Satu hari ni aku hilang mood nak update entry. Ini semua gara-gara akaun Advertlets aku kena suspended sehari. Sudah lah macam-macam cerita yang yang herem guwa dengar pasal Advertlets nih, tiba-tiba dia buat hal telah membuatkan guwa mula tergerak hati usha kembali ke Nuffnang, Innity dan sebagainya. Agak-agak dah tau guwa nak pukul remove Advertlets, dan dan je akaun dah okay balik. Hah tau takot!
camni la muka advertlets masa guwa bagi amaran tadi |
Bila aku review entry aku yang sebelum ni pasal buli ni, aku teringat betapa artistiknya nama member-member aku masa tu. Sehingga kini masih melekat kuat macam cicak kobeng kat siling rumah korang. Kalau korang sekolah asrama kompem korang pon terjebak dengan kancah nama-nama ni. Bagi yang belum baca entry tu sila klik DI SINI.
Bagi yang sedang mengandung dan masih tercari-cari nama anak, aku sarankan jangan terpengaruh dengan nama-nama di bawah meskipun enak di dengar. Bagi yang sedang couple jangan nak mengada-ngada berimaginasi nak bubuh nama apa untuk anak. Korang kena ambik kira makna tersurat dan tersirat di sebalik nama-nama tersebut.
Tambun
Merupakan nickname paling feymes sepanjang zaman. Jika korang berbadansasagempal dan berkulit kaler macam kicap Jasin, maka serta-merta korang layak digelar dengan nama ini. Hal ini berikutan karakter korang yang sesuai dengan singkatan nama ini yang bermaksud 'hitam-buncit'.
Kebab
Kebab memang sedap dimakan namun ia langsung tidak berkaitan dengan makhluk yang enak itu. Jika korang memegang takhta nama ini yang bermaksud 'kepala-babi' maka persilakan jadikan ia sebagai nama dalam ic anak korang.
Tobab
Jika korang memiliki sekandang binatang peliharaan herem seperti babi mungkin korang layak memiliki nama ini. Walaupun korang tiada kaitan dengan maksud nama ini iaitu 'tokey-babi' namun jangan terkejut, korang juga sentiasa berpeluang menjadikan ia sebagai nickname tersohor korang.
Manjong
Korang suka melawat ke Manjung di Perak? Pastinya ia menjanjikan percutian yang menarik dengan udara yang segar dan nyaman. Namun korang harus berhati-hati, sesetengah daripada korang boleh digelar Manjong kerana ciri-ciri korang yang menarik perhatian. Ya! Manjong bermaksud 'manusia-jongang'!
Namun jika korang memiliki nama ini korang harus berbangga kerana ia menjadi topik perbualan masa kini dan menjadi lagu karaoke di pusat-pusat hiburan mahupun kenduri kahwin. Jika korang mahu bernyanyi bersama Encik Manjong sila nyanyi lagu yang cukup popular ini.
Gamat
Minyak gamat boleh didapati dengan murah terutama di Langkawi. Ia mampu menyembuh pelbagai luka termasuk luka anak yang baru bersunat. Namun jika anak korang memiliki kaler kulit yang hyper gelap maka dia juga berpotensi untuk dipanggil gamat.
Zairull Nizam
Merupakan nama paling hot abad ni. Setelah dikenal pasti barang siapa yang memiliki nama ini pasti menjadi igauan awek-awek kampung mahupun cikaro di celahan bandar. Gampang!
...........
Okeh tamat sesi perkongsian ilmu hari ini. Wah ilmu sangat, haha.
-merci beaucoup-
2 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:
nama yang last sekali tu hot ye..oo
nama yang last tu hebat . ahahahaa :P
Post a Comment