16 January 2013

Gay Makin Power

Ini dah lama punya cerita, cuma aku baru nak up dalam blog . Maklumlah tahun ni tahun malas menulis bagi aku . Sedangkan menulis nota dalam kelas pun aku malas, ni lagi nak up satu entry untuk masukkan dalam blog . Nak cerita dia punya malas tu, ibarat lepas makan nasik kau malas nak basuh tangan . Memang tahap jadah dia punya malas .

Sebenarnya sampai sekarang masa aku tengah menulis ni pun aku tak tau nak tulis apa . Serius ni . Nak tulis pasal cerita perempuan kang ada pulak yang merajuk . Nak tulis pasal lelaki kang kena cop gay . Cerita pasal kena cop gay ni aku dah banyak kali kena, taubat aku taknak sentuh langsung pasal tu . Jadah apa muka macho macam ni orang ingat gay . Biarlah realistik sket ye dak?

Tulis blog ni sedap kalau buat cerita mengumpat .

Sejak kebelakangan ni aku selalu terpaksa offline chat dekat facebook . tak online skype . Yahoo massenger pun aku dah tak ingat hidup lagi ke tak akaun dia . Friendster? pergi mati .

Even bila ada sesiapa yang add dekat facebook pun aku take time nak approve kalau takde mutual friend . Semenjak dua menjak ni aku ambik keputusan untuk menjalankan dasar tertutup . Jadi takde sesiapa yang tak tentu hala aku tak kenal boleh keluar status dia dekat news feed aku .

Tujuannya cuma satu, bagi mengelakkan diganggu GAY.



Kau orang klik gambar kat atas . Bagi clear . Baru steady nak baca .

Pasal gay ni bukan benda baru . Dekat sekolah dulu pun aku dah tengok macam macam dah, cuma dugaan gay dekat sekolah tak advance macam dekat luar .

Atas ni aku bantai upload satu gambar yang aku print screen daripada inbox facebook aku . Antara gay yang paling tegar aku pernah jumpa . Dulu aku pernah dengar dia kena bantai dengan budak budak sebab melakukan kekacauan kegaygayan dalam kalangan pelajar di kolej kolej kediaman . Tapi dia tak serik, sebab perasaan gay dia dah masuk tahap gaban punya advance .

Aku rasa mana mana yang berstatus awek pun tak akan berani buat ayat power macam ni . Ayat dia memang power . Senang cerita kalau dia hadap dengan pasangan yang memang benar jiwanya gay, perasaan pasangan gay tu boleh jadi kacau, naik berahi lalu layu . Haha .

"Kalau zairul sayang saya
jadi hamba zairull pom saya sanggup.asalkan zairull sayang...
Ikut zairull lah suh buat apa..
Jilat kaki zairull pon..
Tolonglaa sayang saya..."

Aku usha kaki aku, nasib baik takde cagu .

.......................

Aku sebenarnya sedar dan tahu, semakin ramai atas muka bumi cuba ikut jejak langkah kaum Nabi Luth ni . Sedangkan aku dikelilingi oleh ramai kawan dan kenalan yang mempunyai pasangan gay . Aku faham memang naluri dan perasaan tersebut bukan mereka yang nak, tapi dia datang sendiri .

Tapi aku tak berapa setuju, naluri suka pada pasangan sejenis bukan datang sendiri melainkan ia dididik oleh diri sendiri . Kenapa akhirnya mengalah dan memilih pasangan sejenis untuk 'bersedap-sedap'?

Pergh, ayat sedap sedap tu sikit punya power .

Jalan untuk kembali ke fitrah asal manusia masih terbuka luas . Aku selalu fikir diorang ni nanti dah besar tak nak kahwin ke? tak nak ada anak sendiri ke? Okay fine memang ada sesetengah negara yang membenarkan perkahwinan homseksual secara legal, tapi celah mana kau nak dapat anak?

Boleh kau orang explain macam mana nak produce anak dengan 'teknik' homoseksual tersebut? Haha .

Dulu masa aku sekolah menengah yang selalu dicop sebagai sekolah gay, akibat semua pelajarnya lelaki, memang selalu ingat dengan satu hadis . Kejap aku google . Kalau bab agama ni ilmu dia memang senang nak hilang, susah nak melekat dalam otak .

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Rasulullah SAW:

"Empat golongan yang berada dalam murka ALLAH pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)"

Kawan kawan dan sahabat, jangan rasa sanggup berada dalam murka ALLAH . Kalau rasa tak boleh ikut perintah yang cukup jelas ni, sila keluar daripada bumi ALLAH ini .

Aku cuba untuk tidak public . Jauh sekali untuk memburukkan sesiapa . Aku cuma mahu sahabat sahabat aku lebih berhati hati . Mereka ini kawan kita juga, cuba lah bantu mereka kembali ke fitrah asal manusia . InsyaALLAH ALLAH akan buka hati mereka .

Kejap, yang ade golongan sibuk nak berzina dengan binatang ni apehal?

Golongan yang macam tu aku rasa jangan bela kucing dekat rumah . Kot .

6 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:

Amilia Ami said...

ayat kegaygayan tu takleh tahan.. bhahaha. Like seriously nak muntah dgn ayat budak tu =.=''

zairull nizam said...

haha . perempuan dengan perempuan pun bukannya takde kes, hehe

cik cempaka said...

fuyoossss..
itulah .
bkn llki je.permpuan pon ade yg slh lngkah,lalu terpelecok dlm lumpur.haha
eeeeuuuuuww,ayt pemangsa tu dasat ler.macam nak mintk penampar je

zairull nizam said...

aku terpikir, kalau perempuan macam mana pulak style dia eh? haha!

Anonymous said...

terpanggil untuk memberi komen.. aku seorang lelaki.. dan bukan lelaki gay =).. tp pada aku benda ini harus dilihat dgn lebih saksama... aku ada ramai kawan gay dan lesbian.. sebenarnye tkde beza dgn manusia normal.. ia adalah perasaan ingin dicintai dan mencintai.. cume bezanya mereka mencintai yang sama jantina... bende ini bukan diminta.. mngkin ade kes yg jd mcm tu sb kejadian tertentu.. tp seriously.. naluri ni dah ditiup pada kita sejak dlm perut lagi.... jd untuk menzalimi mereka dgn kata2 tak bertimbangrasa pun tk boleh juga.... cume bezanya.. biler ada gay atau lesbian yang terang2 ngorat kaum sejenis, lakukan sex mxm makan kfc.... dan sebagainya... itu yang menjadikan golongan ni busuk dimata masyarakat.. aku selalu terfikir... kalau jangka hayat manusia 50 tahun.. kalau mereka menolak naluri gay mreka.. selama 50 thun mereka harus melawan naluri itu. bukan nye mudah.. hdup dlm satu penafian.... sb tu pd aku.. golongan ni.. antaara golongan yang dah diduga dr awal.. jika mereka berjaya mengawal nafsu kepada kaum sejenis... maka pd aku syurgalah nyawanya... aku ade seorang kawan yang snggup melangganpelacur.. tp tak berjaya sb nafsu dia tak naik.. aku rasa bnde ni perlukan sokongan kita... jgn ditidakkan kewujudan naaluri ni.. cume kita sebagai yg lurus... harus membantu mereka untuk melihat nafsu dan naluri dr aspek yg lain dan lebh terbuka.. supaya ada jalan keluar utk emreka berubah. sbnya.. celah mana dlm dunia ni yg boleh ubah naluri dan seksualiti manusia?... hanya allh swt yang tahu.. kita sama2 doakan dan bantu

zairull nizam said...

betul, aku setuju . aku sendiri tak pernah pulak nak hina golongan2 ni even member2 aku suruh bantai kasi sedar sket, haha . kita yg ada disekeliling mereka ni yg kena bantu . tapi bab naluri sejak dari dlm perut tu aku kurang setuju . banyak lagi faktor, mungkin nnt aku akan tulis hal ni dlm entry lain secara lebih ilmiah