Pagi-pagi hari Isnin masa sekolah rendah adalah masa yang sangat tidak disukai. Mula-mula ambil kasut sekolah yang mak aku keringkan bawah peti sejuk. Ya, itu adalah cara mengeringkan kasut paling berjaya aku rasa. Abang aku lagi advance, basuh kasut guna mesin basuh lepas tu keringkan pakai dapur. Stok keringkan kasut macam panggang ayam. Hebat bukan?
Seingat aku dulu sebelum gerak ke sekolah mesti ayah aku bagi duit belanja. Kalau sekolah pagi dapat la seringgit. Mewah tau seringgit tu. Boleh la beli Coklat Din Dang dengan Tora. Tora ni mahal sket sebab mainan dia lagi syok daripada Din Dang. Tapi aku lagi suka beli Din Dang sebab murah, 60 sen je. Dia punya coklat dalam kotak tu pon sedap ape.
Kalau 'bingai' sangat ni la menatang tu |
Aku dulu bukan anak orang senang. Dulu ada sistem 'Rancangan Makanan Tambahan' atau lebih feymes dipanggil RMT. Kawan-kawan aku memang kerap jeles bila aku dapat makan free. Hari-hari sebelum masuk kelas pagi-pagi terus pergi kantin makan free dulu. Makanan ala kadar, tapi orait ape bila dapat free? Dulu aku selalu berharap kalau sarapan dapat makan coco crunch ke, honey star ke, baru nampak macam orang bandar sket. Haha.
Hari yang paling dinantikan mestilah hari Jumaat. Sebab hari tu hari susu sekolah. Semua yang dapat RMT mesti dapat sekotak susu sekolah. Untung la kalau cikgu suruh agih-agihkan kat budak, mesti la dapat upah sekotak lagi susu sekolah. Sedap gila kot. Jeles habis budak-budak lain bila troli susu sekolah sampai kat pintu kelas, budak-budak RMT semua pakat beratur ambik sorang satu. Yang lain? Melopong je la mengharap ada member-member yang tak nak dan bagi kat diorang. Tapi tu kan perkara mustahil?
ni zaman baru punya, kalau zaman guwa dia kaler kuning plain |
Bagi kanak-kanak innocent macam aku ni, aku paling eksaited bila lori milo datang. Gila kau dapat milo free tu! Aku sampai sekarang tak faham apa signifikannya memberi kanak-kanak kecil ini minum milo free. Untuk memberi peluang kepada mereka ini merasa betapa sedapnya milo? Sebab kami hari-hari minum kopi?
kalau zaman guwa lori ni dah kemek dah kena rempuh, peduli ape cikgu bising suruh beratur, ahaha |
Tapi biasanya aku tensen sebab Pakcik Milo tu bagi cawan kecik je. Bila guwa dengan member-member lain pakat nak mintak lagi Pakcik tu mesti cakap:
"Budak kecik minum cawan kecik je"
"Sial! Cikgu-cikgu boleh plak dapat cawan besar!", luah hati aku yang ketika itu masih belum faham bahawa dunia ini memang tidak adil.
Satu hari yang lain, mesti cikgu akan edarkan kertas yang nak order vitagen tu. Lepas tu beriya la balik tunjuk kat mak. Harap-harap mak bagi duit lebih esok nak beli vitagen. Tapi kanak-kanak macam aku ni memang kerap dikecewakan. Mana ada nak dapat semua tu. Paling sakit hati rajin pulak lori vitagen tu datang tiap-tiap minggu dekat sekolah. Saja nak bagi aku yang tak dapat beli ni jeles.
"Dah dah! Tak payah membazir beli benda mahal macam tu", ayah memang berkira sket kalau nak beli-beli benda ni.
Kanak-kanak macam aku memang senang menangis bila ayah cakap camtu. Merajuk lalu membawa diri ke bilik sorang-sorang. Maklumlah budak-budak lain seronok je mak ayah diorang belikan vitagen. Aku?
Dalam sedih-sedih tu, pernah sekali mak aku buat suprise kat aku. Masa nak balik sekolah mak aku belikan aku satu plastik vitagen. Mak aku bisik kat aku:
"Nak beli benda ni tak payah tunggu lori vitagen datang sekolah, beli kat luar pon boleh kan?", ujar mak aku sambil tersenyum.
Sweet kan mak aku?
Mak memang paling best kan?
................
Ayat paling feymes masa sekolah rendah:
"Kalau kau kawan dengan dia, aku taknak kawan dengan kau!"
Haha mesti korang pon ada buat benda ni kan? Menyampah gila!
-merci beaucoup-
22 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:
yang kergkn kasut bwh peti ais tu mmg slalu buat :)
sumenya kenangan.klu dulu student kt sek skrg ni jadi cikgu kt sekolah.:D
rindu zaman tu............huhu
@ayanuts : tang kering bawah peti ais tu cuma dipraktikkan oleh budak pemalas basuh kasut lambat macam guwa je :P
@anis aniesa : wah!! tabik cikgu!! :P
@NuR 'aQiLaH : tu la pasal, haish..da besar dah tak boleh buat gila,kalau tak org cakap sewel
dulu dok kat rumah kampung, bhgian dapur biasanya lebih rendah dr ruangan lain.
so, bile keringkan kasut kat bawah peti ais mesti dapat bawa katak sekali ke sekolah.
hahaha
@zulhusni mahadi: katak dalam kasut?tu adalah yang paling cool, zaman sekolah kecik2 dulu pernah jugak rasa,sbb tu kena letak kasut tinggi2 :P
wah.... terus rindu zaman sekolah.... huhu
haha..baca n3 ang ni mmg rasa nak balik ke zaman sek ren la..hehe..cek dlu tak dpt mknan RMT tp men sebat jek dan kalo ko kwn dia, aku tak nak kwn ko..mmg luv ayt tu dulu tp bila besar rasa kejam gilos..btw cikin polo ang zirul..=D
haha , mase sekula rendah , nana selalu beli tora dekat gerai depan sekulah tuh . 1 kotak 50sen . haha . pehtu bila hari sukan nnt milo dtg . kdg2 honeystar dtg . ee rendu zaman sekolah rendah ^^
muhammad yunus : tu la pasal,haha
@nurasyiqin: tak baik taw tibai RMT member, sian dye,hehe..oh btw,maceh eh :)
@stfzn: murahnya tora?bukan standard 60 sen ke?eceh macam betol2 ingat lak hehe
mieahaha . tak lupa la . betol 50sen . tak caya tanya makcik depan sekolah tuh . :DD
nasib baik tak terbakar keringkan pakai dapur. Hehe
hahahaah..kalau diingat-ingat zaman sekolah dulu macam2 hal....boleh tergelak sorang mengingatkannya....
hahahaha... kat sekolah dulu cik tikah suka beli sate cucuk yg rm1 ada 5 biji tuh. cixak denagn sos cair. sedap! skrg x de dah...
@stfzn : kalau macam tu murah la,hadoih mana adil :p
@nurain ali : mmg pernah terbakar pon sampai jadi kaler hitam,tapi bila kapur balik org x perasan,haha
@aku & Fantasi: kan?haha budak kecik mmg selekeh kot :P
@cik tikah :sate cucuk?ade ke? hehe
Post a Comment