19 May 2011

Misteri Volkswagen Kuning



Hujan turun renyai-renyai. Fakhrul semakin resah. Perjalanan lewat malam amat mencabar baginya kala ini. Apatah lagi terpaksa melalui perjalanan yang jauh merentasi dua negeri.

"Fakhrul, balik nak, ayah kau sakit"

Fakhrul termenung. Berita yang disampaikan oleh emak sebentar tadi sangat merisaukannya. Sebaik sahaja menerima berita itu Fakhrul terus mengambil keputusan untuk pulang ke kampung walaupun jam sudah menunjukkan 12 tengah malam.

"Aduih mengantuknya", Fakhrul bermonolog dalam dirinya.

Perjalanan melaui lebuh raya yang panjang ini terasa amat lama. Dia berharap dia akan cepat sampai untuk menemui ayahnya yang sedang gering.

"Ada lagi kereta tengah-tengah malam macam ni", getus Fakhrul di dalam hati sebaik melihat lampu sebuah kereta dari arah belakangnya.

Cahaya lampu semakin hampir. Mungkin pemandu itu memandu dengan laju. Sebaik sahaja kereta tersebut melintas, Fakhrul sempat melihat jenis model kereta tersebut. Volkswagen, kaler kuning.


Kereta tersebut memecut laju meninggalkan kereta Fakhrul. Semakin hilang dari pandangan.

Tiba-tiba Fakhrul terlihat lagi cahaya lampu kereta dari arah belakangnya.

"Aih, banyak pulak kereta malam ni. Laju pulak kereta kat belakang ni", bebel Fakhrul sendirian.

Sebaik sahaja kereta itu memotongnya, Fakhrul sempat menjeling jenis kereta tersebut di bonetnya.

"Morris Minor, kaler kuning lagi. Ni macam kereta tadi", ujar Fakhrul kehairanan.

Fakhrul mula berfikir sejenak. Rasanya kereta tersebut sudah memotongnya, bagaimana pula kereta tersebut boleh memotongnya sekali lagi? Nak kata Fakhrul yang memotongnya tiada pula.

"Kan ke dia dah jauh ke depan tadi. Camne dia boleh ade kat belakang aku balik?", soal Fakhrul di dalam dirinya.

Tidak berapa lama kemudian, muncul lagi sebuah kereta yang sama memotong kereta Fakhrul.

"Eh, dia potong lagi? Tak boleh jadi ni, seram pulak aih"

Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Fakhrul dari Kuala Lumpur ke Temerloh telah sepuluh kali kereta kaler kuning itu memotong kereta Fakhrul. Walaupun dalam ketakutan yang amat, digagahi jua untuk sampai ke kampung halamannya. Sungguh pengalamannya pada malam itu sangat menghambat perasaannya.

..........

Fakhrul tiba di kampung halamannya hampir ketika fajar mula menyinsing. Dalam keadaan cemas Fakhrul terus melulu masuk ke dalam rumah ayahnya itu.



"Apa hal kau ni Fakhrul? Muka pucat semacam?", emak adalah orang pertama yang menyambutnya di muka pintu.

"Hantu..hantu..hantu mak! Saya jumpa hantu masa saya bawak kereta tadi", balas Fakhrul terketar-ketar.

Dari kejauhan ayahnya mendengar suara Fakhrul yang terketar-ketar itu. Walaupun uzur ayahnya cuba bangkit untuk menyambut kepulangan anaknya itu.

"Apa hal yang kau takut sangat ni Fakhrul?", ujar ayahnya di sebalik pintu biliknya.

"Tadi saya balik dari KL ada kereta kaler kuning potong kereta saya. Lepas tu dia potong lagi, sedangkan saya tak potong pon dia. Lepas tu dia potong lagi, dan potong lagi, serammm...", terang Fakhrul panjang lebar.

"Kau pasti ke kereta tu jenis yang sama?", ayahnya mula mengambil alih perbualan.

"Pasti! Saya siap tengok jenis nama kat bonet kereta, Morris Minor!"

"Kaler pon kau pasti semua kuning?"

"Pasti ayah! Memang kuning!"

"Nombor plat kereta tu sama ke lain?"

"Err...lain", balas Fakhrul segan-segan.

"Tu maknanya kereta lain, kaler sama! Yang kau nak pergi takut tu apehal?", tengking ayahnya sambil mengetuk kepala Fakhrul.

Ayahnya yang sakit itu tiba-tiba berupaya berdiri gagah mengetuk dahi. Puan Emak pula terduduk sambil menghentak-hentak kaki ke lantai.




storyline credited to bawang :D


-merci beaucoup-

6 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:

Tuan Kedaun said...

thanks membaca, simply follow my blog kalau suka dgn entries :D

menarik.tertarik said...

betul ke cerite ni??

Tuan Kedaun said...

tak rasa cerita ni nak mengencing orang jeh?haha

cik sakura said...

tapi kan cerita kereta warna kuning ini penah cik sakura dengar..kawan2 pun pnh cerita..dekat area karak..bila balik sorang2 lalu situ memang harap xnak jumpa..

taliff said...

Pernah terdengar tentang Cerita nie. entah betul atau tidak.

nifi2408 said...

penah baca cerita ni kat fb :)