"

..........................................

Cepat cepat aku hidupkan motor dan blah. Macam mana wallet aku boleh tertinggal ni? Bahana apa yang menimpa.

Burger tu sape nak bayar? Aku tengok macam dah siap. Ni kejap lagi macam mana aku nak masuk kolej ni?

09 August 2011

Salah Faham

Tiga empat hari dah aku tak online gara-gara aku balik ke rumah. Bulan puasa macam ni memang la seronok sket dapat berbuka ke rumah. Bukan apa, sebab dapat saving duit untuk beli makanan berbuka. Maklumlah dekat KL tu makanan  sket punya mahal. Dapat pulak dekat bazar semua peniaga pakat naikkan harga. Kuih karipap saiz lagi kecik daripada jari kelingking aku pun dah dikira sebiji 50 sen. Bila ditanya apsal mahal sangat? Rata-rata peniaga pasti menjawab:


"Harga barang naik bro"

Okeh. Tapi yang peliknya dalam mahal-mahal macam tu pon habis jugak. Nafsu nak berbuka memang kita tak boleh nak expect bukan? Mak aku hari tu cakap:

"Awal-awal puasa ni boleh la habis, tunggu sat tengah bulan puasa kang, lingkup la nanti tu"

Bukan nak mendoakan yang buruk, tapi dalam berniaga kita kena bijak juga. Kalau nak bertahan lama dalam bisnes kena pasang strategi baik baru pelanggan datang setia membeli. Ni dah mahal nak mampuih sapa nak beli?Hehe. Bertuah la bulan puasa bermula masa gaji baru masuk, pembeli dah tak pikir mahal murah bila perut dah lapar tahap karma.


................

Berbekalkan broadband yang memang aku beli khas untuk kegunaan di rumah, aku bukak facebook. Selain status bertemakan Ramadhan ni ada jugak yang masih post status-status penuh hasad dengki, masalah awek, bergaduh dengan member dan pelbagai status penuh kejahilan.

Bila difikirkan balik aku pon kerap jadi macam tu. Tulis status bukan-bukan menyerlahkan ketidakmatangan kita berfikir secara rasional. Pergh ayat! Pada aku perkara-perkara sebegini terjadi disebabkan lebih kepada salah faham. Hari tu ada lagi sorang mamat merajuk dengan aku. Tak pasal-pasal. Kalau Lisa Surihani yang merajuk dengan aku takpe jugak.

Aku nak bagi beberapa contoh dan situasi mudah. Tapi aku rasa lebih faham kalau angpa tengok vlog mamat yang boleh tahan kelakar dia ni. Isi dia lebih kurang sama dengan apa yang aku nak tekankan.



Perkara yang sama berlaku apabila kita menaip sms dan dihantar ke kawan-kawan kita. Maklumlah dapat coverage hujung-hujung kampung macam aku ni kadang-kadang tak dapat pon sms. Lepas tu tak pasal-pasal kena claim bahawa kita sombong dan sebagainya.

...................

Sebenarnya banyak penyebab salah faham ni, nanti aku sambung. Aku nak pekena nasik beriani kat dapur. Tadi Sultan Selangor bertandang iftar dekat tempat aku. Paksu aku yang pergi majlis tu bawak balik makanan gila banyak. Aku bukan nak makan sangat, tapi aku taknak nasik-nasik tu nangis. Maklumlah, orang-orang tua kata nasik menangis kalau kita membazir. Ya tak?

-merci beaucoup-

16 June 2011

Ko Bercinta? Nak Lempang Boleh?

Zairull Nizam Entertainment (ZNE) mempersembahkan, satu lagi karya termashur abad ini. Mendapat liputan meluas seluruh pelusuk Taman Tema Sunway Lagoon. (Suka hati aku la nak tulis tempat ini, aku teringin nak pergi, ada masalah?)


Babak 1 : Bila Makan di Meja, Macam 10 Orang Tumpang Sekaki
"Ma, siketnya ma makan?", ujar si buaya dengan penuh caring. Sengaja cakap kuat-kuat. Nak bagi satu restoran dengar.

"Ala..tak lapar la pa..", mulut cik awek muncung-muncung, konon-konon nampak comel.

"Ma..nanti ma lapar pulak, meh pa suapkan,hehe". Okeh, dah mula syaiton si buaya ni.

"Pa ni nakal la", babak manja-manja dah mula.

"Eh ma ni, dekat la sket, jauh sangat tu, camne nak suap ma..", si buaya mengulum senyuman, penuh maksud tersirat.

Ni la yang aku maksudkan. Tak faham? Aku tak kesah kalau angpa nak pegang-pegang tangan himpit-himpit masa jalan ke tapi jangan time makan boleh tak? Kalau lah boleh paha nak himpit atas paha. Maklumlah meja kecik, kena jimat space.

Tapi mungkin aku ditakdirkan mendapat minda yang suci. Aku cuba sedaya upaya berfikiran positif.

"Alah..biarlah, cuaca sejuk ni, kang demam pulak awek beliau"

Tengah aku syok menikmati drama tersebut, sekejap lagi tangan si buaya naik belakang pinggang sambil menjeling tajam kat aku. Konon-konon nak bagi amaran jangan usha awek dia.

"Fak!! Ang ingat aku jeles ka? Apsal tiba-tiba aku tengok awek lu macam lumut tepi longkang? Boleh?", getus hati aku.

Lepas tu aku dengan member aku dengan muka selamba angkat kerusi kemudian cakap kuat-kuat:

"Ma..Pa sejuuukkk...sejuknyaaa...nak peluuuukkkkkkkk!!!"

Aku tarik kerusi dekat dengan member aku. Buat gaya macam pasangan tersebut. Sangat la wadafak.

kalau dah gersang sangat, cerita ni memang sesuai kot ditonton


Babak 2: Si Buaya dan Awek di Facebook.

Ini memang dah jadi trend dalam kalangan remaja masa kini. Bila balik dating terus hadap facebook nak bagitau satu dunia yang diorang ni hepi sangat sebab tengah in love. Biasanya pasangan macam ni jumlah friendlist dia tak kurang daripada 700 orang. Dan setiap friend dia harus tahu bahawa dia baru lepas keluar dating dan sedang sangat bahagia. Konon-konon nak bagi orang jeles. Nak remove kang kawan, kesian pulak.


Kadang-kadang puas aku berfikir apakah perlunya semua ini. Trend wajib tayang ini kian menular hebat. Tak boleh ke wish suruh mandi melalui sms je ke, ym ke, skype ke yang lebih private? Buat apa nak bagi tau satu dunia yang angpa  ni belum mandi? Meluat melihat news feed aku dipenuhi benda-benda macam ni. Naseb diorang tak tag aku:

"Zairull Nizam, jangan jeles tau, kitorang nak mandi sama"

Rajin je aku tarik cursor ke butang remove. Ah! Member tak member. Peduli hape. Takde sivik punya manusia.

.............

Sebenarnya ada lagi, ada masa aku tambah. Aku pon bukanlah baik sangat. Cuma saling mengingat. =)

-merci beaucoup.

28 May 2011

Dr Zairul : Pakar Penyelesai Masalah

Dua tiga hari ni aku hyper sibuk. Bangon seawal 6 pagi dan berehat selepas jam 11 malam. Memang kem suksis ni sengaja nak bagi aku slim sampai kerengga pon dengki melihat aku lebih slim daripada beliau.

Mujur bilik sebelah ada simpan stok majalah Ujang bersepah. Aku pon capai satu majalah tersebut dan mula menyelak satu persatu muka surat. Urat kepala aku berselirat bila membaca satu ruang khas untuk pembaca macam aku ni nak berkongsi masalah. Aku agak korang pon tau apa nama tajuk dia.

Aku cukup tensen bila baca masalah yang dilemparkan picisan semata. Ceh! Ini memang kes sengaja nak tunjuk masalah merepek-repek. Bukan aku tak tau perkongsian masalah korang yang hantar kat majalah Ujang tu semua rekaan semata.

Mulut aku ternganga bila terbaca :

"Masalah saya ialah mengenai jerawat. Lepas satu hilang, dua pulak yang timbul, dua ni tak hilang lagi, lagu dua timbul. Lepas dah semua hilang, timbul lagi! Saya naik runsing pikir masalah jerawat ni. Sebagai penyelesai masalah saya berharap sangat akak dapat selesaikan masalah saya ini."

Aku nak gelak ke nak kesian pon aku tak pasti. Kalau korang macam mana? Tapi si penjawab soalan jawab la jugak walaupun soalan kelihatan bunguks. Dapat yang lagi haru :

"Saya suka bangun lewat. Jadi saya selalu lewat pergi kerja. Masalahnya kak, bos saya pulak tak paham. Dia dah bagi warning dah. Tak silap saya ni dah bos saya yang ke lima. Di sini akak tolong la nasihatkan bos-bos tersebut kerana dengan jawapan akak ni saya nak fotostat dan pos ke pejabat mereka."

Dah la bertebiat tak elok, nak buang tebiat nak suruh keluarkan surat nasihat kat bos-bos beliau. Kadang-kadang aku rasa bukan betul pon cerita ni, saja nak kencing aku yang sentiasa prihatin dengan masalah-masalah rakyat Malaysia nih. Pergh!

Cuba kalau aku yang jadi macam Cik Kak penyelesai masalah tu. Agak-agak stylo tak?


Soalan :
"Dr, saya ada anak perempuan. Dia ni malas belajar. Saya dah penat hantar tuisyen tapi markah periksa dia teruk macam tu gak. Dr tolong la saya, pening saya dengan masalah anak saya ni" - Saya Yang Kesian, IPOH.

Jawapan Dr Zairul :
" Oh itu mudah saja. Hantar anak perempuan Cik tuisyen dengan saya. Maklumlah saya ni hensem pasti anak Cik lebih bersemangat untuk belajar. Di samping itu saya boleh buat duit siket. Kalau anak Cik lawa kahwinkan saja dengan saya. Selesai masalah beliau."

Soalan :
"Dr Zairul, saya ni hidup rasa terkongkong. Dekat sekolah ramai perempuan minat dengan saya. Sampaikan setiap kali saya pergi kelas saya pasti banyak surat cinta diletakkan di meja saya. Tu belum lagi masa nak balik sekolah, ramai awek-awek ajak saya dating. Belum cerita awek dekat kawasan rumah, awek kat kampung semua nak dekat saya. Salahkan saya terlalu hensem?" - Budak Hensem, KAJANG

Jawapan Dr Zairul :
"Pergi mampos!"

-merci beaucoup-

22 May 2011

Tak Terlawan Kacaknya




























Kalau dah kambing tu kambing jugak. Kalau angpa perasan kacak sama la macam kambing tersebut!

p/s: sila klik pada gamba supaya lebih besar 



-merci beaucoup-

Nama Yang Artistik

Satu hari ni aku hilang mood nak update entry. Ini semua gara-gara akaun Advertlets aku kena suspended sehari. Sudah lah macam-macam cerita yang yang herem guwa dengar pasal Advertlets nih, tiba-tiba dia buat hal telah membuatkan guwa mula tergerak hati usha kembali ke Nuffnang, Innity dan sebagainya. Agak-agak dah tau guwa nak pukul remove Advertlets, dan dan je akaun dah okay balik. Hah tau takot!

camni la muka advertlets masa guwa bagi amaran tadi

Bila aku review entry aku yang sebelum ni pasal buli ni, aku teringat betapa artistiknya nama member-member aku masa tu. Sehingga kini masih melekat kuat macam cicak kobeng kat siling rumah korang. Kalau korang sekolah asrama kompem korang pon terjebak dengan kancah nama-nama ni. Bagi yang belum baca entry tu sila klik DI SINI.

Bagi yang sedang mengandung dan masih tercari-cari nama anak, aku sarankan jangan terpengaruh dengan nama-nama di bawah meskipun enak di dengar. Bagi yang sedang couple jangan nak mengada-ngada berimaginasi nak bubuh nama apa untuk anak. Korang kena ambik kira makna tersurat dan tersirat di sebalik nama-nama tersebut.

Tambun
Merupakan nickname paling feymes sepanjang zaman. Jika korang berbadan sasa gempal dan berkulit kaler macam kicap Jasin, maka serta-merta korang layak digelar dengan nama ini. Hal ini berikutan karakter korang yang sesuai dengan singkatan nama ini yang bermaksud 'hitam-buncit'.



Kebab
Kebab memang sedap dimakan namun ia langsung tidak berkaitan dengan makhluk yang enak itu. Jika korang memegang takhta nama ini yang bermaksud 'kepala-babi' maka persilakan jadikan ia sebagai nama dalam ic anak korang.

Tobab
Jika korang memiliki sekandang binatang peliharaan herem seperti babi mungkin korang layak memiliki nama ini. Walaupun korang tiada kaitan dengan maksud nama ini iaitu 'tokey-babi' namun jangan terkejut, korang juga sentiasa berpeluang menjadikan ia sebagai nickname tersohor korang.

Manjong
Korang suka melawat ke Manjung di Perak? Pastinya ia menjanjikan percutian yang menarik dengan udara yang segar dan nyaman. Namun korang harus berhati-hati, sesetengah daripada korang boleh digelar Manjong kerana ciri-ciri korang yang menarik perhatian. Ya! Manjong bermaksud 'manusia-jongang'!
Namun jika korang memiliki nama ini korang harus berbangga kerana ia menjadi topik perbualan masa kini dan menjadi lagu karaoke di pusat-pusat hiburan mahupun kenduri kahwin. Jika korang mahu bernyanyi bersama Encik Manjong sila nyanyi lagu yang cukup popular ini.


Gamat
Minyak gamat boleh didapati dengan murah terutama di Langkawi. Ia mampu menyembuh pelbagai luka termasuk luka anak yang baru bersunat. Namun jika anak korang memiliki kaler kulit yang hyper gelap maka dia juga berpotensi untuk dipanggil gamat.

Zairull Nizam
Merupakan nama paling hot abad ni. Setelah dikenal pasti barang siapa yang memiliki nama ini pasti menjadi igauan awek-awek kampung mahupun cikaro di celahan bandar. Gampang!

...........

Okeh tamat sesi perkongsian ilmu hari ini. Wah ilmu sangat, haha.


-merci beaucoup-

20 May 2011

Misteri Orang Minyak

Minggu ni tamat untuk minggu pertama latihan suksis yang ala-ala latihan polis tu. Bila guwa tengok dahi guwa dah macam bendera Terengganu dah, ada line hitam dengan putih. Betapa tragisnya guwa sunburn kala ini.

Melihat muka guwa yang semakin berminyak, tiba-tiba guwa terdetik untuk tulis story pasal orang minyak. Apakah jadahnya semua ini?

..........

Pada suatu tengah hari yang terik, Azrul menensenkan dirinya dengan berfikir benda yang negatif sejak tadi.

"Aku ni dah la takde bini, awek pon takde, duit apatah lagi, semua la takde", bebel Azrul seorang diri di dalam pondok yang dijadikan kediaman tetapnya.

Semalam Azrul bengkak-bengkak seluruh badan akibat dibelasah along kerana tidak membayar hutang. Dia mula merasakan bahawa kehidupannya sangat tidak bermakna hatta tidak mempunyai masa depan.

"Bila la nak kaya kalau hidup terus macam ni? Nak kerja aku malas, tak larat nak jadi kuli orang", getus Azrul dalam hatinya.

Betapa daif hidupnya. Apabila lapar, terpaksa menjamah sekadar roti kering empat segi. Sudah menjadi makanan ruji baginya. Seusai itu, dia membaca surat khabar bungkus biskutnya akibat terlampau boring.

"Huih banyak iklan ni, baca iklan pon best jugak, mana tau boleh dapat idea", ujar Azrul sambil membelek-belek surat khabar tersebut.

maklhluk di atas bukan Azrul okay

Azrul terus membaca sehingga terbaca satu iklan yang cukup sensasi baginya.

"Ingin menjadi orang minyak? Atok sedia melatih anda menjadi orang minyak profesional! Antara kelebihannya adalah anda mampu mengayat awek dengan power sehingga menjadi awek anda! Boleh balas dendam kat along dan banyak lagi kelebihannya, malas nak cerita. Jika berminat hubung atau datang terus ke alamat Atok"

 "Okey jugak ni, boring dah jadi orang biasa. Baik aku jadi orang minyak pulak", putus kata hati Azrul.

Dipendekkan cerita Azrul pon bertemu la Atok tersebut. Maka Atok tersebut menerimanya sebagai anak murid.

"Ni nak jadi orang minyak masak ke minyak apa tok?", ujar Azrul penuh curious.

"Minyak hitam motor yang dah pakai. Syarat pertama kau mesti rogol 1000 orang anak dara kat kampung ni", Atok tersebut menetapkan syarat.

"Giler banyak!", getus Azrul di dalam hati.

"Malam ni kau dah kena start, ini semua sebagai ujian untuk kekuatan mental dan fizikal kau", ujar Atok.

..........

Pada malam tersebut, Azrul pon memulakan langkah sebagai orang minyak.



Pada masa yang sama Ali dan Ahmad sedang melepak di tepi bakau.

"Kau ni asyik hisap rokok je, bukan ke merokok tu membahayakan kesihatan?", soal Ali.

"Ala takpe, yang bahaya aku bukan korang", jawab Ahmad selamba.

Selepas menghidupkan rokoknya dengan batang mancis, dia pon melontarkan mancis yang masih bernyala itu ke belakang. Azrul yang kebetulan melalui tempat itu terkena mancis itu lalu telah membakar dirinya.

"Adei adei adeiii apii!!!", jerit Azrul apabila api menyambar seluruh badannya yang dipenuhi minyak itu.

"Kau cakap tak bahaya kat orang, tu kau tengok mamat tu, naya je", ujar Ali kepada Ahmad merujuk kepada situasi yang berlaku kepada Azrul.

Selepas berjaya memadamnya, Azrul meneruskan misinya walau sakit akibat kena sambar dek api. Ketika nak mengendap awek kaki beliau tergelincir atas simen la pulak gara-gara kakinya yang berminyak dan licin. Lalu kepalanya terhantuk kat bucu tangga.

Kemudian anjing tuan rumah pulak kejar beliau. Azrul cuba untuk memanjat pokok kelapa tapi dah panjat sampai ke atas, licin je melurut sampai ke bawah. Akibatnya senang la anjing tersebut menggigit beliau.

Setelah penat bergaduh dengan anjing tersebut beliau cuba menyeberang sebatang titi yang hanya boleh dipijak dengan sebelah kaki sahaja. Maka bertatih lah Azrul menyeberanginya.

"Keciknya titi, menyusahkan aku betul la", bebel Azrul.

Ditakdirkan kakinya yang licin itu telah menyebabkan beliau tergelincir. Bertambah malang apabila beliau terjatuh secara terduduk di atas titi tersebut. Maka anu nya telah terhentak kuat di atas titi yang ternyata keras.

"Silap-silap mandul aku nanti!", ujar Azrul sambil meraung kesakitan.

..........

Itu adalah antara keburukan menjadi orang minyak. Akhirnya Azrul insaf dan mengambil keputusan untuk memohon kerja sebagai pomen  di workshop milik membernya.

sekadar hiasan, bukan Azrul sebenar
Moral of the story: 
"Biar badan kotor kena minyak, asalkan jangan jadi orang minyak"


storyline is highly credited to bawang

-merci beaucoup-


19 May 2011

Misteri Volkswagen Kuning



Hujan turun renyai-renyai. Fakhrul semakin resah. Perjalanan lewat malam amat mencabar baginya kala ini. Apatah lagi terpaksa melalui perjalanan yang jauh merentasi dua negeri.

"Fakhrul, balik nak, ayah kau sakit"

Fakhrul termenung. Berita yang disampaikan oleh emak sebentar tadi sangat merisaukannya. Sebaik sahaja menerima berita itu Fakhrul terus mengambil keputusan untuk pulang ke kampung walaupun jam sudah menunjukkan 12 tengah malam.

"Aduih mengantuknya", Fakhrul bermonolog dalam dirinya.

Perjalanan melaui lebuh raya yang panjang ini terasa amat lama. Dia berharap dia akan cepat sampai untuk menemui ayahnya yang sedang gering.

"Ada lagi kereta tengah-tengah malam macam ni", getus Fakhrul di dalam hati sebaik melihat lampu sebuah kereta dari arah belakangnya.

Cahaya lampu semakin hampir. Mungkin pemandu itu memandu dengan laju. Sebaik sahaja kereta tersebut melintas, Fakhrul sempat melihat jenis model kereta tersebut. Volkswagen, kaler kuning.


Kereta tersebut memecut laju meninggalkan kereta Fakhrul. Semakin hilang dari pandangan.

Tiba-tiba Fakhrul terlihat lagi cahaya lampu kereta dari arah belakangnya.

"Aih, banyak pulak kereta malam ni. Laju pulak kereta kat belakang ni", bebel Fakhrul sendirian.

Sebaik sahaja kereta itu memotongnya, Fakhrul sempat menjeling jenis kereta tersebut di bonetnya.

"Morris Minor, kaler kuning lagi. Ni macam kereta tadi", ujar Fakhrul kehairanan.

Fakhrul mula berfikir sejenak. Rasanya kereta tersebut sudah memotongnya, bagaimana pula kereta tersebut boleh memotongnya sekali lagi? Nak kata Fakhrul yang memotongnya tiada pula.

"Kan ke dia dah jauh ke depan tadi. Camne dia boleh ade kat belakang aku balik?", soal Fakhrul di dalam dirinya.

Tidak berapa lama kemudian, muncul lagi sebuah kereta yang sama memotong kereta Fakhrul.

"Eh, dia potong lagi? Tak boleh jadi ni, seram pulak aih"

Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Fakhrul dari Kuala Lumpur ke Temerloh telah sepuluh kali kereta kaler kuning itu memotong kereta Fakhrul. Walaupun dalam ketakutan yang amat, digagahi jua untuk sampai ke kampung halamannya. Sungguh pengalamannya pada malam itu sangat menghambat perasaannya.

..........

Fakhrul tiba di kampung halamannya hampir ketika fajar mula menyinsing. Dalam keadaan cemas Fakhrul terus melulu masuk ke dalam rumah ayahnya itu.



"Apa hal kau ni Fakhrul? Muka pucat semacam?", emak adalah orang pertama yang menyambutnya di muka pintu.

"Hantu..hantu..hantu mak! Saya jumpa hantu masa saya bawak kereta tadi", balas Fakhrul terketar-ketar.

Dari kejauhan ayahnya mendengar suara Fakhrul yang terketar-ketar itu. Walaupun uzur ayahnya cuba bangkit untuk menyambut kepulangan anaknya itu.

"Apa hal yang kau takut sangat ni Fakhrul?", ujar ayahnya di sebalik pintu biliknya.

"Tadi saya balik dari KL ada kereta kaler kuning potong kereta saya. Lepas tu dia potong lagi, sedangkan saya tak potong pon dia. Lepas tu dia potong lagi, dan potong lagi, serammm...", terang Fakhrul panjang lebar.

"Kau pasti ke kereta tu jenis yang sama?", ayahnya mula mengambil alih perbualan.

"Pasti! Saya siap tengok jenis nama kat bonet kereta, Morris Minor!"

"Kaler pon kau pasti semua kuning?"

"Pasti ayah! Memang kuning!"

"Nombor plat kereta tu sama ke lain?"

"Err...lain", balas Fakhrul segan-segan.

"Tu maknanya kereta lain, kaler sama! Yang kau nak pergi takut tu apehal?", tengking ayahnya sambil mengetuk kepala Fakhrul.

Ayahnya yang sakit itu tiba-tiba berupaya berdiri gagah mengetuk dahi. Puan Emak pula terduduk sambil menghentak-hentak kaki ke lantai.




storyline credited to bawang :D


-merci beaucoup-

17 May 2011

Cita-Cita Masa Kecik

"Ok hari ni cikgu nak tanya kamu cita-cita kamu semua, apa yang korang nak jadi dah besar nanti"

Itu adalah intro pertama bila Cikgu Darjah Satu Bahasa Melayu aku melangkah masuk ke kelas aku. Sungguh inspiring abes cikgu aku. Aku adalah orang pertama paling semangat nak bagitau cikgu aku cita-cita aku. Biar member-member aku yang lain kagum. Padahal diorang masing-masing berhingus lagi, ntah tahu ke tidak cita-cita tu ape. Ceh!



"Cita-cita kamu apa Syazwan?", tanya cikgu aku kat member aku.

"Err..polis cikgu", balas beliau.

"Askar!", yang lain menyampuk.

"Bomba! Nak lawan raksasa macam otomen!"

"Saya nak jadi macam cikgu"

"Saya jadi artis, macam Zairul Rosyam Nor!"

Pelbagai jawapan dikeluarkan oleh diorang. Cikgu aku hanya tersenyum menyokong. Tiba-tiba member aku yang paling cun berdiri.

"Saya nak jadi isteri yang solehah cikgu, saya nak kawen dengan Zairul!"

Ok dah dah. Dasar budak hingusan. Baru Darjah Satu dah menggatal. Sungguh tak matured pemikiran diorang ni. Walhal aku pon sebaya dengan diorang. Keh keh!

"Kamu Zairul?", ujar cikgu aku penuh curious.


Aku pon berdiri dengan penuh bergaya. Ala-ala business man bangun dari kerusi lepas abes mesyuarat tergempar. Satu kelas memandang tepat ke arah aku. Semua tak sabar-sabar menantikan jawapan seorang jejaka paling feymes masa tu. Ok itu tipu.

"This is my story....", aku memberi intro dengan cakap bahasa mat saleh. Semua dah terpegun.

KLIK untuk mengetahui CITA-CITA guwa

..........

Amacam orite tak? Semua nak ada impian agar menjadi orang banyak berjasa kepada dunia. Apatah lagi akhirnya dikenali seluruh dunia kerana jasa anda yang memberi kesan mendalam kepada bangsa dunia. Pergh!


Dulu masa kecik-kecik Pak Uda aku pernah tanya guwa.

"Nanti dah habes belajar nak kerja apa?", ujar beliau.

"Nak jadi juruterbang kot", balas aku tertunduk-tunduk. Tak berapa yakin dengan jawapan sendiri.

"Eyh, mana boleh, bahaya, kang ang jatuh dari langit tu kang sapa nak jawab?", tegas beliau. Dari riak wajahnya nyata beliau tidak bergurau.

Dalam hati aku membentak-bentak. Kenapa tak cakap jadi doktor bahaya nanti tercucuk jarum? Kenapa tak bagitau jadi peguam bahaya nanti kena bunuh sebab orang yang dijatuhkan salah, family dia mai balas dendam? Kenapa tak cakap penggali kubur bahaya sebab boleh tercangkul kaki sendiri?

Pada aku semua pekerjaan ada risiko. Yang penting niat kita kerja tu ikhlas dan ingin membantu keluarga. Apa pun pekerjaan kita, pekerjaan ibu-bapa kita, selagi ia tidak menyalahi hukum agama, semuanya hanyalah untuk mencari seperiuk nasi.

Apa pun cita-cita korang, aku doakan semoga sukses dan berjaya mencapai cita-cita korang. Aku ni cakap nak jadi pilot tapi tak jadi pon. Biarlah rezeki ALLAH ada di mana-mana.

p/s: cita-cita korang time kecik apa pula?

-merci beaucoup-

16 May 2011

Kena Pukul Masa Sekolah PART II

Tadi masa aku makan chicken chop dengan Tiz Zaqyah, aku teringat ada beberapa siri bantai budak kat sekolah aku dulu. Memang nampak macam takde kaitan antara Tiz Zaqyah dengan bantai budak, tapi itulah yang dinamakan inspirasi. Mak aih.

Lepas kenyang makan punya banyak, aku tengok sang perut. Bagus, six pack dah cover boroi. Sambil tu aku sempat belek-belek Youtube, tengok kalau ada video Tiz Zaqyah masa muda-muda dulu. Tapi aku lagi tertarik dengan budaya para remaja kontemporari yang seolah-olah mudah hanyut dek hedonisme sadawarsa ini. Pergh!


Inilah yang aku katakan tadi. Apatah lagi apabila kaum hawa turut terlibat sama. Biasanya kes-kes camni video dia memang HD abes, semua pakat rakam pakai kamera henset je. Budak-budak yang tengok siap buat wayang, bukan nak leraikan ke apa. Tunggu part kalau-kalau kain diorang terselak. Bukannya aku tak tau niat suci murni tersebut.

Tapi benda-benda ni tak la setragis mana selagi ia tak melibatkan darah. Ada lagi gengster, siap bawak parang la, kayu la, dapat yang lagi gengster siap bawak penyodok pasir curi dari umah bapak diorang. Belum kira yang curi cangkul Pakcik Kebun Sekolah. Yang tu lagi stylo kot.

Sejahat-jahat budak sekolah aku takde la sampai ke tahap camtu. Aku sendiri pon tak pernah tengok perempuan gaduh live depan mata. Maklumlah sekolah lelaki. Ya aku sekolah semua lelaki. Takda apa yang pelik, jangan korang pikir bukan-bukan.

Nak cerita betapa rajanya senior-senior aku masa sekolah dulu memang tak boleh lawan. Aku rasa Agong pon tak cukup raja macam diorang. Ada sorang senior ni memang terkenal dengan kemalasan tahap mokhsya beliau. Budak-budak junior macam aku ni kalau nak lalu depan dorm dia memang pikir berpuluh kali, sebab kompem kena panggil suruh buat kerja. Dapat yang malang siket :

"Hoi kau! Sini jap, Ko pergi cari bekas, isi air, basuhkan tangan aku, dah kering dah ni", ujar beliau dengan nada memerintah.



Biasanya lepas korang makan korang buat apa? Mestilah basuh tangan kan? Tapi cuba korang banyangkan betapa gengster nya beliau. Lepas makan beliau bantai tido dulu, dah agak-agak tangan dah kering baru nak pergi basuh. Dengan muka mamai muka baru bangun tido daripada terlentang dekat atas lantai dorm, beliau pon mengarahkan member aku untuk basuhkan tangan beliau yang kebetulan lalu depan dorm beliau. Wadafak!


Saja aku letak gamba tangan hyper kotor kat atas ni, nak tunjukkan betapa kotornya perangai beliau. Yang aku hairan golongan yang selalu kena sumpah dengan budak-budak junior ni biasanya result bagus-bagus. Tang cite pasal beliau tadi, sekarang kalau aku tak salah belaiu dah buat dentistry, Kira hebat juga tahap otak beliau.

Tapi kalau suami suruh basuhkan tangan suami lepas habis makan tu lain cerita. Tu dikira bermesra antara suami isteri. Aku pun mau buat. Ni nak mesra apa laki sama laki. Yang tu dah mesra lain. Haru.

..........

"Weyh! Warden!"

Seorang lari ikut pintu. Kebanyakannya lari ikut tingkap. Cukup stylo. Sebab tu la sekolah aku melahirkan pelompat pagar tahap dewa. Ilmu melesapkan diri memang sudah tersemai dalam diri masing-masing.

Dulu kalau ikut peraturan, pukul 11 malam mesti dah takde dalam kelas. Sekolah asrama mesti ada prep malam. Kalau korang sekolah asrama mesti korang da cukup paham punya. Lepas kelas tak semua ikut peraturan balik dorm. Gengster sekolah mesti la langgar peraturan. Agak-agak dah pukul 12 tengah malam aku boleh lepak lagi dengan member-member aku dalam kelas. Kalau study pon boleh kena pelangkung dengan warden apatah lagi kantoi main satu game ni.


Tipu la kalau korang tak pernah try main macam ni. Main bola guna kertas. Kertas tu nanti kena seletip supaya bulatan dia lebih kukuh dan lebih masyuk untuk disepak. Kalau pakai bola ni cuma boleh main dalam kelas je, tak pon dalam dorm.

Biasa la bila masing-masing nak tunjuk terer, mulut pon sama sekali main. Agak-agak kalau main tu senyap takpa, ni sengaja mengundang kemarahan warden, nak test speed sapa lari paling laju dari warden. Yang lepas kira hebat la, walaupun sebenarnya takda teloq semua takut mencicit lari. Yang kena tangkap nih naya, paling koman pon rotan satu dua kali kat punggung kasi sedar siket. Kalau kena tangkap dengan warden yang ustaz-ustaz, mesti kena leter ceramah dulu baru dia bagi rotan. Masa tu panas telinga, masing-masing tunduk kepala konon-konon menyesal dengan tindakan diorang.




Masa nak kena rotan tu, posisi mestilah betul. Sebab warden nak kasi hadiah kat punggung, tangan mesti kena pegang meja atau dinding. Darah gemuruh. Rasa-rasa macam rotan dah nak kena mulalah punggung tu tergerak-gerak ke depan. Kononnya dapat mengurangkan kesakitan. Padahal warden tak buat apa pon lagi.

"Piap!!"

Kemudian terus salam warden siap cium tangan. Punya menyesal la katakan.

"Terima kasih cikgu. Saya janji tak buat lagi"

Kalau bab-bab drama memang paling terer. Tiz Zaqyah pon kena banyak belajar lagi.



..........

"Korang semua sini. Buat satu barisan. Sebab korang dah buat salah maka aku nak korang bersihkan bilik ni. Esok inspection kan"

Itu dia, warden tak bertauliah. Baru je sakit punggung balik dorm, punggung tengah merah lagi dah kena lagi dengan lahabau senior. Kalau berani duduklah asrama. Kejap lagi korang da senior korang pulak buat benda yang sama. Memang dunia ni sentiasa berputar la.

"Eleh, baru kena siket dah menangis. Aku dulu masa junior siap kena bantai dengan fire extinguisher sampai darah tau tak, steady je"

Tu la ayat poyo korang nanti.

Lakonan semata-mata. Tapi tempat kes bantai yang sebenar

-merci beaucoup-