20 October 2013

Selamat Menjadi Miskin

Aku ambil keputusan untuk terus baring. Hujan lebat yang melimpahi bumi Kuala Lumpur sejak tengah hari tadi menjadikan rakyat marhaen menjadi terus menerus bermalas malasan. Kain baju yang dijemur di balkoni bilik dibiar sahaja basah, mengharap panas akan mengeringkan ia kembali.


Henset berbunyi. Dalam perlahan tangan mengecap alat elektronik tersebut yang sekadar terletak di tepi bantal sahaja.

"Dah makan belum?", seseorang menghantar mesej.

Baru tersedar, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Tapi tahan pula perut tak makan apa apa sejak pagi lagi. Eh, ke sebab tak jumpa pagi sebab bangun pun tengah hari?

Yang aku menulis macam ayat novel ni pun jadah apa?

Aku terus bangun. Ambik towel, ambik berus gigi, ubat gigi fresh and white, sabun shokubutsu perisa oren dan pencuci muka cap Loreal. Pergi mandi. Dah lewat sangat dah ni.

Maggi kari yang aku beli minggu lepas masih ada 3 bungkus. Pada kiraan aku stok makanan segera ni cukup untuk menanggung hidup selama 2 hari. Alhamdulillah, makan maggi hari ini cukup berselera. Syukur. Kadangkala menghambat perasaan juga, tapi apabila maggi dihidangkan dengan seepisod Running Man, duka tersebut hilang jua, walau sejenak, haha.

Hujung bulan memang begini. Bagi pelajar seperti aku yang tiada scholar dan tidak mengambil PTPTN, malah bergantung kepada income kerja secara part time, tekanan dan desakan hidup turut dirasai, sama seperti mereka yang sibuk bekerja di luar sana.

..........................................

Motor dark Lagenda 115z aku sadaikan di dalam garaj motor yang disediakan pihak kolej. Tak sangka keluar untuk makan sekejap sebentar tadi sahaja menyebabkan banyak juga wang terbang. Semenjak harga minyak naik, total untuk makan nasi berlauk ayam dan sayur mencecah RM4.50, satu harga yang dikira mahal jika makan dalam kawasan Universiti.

Minyak motor aku isikan RM5, kalau boleh malas nak isi tapi minyak dah kosong, padahal baru kelmarin sahaja diisi. Kadangkala pelik juga sedangkan aku tak merayau ke mana, cuma keliling kawasan kampus, paling jauh pun pergi makan dekat area Pantai Dalam yang jaraknya cuma 10 minit dari kolej.

Sempat juga menyinggah ke 7 Eleven, sekadar singgah sebentar untuk membeli topup. Aku campakkan RM10 ke muka brader 7 Eleven, sebagai tanda protes terhadap kredit henset yang terlalu cepat habis, kehkeh.

Jadi yang tinggal di dalam wallet cumalah beberapa helai wang kertas RM1 dan beberapa syiling yang aku tak pernah ambil tahu berapa jumlahnya.

Usai tiba di bilik, aku hidupkan laptop. Masukkan password laptop. Bukak Google Chrome. Log in Facebook. Satu rutin harian seorang pelajar yang jangan nak mengada ngada pertikaikan lagi, hehe. Scroll down news feed.

Melihat status status kenalan di facebook, semakin ramai yang melangsungkan perkahwinan semenjak dua menjak ini. Kebanyakannya melangsungkan akad nikah dahulu, sebelum majlis persandingan yang dirancang untuk diadakan di kemudian hari. Bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan mereka masih belajar atau baru sahaja menamatkan pengajian. Atau mungkin aku lebih tertarik kepada baju apa yang mereka pakai semasa upacara akad nikah? haha.

News feed sekali lagi dipenuhi dengan gambar gambar graduasi kawan kawan. Musim graduasi universiti sudah tiba. Sedikit sebanyak mencengkam perasaan melihat kawan kawan yang bergraduasi lebih awal. Semoga mereka ini cepat cepat bekerja dan gaji mereka dapat digunakan untuk belanja aku makan, bukan sekadar beli Ipad serta henset baru dan melakukan wajib tayang di Facebook dan Instagram.

Semua cerita cerita tersebut tak menarik minat aku. Itu semua common, biasalah kitaran hidup. Apa yang aku boleh buat cuma like gambar gambar mereka dan ucap tahniah.

Walau bagaimanapun, hari ini aku terpana dengan satu status. Status yang aku percaya boleh buat ramai orang sakit hati.

"Selamat bergraduasi dan selamat menganggur"

........................................

bersambung...

2 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:

Mahamahu said...

Sama lah bro terasa sekarang ni dah makin kurang duit belanja hehehehe..

Femmy said...

jadi miskin??no..no..no. mohon perlindungan Allah daripada kefakiran