Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

20 October 2013

Selamat Menjadi Miskin

Aku ambil keputusan untuk terus baring. Hujan lebat yang melimpahi bumi Kuala Lumpur sejak tengah hari tadi menjadikan rakyat marhaen menjadi terus menerus bermalas malasan. Kain baju yang dijemur di balkoni bilik dibiar sahaja basah, mengharap panas akan mengeringkan ia kembali.


Henset berbunyi. Dalam perlahan tangan mengecap alat elektronik tersebut yang sekadar terletak di tepi bantal sahaja.

"Dah makan belum?", seseorang menghantar mesej.

Baru tersedar, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Tapi tahan pula perut tak makan apa apa sejak pagi lagi. Eh, ke sebab tak jumpa pagi sebab bangun pun tengah hari?

Yang aku menulis macam ayat novel ni pun jadah apa?

Aku terus bangun. Ambik towel, ambik berus gigi, ubat gigi fresh and white, sabun shokubutsu perisa oren dan pencuci muka cap Loreal. Pergi mandi. Dah lewat sangat dah ni.

Maggi kari yang aku beli minggu lepas masih ada 3 bungkus. Pada kiraan aku stok makanan segera ni cukup untuk menanggung hidup selama 2 hari. Alhamdulillah, makan maggi hari ini cukup berselera. Syukur. Kadangkala menghambat perasaan juga, tapi apabila maggi dihidangkan dengan seepisod Running Man, duka tersebut hilang jua, walau sejenak, haha.

Hujung bulan memang begini. Bagi pelajar seperti aku yang tiada scholar dan tidak mengambil PTPTN, malah bergantung kepada income kerja secara part time, tekanan dan desakan hidup turut dirasai, sama seperti mereka yang sibuk bekerja di luar sana.

..........................................

Motor dark Lagenda 115z aku sadaikan di dalam garaj motor yang disediakan pihak kolej. Tak sangka keluar untuk makan sekejap sebentar tadi sahaja menyebabkan banyak juga wang terbang. Semenjak harga minyak naik, total untuk makan nasi berlauk ayam dan sayur mencecah RM4.50, satu harga yang dikira mahal jika makan dalam kawasan Universiti.

Minyak motor aku isikan RM5, kalau boleh malas nak isi tapi minyak dah kosong, padahal baru kelmarin sahaja diisi. Kadangkala pelik juga sedangkan aku tak merayau ke mana, cuma keliling kawasan kampus, paling jauh pun pergi makan dekat area Pantai Dalam yang jaraknya cuma 10 minit dari kolej.

Sempat juga menyinggah ke 7 Eleven, sekadar singgah sebentar untuk membeli topup. Aku campakkan RM10 ke muka brader 7 Eleven, sebagai tanda protes terhadap kredit henset yang terlalu cepat habis, kehkeh.

Jadi yang tinggal di dalam wallet cumalah beberapa helai wang kertas RM1 dan beberapa syiling yang aku tak pernah ambil tahu berapa jumlahnya.

Usai tiba di bilik, aku hidupkan laptop. Masukkan password laptop. Bukak Google Chrome. Log in Facebook. Satu rutin harian seorang pelajar yang jangan nak mengada ngada pertikaikan lagi, hehe. Scroll down news feed.

Melihat status status kenalan di facebook, semakin ramai yang melangsungkan perkahwinan semenjak dua menjak ini. Kebanyakannya melangsungkan akad nikah dahulu, sebelum majlis persandingan yang dirancang untuk diadakan di kemudian hari. Bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan mereka masih belajar atau baru sahaja menamatkan pengajian. Atau mungkin aku lebih tertarik kepada baju apa yang mereka pakai semasa upacara akad nikah? haha.

News feed sekali lagi dipenuhi dengan gambar gambar graduasi kawan kawan. Musim graduasi universiti sudah tiba. Sedikit sebanyak mencengkam perasaan melihat kawan kawan yang bergraduasi lebih awal. Semoga mereka ini cepat cepat bekerja dan gaji mereka dapat digunakan untuk belanja aku makan, bukan sekadar beli Ipad serta henset baru dan melakukan wajib tayang di Facebook dan Instagram.

Semua cerita cerita tersebut tak menarik minat aku. Itu semua common, biasalah kitaran hidup. Apa yang aku boleh buat cuma like gambar gambar mereka dan ucap tahniah.

Walau bagaimanapun, hari ini aku terpana dengan satu status. Status yang aku percaya boleh buat ramai orang sakit hati.

"Selamat bergraduasi dan selamat menganggur"

........................................

bersambung...

25 June 2013

Perihal Perut

Sejuk malam seakan akan mencengkam hingga ke tulang. Mujur baju sejuk berjenama adidas menyelimuti badan. Kali ini Leonardo tekad. Perut yang lapar harus diisi dengan sesuatu. Jadah apa menyeksa perut dengan menahan lapar pada waktu tengah malam begini. Bukannya mampu membentuk sixpack pon. Meskipun beliau mempunyai sixpack yang nyata, tidak pula dia berbangga diri. Ini diakui oleh rakan rakan dan taulan beliau.

Kemudian Leonardo bersegera mengambil kunci motor yang diletakkan di atas meja lalu pantas berlari ke arah motor. Berlari dan terus berlari. Oke takde la perlu berlari kot.

Ah tak payah guna nama Leonardo lah. Ni pasal aku, aku yang tengah lapar ni. Aku! Kahkah.

Minggu exam memang rutin hidup agak kucar kacir. Waktu makan tidak mengikut masa tetapi bersandarkan keadaan perut. Seolah olah perut kata nak makan nasi ayam, sudahnya diisi dengan ayam kepsi. Tapi ini hujung semester punya cerita. Dapat makan megi perisa ayam pun sudah cukup bersyukur.

Enjin motor dark Lagenda 250cc aku hidupkan. Walaupun motor berkuasa tinggi ini sepatutnya hanya digunakan untuk perjalanan jauh, tapi aku pacunya jua demi sesuap nasi. Tapi dalam kes ni bukan nasik la, burger beb! Burger!.

Waktu tengah tengah malam ni kebanyakan kedai makan dah tutup. Jadi nak makan nasik waktu waktu macam ni bukanlah agenda yang sesuai.

Perjalanan dimulakan. Cukup sekadar menunggang kelajuan 80km sejam sahaja. Bukan apa, takut brader brader motor yang lebih otai dekat KL ini menahan malu kerana terpaksa makan asap jentera aku ni, kehkeh.

Menunggang motor dalam kawasan universiti pada waktu tengah malam seperti ini boleh dikatakan heaven sebab jalan clear. Cuma yang tak sedapnya terpaksa menghadap abang-abang guard dekat pintu gate keluar. Semasa melalui pintu gate yang pagarnya telah ditutup separuh, aku cuma teringat yang baru baru ni abang-abang guard lebih bertegas terhadap keluar masuk kenderaan ke kawasan universiti. Kes tibai motor dengan curik barang macam dah takde jalan penyelesaian.

Mana mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker kampus ada potensi untuk ditahan untuk soal siasat. Keadaan jadi lebih buruk jika tiada kad matrik pelajar di bawa bersama. Golongan seperti ini kadang kadang tak diberi masuk ke dalam kampus, terutamanya yang bermotorsikal. Paling koman pun kena saman. Memang nasib golongan yang bawak motor macam aku ni orang suspek selalu buat hal.

Aku? Aku macam biasa malas nak pergi renew sticker motor kahkah. Takpe dun worry, walaupun takde sticker motor, kad matrik memang aku selalu letak dalam wallet. Oke dalam cerita ni korang kena ingat, motor aku takde sticker tapi kad matrik maintain ade dalam wallet. So aku kira kalau keluar tengah malam lepas tu kena tahan brader guard pon takde masalah lah pasal aku bawak kad matrik.

Usai melepasi pintu pagar universiti, badan aku rasa makin lemah. Rupanya baru teringat yang hari ini aku belum makan walau sebutir nasik sekalipun. Hal ini buat aku lebih teruja mendapatkan burger, makanan idaman setiap manusia sehingga warga Zimbabwe sekalipun menjadikan ia sebagai makanan rutin.

Atas tuntutan perut yang semakin mendesak, aku tambah kelajuan motor kepada 85km. Laju yang macam ini punya laju boleh buat brader brader yang bawak basikal fixie jatuh respek. Arah yang dituju cuma satu tempat, iaitu Bangsar. Bangsar dengan kolej aku nak kata dekat sangat pon tak jugak. Kalau bawak motor rilek rilek mau makan 10 minit juga.

Cerita pasal burger, memang boleh buat sesiapa terliur. Dalam keadaan perut yang sebegini, aku dah tetapkan beberapa perancangan. Satu burger memang tak cukup. Jadi mesti order dua bijik burger. Sebab nak bagi rasa yang lebih variety jadi nanti aku akan order burger ayam sebijik dan burger daging sebijik. Lepas tu aku nak singgah seven eleven beli air yogurt berjenama Bliss. Dia punya perisa strawberry masyaAllah sedap. Kejap lagi aku mintak bungkus benda ini semua buat makan dekat bilik sambil layan running man.

Pergh heaven!

Perancangan kena rapi. Dua tiga traffic light jugak aku langgar nak cepat punya pasal. Perut yang terlalu lapar memang boleh uji kesabaran beb. Waktu keadaan macam ni kalau kena saman trafik pon aku takde hal punya asal aku dapat burger aku cepat.

Sampai. Stall burger tampak meriah dengan lampu lampu bercahaya terang tanda perniagaan sedang rancak berjalan. Aku tongkatkan motor. Helmet aku sisipkan ketepi dengan talinya aku sangkutkan di bawah seat.

"Bang, burger ayam satu, burger daging satu!", ujar aku lemah tapi dalam nada bertenaga.

"Kejap lagi saya amek, nak pergi 7E kejap"

..........................................

Cepat cepat aku hidupkan motor dan blah. Macam mana wallet aku boleh tertinggal ni? Bahana apa yang menimpa.

Burger tu sape nak bayar? Aku tengok macam dah siap. Ni kejap lagi macam mana aku nak masuk kolej ni?