Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

20 May 2011

Misteri Orang Minyak

Minggu ni tamat untuk minggu pertama latihan suksis yang ala-ala latihan polis tu. Bila guwa tengok dahi guwa dah macam bendera Terengganu dah, ada line hitam dengan putih. Betapa tragisnya guwa sunburn kala ini.

Melihat muka guwa yang semakin berminyak, tiba-tiba guwa terdetik untuk tulis story pasal orang minyak. Apakah jadahnya semua ini?

..........

Pada suatu tengah hari yang terik, Azrul menensenkan dirinya dengan berfikir benda yang negatif sejak tadi.

"Aku ni dah la takde bini, awek pon takde, duit apatah lagi, semua la takde", bebel Azrul seorang diri di dalam pondok yang dijadikan kediaman tetapnya.

Semalam Azrul bengkak-bengkak seluruh badan akibat dibelasah along kerana tidak membayar hutang. Dia mula merasakan bahawa kehidupannya sangat tidak bermakna hatta tidak mempunyai masa depan.

"Bila la nak kaya kalau hidup terus macam ni? Nak kerja aku malas, tak larat nak jadi kuli orang", getus Azrul dalam hatinya.

Betapa daif hidupnya. Apabila lapar, terpaksa menjamah sekadar roti kering empat segi. Sudah menjadi makanan ruji baginya. Seusai itu, dia membaca surat khabar bungkus biskutnya akibat terlampau boring.

"Huih banyak iklan ni, baca iklan pon best jugak, mana tau boleh dapat idea", ujar Azrul sambil membelek-belek surat khabar tersebut.

maklhluk di atas bukan Azrul okay

Azrul terus membaca sehingga terbaca satu iklan yang cukup sensasi baginya.

"Ingin menjadi orang minyak? Atok sedia melatih anda menjadi orang minyak profesional! Antara kelebihannya adalah anda mampu mengayat awek dengan power sehingga menjadi awek anda! Boleh balas dendam kat along dan banyak lagi kelebihannya, malas nak cerita. Jika berminat hubung atau datang terus ke alamat Atok"

 "Okey jugak ni, boring dah jadi orang biasa. Baik aku jadi orang minyak pulak", putus kata hati Azrul.

Dipendekkan cerita Azrul pon bertemu la Atok tersebut. Maka Atok tersebut menerimanya sebagai anak murid.

"Ni nak jadi orang minyak masak ke minyak apa tok?", ujar Azrul penuh curious.

"Minyak hitam motor yang dah pakai. Syarat pertama kau mesti rogol 1000 orang anak dara kat kampung ni", Atok tersebut menetapkan syarat.

"Giler banyak!", getus Azrul di dalam hati.

"Malam ni kau dah kena start, ini semua sebagai ujian untuk kekuatan mental dan fizikal kau", ujar Atok.

..........

Pada malam tersebut, Azrul pon memulakan langkah sebagai orang minyak.



Pada masa yang sama Ali dan Ahmad sedang melepak di tepi bakau.

"Kau ni asyik hisap rokok je, bukan ke merokok tu membahayakan kesihatan?", soal Ali.

"Ala takpe, yang bahaya aku bukan korang", jawab Ahmad selamba.

Selepas menghidupkan rokoknya dengan batang mancis, dia pon melontarkan mancis yang masih bernyala itu ke belakang. Azrul yang kebetulan melalui tempat itu terkena mancis itu lalu telah membakar dirinya.

"Adei adei adeiii apii!!!", jerit Azrul apabila api menyambar seluruh badannya yang dipenuhi minyak itu.

"Kau cakap tak bahaya kat orang, tu kau tengok mamat tu, naya je", ujar Ali kepada Ahmad merujuk kepada situasi yang berlaku kepada Azrul.

Selepas berjaya memadamnya, Azrul meneruskan misinya walau sakit akibat kena sambar dek api. Ketika nak mengendap awek kaki beliau tergelincir atas simen la pulak gara-gara kakinya yang berminyak dan licin. Lalu kepalanya terhantuk kat bucu tangga.

Kemudian anjing tuan rumah pulak kejar beliau. Azrul cuba untuk memanjat pokok kelapa tapi dah panjat sampai ke atas, licin je melurut sampai ke bawah. Akibatnya senang la anjing tersebut menggigit beliau.

Setelah penat bergaduh dengan anjing tersebut beliau cuba menyeberang sebatang titi yang hanya boleh dipijak dengan sebelah kaki sahaja. Maka bertatih lah Azrul menyeberanginya.

"Keciknya titi, menyusahkan aku betul la", bebel Azrul.

Ditakdirkan kakinya yang licin itu telah menyebabkan beliau tergelincir. Bertambah malang apabila beliau terjatuh secara terduduk di atas titi tersebut. Maka anu nya telah terhentak kuat di atas titi yang ternyata keras.

"Silap-silap mandul aku nanti!", ujar Azrul sambil meraung kesakitan.

..........

Itu adalah antara keburukan menjadi orang minyak. Akhirnya Azrul insaf dan mengambil keputusan untuk memohon kerja sebagai pomen  di workshop milik membernya.

sekadar hiasan, bukan Azrul sebenar
Moral of the story: 
"Biar badan kotor kena minyak, asalkan jangan jadi orang minyak"


storyline is highly credited to bawang

-merci beaucoup-


19 May 2011

Misteri Volkswagen Kuning



Hujan turun renyai-renyai. Fakhrul semakin resah. Perjalanan lewat malam amat mencabar baginya kala ini. Apatah lagi terpaksa melalui perjalanan yang jauh merentasi dua negeri.

"Fakhrul, balik nak, ayah kau sakit"

Fakhrul termenung. Berita yang disampaikan oleh emak sebentar tadi sangat merisaukannya. Sebaik sahaja menerima berita itu Fakhrul terus mengambil keputusan untuk pulang ke kampung walaupun jam sudah menunjukkan 12 tengah malam.

"Aduih mengantuknya", Fakhrul bermonolog dalam dirinya.

Perjalanan melaui lebuh raya yang panjang ini terasa amat lama. Dia berharap dia akan cepat sampai untuk menemui ayahnya yang sedang gering.

"Ada lagi kereta tengah-tengah malam macam ni", getus Fakhrul di dalam hati sebaik melihat lampu sebuah kereta dari arah belakangnya.

Cahaya lampu semakin hampir. Mungkin pemandu itu memandu dengan laju. Sebaik sahaja kereta tersebut melintas, Fakhrul sempat melihat jenis model kereta tersebut. Volkswagen, kaler kuning.


Kereta tersebut memecut laju meninggalkan kereta Fakhrul. Semakin hilang dari pandangan.

Tiba-tiba Fakhrul terlihat lagi cahaya lampu kereta dari arah belakangnya.

"Aih, banyak pulak kereta malam ni. Laju pulak kereta kat belakang ni", bebel Fakhrul sendirian.

Sebaik sahaja kereta itu memotongnya, Fakhrul sempat menjeling jenis kereta tersebut di bonetnya.

"Morris Minor, kaler kuning lagi. Ni macam kereta tadi", ujar Fakhrul kehairanan.

Fakhrul mula berfikir sejenak. Rasanya kereta tersebut sudah memotongnya, bagaimana pula kereta tersebut boleh memotongnya sekali lagi? Nak kata Fakhrul yang memotongnya tiada pula.

"Kan ke dia dah jauh ke depan tadi. Camne dia boleh ade kat belakang aku balik?", soal Fakhrul di dalam dirinya.

Tidak berapa lama kemudian, muncul lagi sebuah kereta yang sama memotong kereta Fakhrul.

"Eh, dia potong lagi? Tak boleh jadi ni, seram pulak aih"

Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Fakhrul dari Kuala Lumpur ke Temerloh telah sepuluh kali kereta kaler kuning itu memotong kereta Fakhrul. Walaupun dalam ketakutan yang amat, digagahi jua untuk sampai ke kampung halamannya. Sungguh pengalamannya pada malam itu sangat menghambat perasaannya.

..........

Fakhrul tiba di kampung halamannya hampir ketika fajar mula menyinsing. Dalam keadaan cemas Fakhrul terus melulu masuk ke dalam rumah ayahnya itu.



"Apa hal kau ni Fakhrul? Muka pucat semacam?", emak adalah orang pertama yang menyambutnya di muka pintu.

"Hantu..hantu..hantu mak! Saya jumpa hantu masa saya bawak kereta tadi", balas Fakhrul terketar-ketar.

Dari kejauhan ayahnya mendengar suara Fakhrul yang terketar-ketar itu. Walaupun uzur ayahnya cuba bangkit untuk menyambut kepulangan anaknya itu.

"Apa hal yang kau takut sangat ni Fakhrul?", ujar ayahnya di sebalik pintu biliknya.

"Tadi saya balik dari KL ada kereta kaler kuning potong kereta saya. Lepas tu dia potong lagi, sedangkan saya tak potong pon dia. Lepas tu dia potong lagi, dan potong lagi, serammm...", terang Fakhrul panjang lebar.

"Kau pasti ke kereta tu jenis yang sama?", ayahnya mula mengambil alih perbualan.

"Pasti! Saya siap tengok jenis nama kat bonet kereta, Morris Minor!"

"Kaler pon kau pasti semua kuning?"

"Pasti ayah! Memang kuning!"

"Nombor plat kereta tu sama ke lain?"

"Err...lain", balas Fakhrul segan-segan.

"Tu maknanya kereta lain, kaler sama! Yang kau nak pergi takut tu apehal?", tengking ayahnya sambil mengetuk kepala Fakhrul.

Ayahnya yang sakit itu tiba-tiba berupaya berdiri gagah mengetuk dahi. Puan Emak pula terduduk sambil menghentak-hentak kaki ke lantai.




storyline credited to bawang :D


-merci beaucoup-

15 May 2011

Misteri Bola Pin Pong

"Mak!", jerit Fakhrul hampir melaung.

Dari kejauhan lagi Datin Rosmah melihat anaknya Fakhrul berlari-lari anak membawa beg sekolahnya. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Memang patutnya anaknya itu sudah balik dari sekolah.

"Kenapa ni Fakhrul? Tak pernah pulak kau balik sendiri, selalunya ayah kau yang kene ambil"

"Ala..ayah lambat sangat. Tadi cikgu pesan suruh mak atau ayah tandatangan buku ni", ujar Fakhrul sambil menunjukkan buku rekod peperiksaan miliknya kepada ibunya.



Ramai mengakui Fakhrul merupakan anak yang pintar. Sejak berada di Darjah Satu lagi Fakhrul sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Sehingga kini sudah berinjak ke Darjah Enam, rekod tersebut masih lagi dipegangnya. Maka Fakhrul sering menjadi bualan jiran-jiran di kawasan perumahannya, menasihati anak masing-masing agar mencontohi sikapnya yang kuat menelaah pelajaran itu.

"Alhamdulillah, camni la anak Mak"

Datin Rosmah memuji anaknya sambil mengusap-ngusap rambut satu-satunya anak hasil perkahwinan dengan Dato' Johar.
Dalam diam tercalit rasa bangga yang menebal dalam dirinya kerana berjaya membesarkan anak sebijak Fakhrul.

"Kali ini Fakhrul nak hadiah apa? Playstation? atau laptop?", tawar Datin Rosmah sebagai habuan kepada Fakhrul atas kejayaannya. Baginya wang bukanlah satu masalah. Selaku isteri kepada Pengurus Besar Temasik Holdings, beliau sentiasa berbangga atas kejayaan suaminya dalam menguruskan syarikat tersohor itu.

"Errr..tak nak lah Mak, Fakhrul cuma nak 50 biji bola pin pong je", sengih Fakhrul.

Kemahuan anaknya segera dipatuhi. Malah beliau sudah dapat menjangkakan hasrat anaknya itu. Ini bukanlah kali pertama Fakhrul meminta perkara yang pelik seperti itu. Sejak dari Darjah Satu lagi Fakhrul telah dihadiahi sebiji bola pin pong atas permintaannya. Kemudian meningkat kepada 10 biji ketika Darjah Dua dan bilangannya sentiasa meningkat saban tahun. Perkara tersebut sangatlah dihairani Datin Rosmah dan Dato' Jahor walhal Fakhrul bukanlah gemar bermain pin pong malah tidak pernah sekalipun bermain permainan itu. Setiap kali dihadiahkan bola pin pong, Fakhrul hanya menyimpannya di dalam sebuah bakul di bawah katilnya.

..........

5 tahun sudah berlalu. Fakhrul semakin meningkat dewasa. Kebanyakan remaja pada usia seperti Fakhrul pasti suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan namun tidak pada Fakhrul. Habis sahaja peperiksaan SPM Fakhrul lebih gemar mengabdikan diri di rumah tanpa melakukan apa-apa, sekadar menghabiskan masa dengan melayari internet dan menonton televisyen.

Hari ini keputusan SPM akan dikeluarkan. Dato' Johar dan Datin Rosmah sedang bersiap-siap untuk menghantar anaknya ke MRSM tempat Fakhrul belajar. Tujuannya cuma satu, untuk mengambil slip keputusan peperiksaan terbesar yang akan menentukan masa depan anaknya itu.

Setibanya di sana, Fakhrul sekadar menegur dua tiga orang rakannya yang dirasakan paling rapat. Yang lain seolah-olah tidak dikenalinya walhal menjadi rakan seperguruan sejak Tingkatan Satu lagi. Apa yang penting baginya adalah mengambil slip keputusan dan menyerahkan kepada kedua ibu bapanya.

Sejak di sekolah menengah, Fakhrul memang tidak mempunyai ramai kawan. Sikapnya yang suka menyendiri malah kerap bercakap-cakap sendirian membuatkan pelajar lain takut untuk menegurnya. Apatah lagi apabila duduk di asrama, pelbagai kejadian aneh kerap berlaku.

Fakhrul dikenali segenap pelajar di sekolahnya sebagai pelajar yang pendiam dan psiko. Dahulu dia pernah ditegur warden kerana kerap merayap di sekitar sekolah pada waktu tengah malam. Malah yang lebih merisaukan masa malamnya dihabiskan dengan menyendiri di atas bumbung asrama.

Kejadian-kejadian aneh yang menimpa Fakhrul tidak pernah diketahui ibu bapanya. Malah guru-guru berat mulut untuk menceritakan hal yang sebenarnya. Pernah ketika berada di Tingkatan 4 Fakhrul telah cuba untuk membunuh diri namun sempat diselamatkan para warden bertugas. Dia dipercayai histeria dan terpaksa diubatkan dengan bantuan ustaz-ustaz.

Perkara tersebut masih segar diingatan seluruh warga sekolah sehingga ke hari ini. Para guru mengharapkan inilah hari terakhir Fakhrul menjejakkan kaki ke sekolah ini seolah-olah kehadirannya tidak dijemput.

Sebaik sahaja Fakhrul mengambil slip peperiksaan tersebut, dia terus memberikannya kepada ibu bapanya tanpa melihat dahulu apa yang tertulis di sebalik selembar kertas itu.

"Baiklah Fakhrul, kali ini hadiah apa yang kamu nak? Ayah harap bukan bola pin pong lagi", tawar Dato' Johar sebaik melihat slip keputusan anaknya itu, sesuatu yang telah dijangka dari awal.

"Emm..ala murah je ayah, Fakhrul cuma nak 500 bola pin pong je, boleh kan?"

"Fakhrul nak buat apa bola tu banyak-banyak? Yang dulu berlambak, tak diguna pun", kali ini Datin Rosmah yang mengambil alih perbualan.

"Ada la mak, ayah...please.."

..........

Sebentar lagi flight Fakhrul akan dibuka untuk penumpang masuk. Datin Rosmahlah orang yang paling sedih untuk melepaskan anaknya bagi meneruskan pengajian di luar negara. Stanford Universiti. Bukan calang-calang universiti. Namun demi cita-cita anaknya direlakan jua walau hati menderita.

"Ayah, bola-bola pin pong Fakhrul ada bawak kan tadi?", soal Fakhrul kepada ayahnya.

"Ada. Tertinggal kat dalam kereta. Fakhrul biar betul nak bawa sama semua tu. Banyak tu, satu guni. Berat.", leter ayahnya tidak bersetuju dengan tindakan anaknya untuk membawa sama hasil Fakhrul mengumpul bola pin pong selama lebih 12 tahun sepanjang hidupnya.

"Kejap, Fakhrul nak pergi ambil kejap."

"Fakhrul, kamu nak buat apa dengan bola pin pong banyak-banyak tu? Berat kamu nak bawak tu", ujar si emak.

"Ala ada la, mak jangan risau eh"

"Cuba kamu beri tahu mak dengan ayah ni, apa sebenarnya tujuan kamu kumpul banyak-banyak bola tu. Kami dah penat bertanya tapi kamu tak nak jawab. Kalau kamu tak nak jelaskan ayah tak bagi kamu ambil bola tu", ujar Dato' Johar dengan suara hampir meninggi.

"Ntah kamu ni, baik kamu bagitau cepat", si emak turut menyokong kenyataan suaminya itu.

"Ok ok, Fakhrul akan bagi tau, tapi lepas Fakhrul ambil bola-bola tu semua kat kereta ye. Fakhrul janji", balas Fakhrul.

Janji Fakhrul sedikit sebanyak melegakan kegusaran Dato' Johar dan Datin Rosmah malah tidak sabar-sabar untuk mengetahui misteri di sebalik sikap anaknya yang suka mengumpul bola pin pong sejak kecil lagi.

Kedua ibu bapa Fakhrul sekadar mampu memerhatikan Fakhrul dari kejauhan berjalan mundar mandir menghampiri kereta.

..........

"Fakhrul!!", jerit Dato' Johar dan Datin Rosmah hampir serentak.

"Bam!"


----------

Sudah ditakdirkan Fakhrul pergi meninggalkan kedua ibu bapanya buat selama-lamanya. Kejadian Fakhrul dilanggar kereta ketika melintas untuk mengambil seguni bola pin pongnya itu menjadi sesuatu yang amat dikesalkan kedua ibu bapanya. Kesemua tragedi ini berlaku hanya kerana bola pin pong. Namun mereka pasrah kerana ia telah ditakdirkan tuhan untuk Fakhrul pergi lebih awal.

Walau bagaimanapun, bola ping pong itu masih menjadi misteri. Tiada siapa yang mengetahui malah mampu meneka apa rahsia di sebalik bola ping pong yang menjadi sebahagian hidup Arwah Fakhrul. Anda pula bagaimana?

Inilah cerita misteri bola ping pong.



..........

Penat membaca? Guwa lagi penat dengar cerita ni dari cikgu guwa masa sekolah dulu. Tau endingnya camtu rasa nak hentak-hentak kaki dan baling kerusi ke arah cikgu whiteboard je. Haha :P