25 November 2011
Makan Megi
13 August 2011
Sumpah Seranah
Aku bangun tidur. Bahana tidur siang mungkin, tekak terasa kering sangat. Baru aku sedar, dua hari ni baru 3 gelas je aku minum. Satu gelas masa sahur semalam, satu lagi masa berbuka semalam dan satu lagi masa sahur pagi tadi.
Masa ni keimanan aku mula goyang. Tengok Mak tengah mop lantai dekat dapur terpikir pulak kalau-kalau dia tak perasan aku ambil air sejuk dekat peti ais. Tu semua kalau la.
Dekat pukul 10 pagi. aku mandi. Kalau dapat tibai minum siket air sedap jugak nih. Lama aku mandi. Tapi tak tersampai hati nak membatalkan puasa. Aku bukan budak kecik curi-curi minum air dekat bilik air. Langsung takde kelas taknak puasa dengan cara macam tu. Sekurang-kurangnya dapat segarkan badan, takde la rasa kering tahap gaban badan aku ni.
Aku tekup tangan dekat dahi. Tekup pulak dekat leher. Panas. Hari-hari puasa memang mudah kena demam. Mula lah menyesal sebab kurang minum air. Teringat puasa tahun lepas, masa tu puasa dekat kolej. Masa tu aku kena demam panas baik punya. Kuliah habis semua tak pergi. Bukan malas, tapi berdiri pon dah terketar lutut.
Dengan harapan dapat surat MC dari doktor, aku gagahi jua pergi ke klinik pelajar. Lagipun masa tu cik awek tak habis-habis suruh pergi klinik. Cukup prihatin betul dia. Untungnya klinik tu betul-betul bawah bangunan kolej aku. Cuma tekan butang lif terus sampai dekat klinik. aku memang dari dulu memang cukup malas pergi klinik. Orang cakap aku takut doktor, tapi yang sebenarnya sebab aku malas menunggu lama. Nak ambil nombor giliran lagi, isi borang lah bagai. Nak tunggu kena panggil masuk lagi.
Adoih, punggung dah panas. Badan dah la memang panas. Dekat sejam menunggu. Kalau sebab hari tu takde test subjek Earth and Man memang aku tak jejak kaki kat klinik ni. Nak MC punya pasal. Paling rajin pon aku turun kedai bawah beli panadol, cukup.
"Zairull Nizam!"
Cik nurse panggil separa melaung. Aku dengan langkah longlai masuk ke bilik doktor. Tujuan aku cuma satu, nak surat MC. Berbekal bakat drama yang tinggi dalam diri aku beserta memek muka penuh sedih, aku berlagak sakit tahap karma. Biar la Puan Doktor tu kesian sket. Aku dah la demam, mesti la patot dikesiankan. Kan?
Beliau ambil suhu. Tapi guna thermometer yang letak kat telinga tu. Aku cukup tak suka kalau kena pakai yang tu. Geli. Tak boleh ke pakai thermometer yang letak bawah lidah tu je?Tak pon pakai yang masa aku belajar dekat kelas fizik dulu. Kan lebih menyelesakan pengguna?Alah yang pakai konsep Thermal Equilibrium tuh. Eceh.
thermometer telinga. yang ni pakai infra red kalau tak silap |
p/s: sampai sekarang aku rasa nak buang gambar dekat header tu. menyampah pulak tengok, haha
09 August 2011
Salah Faham
Tiga empat hari dah aku tak online gara-gara aku balik ke rumah. Bulan puasa macam ni memang la seronok sket dapat berbuka ke rumah. Bukan apa, sebab dapat saving duit untuk beli makanan berbuka. Maklumlah dekat KL tu makanan sket punya mahal. Dapat pulak dekat bazar semua peniaga pakat naikkan harga. Kuih karipap saiz lagi kecik daripada jari kelingking aku pun dah dikira sebiji 50 sen. Bila ditanya apsal mahal sangat? Rata-rata peniaga pasti menjawab:
Aku nak bagi beberapa contoh dan situasi mudah. Tapi aku rasa lebih faham kalau angpa tengok vlog mamat yang boleh tahan kelakar dia ni. Isi dia lebih kurang sama dengan apa yang aku nak tekankan.
Perkara yang sama berlaku apabila kita menaip sms dan dihantar ke kawan-kawan kita. Maklumlah dapat coverage hujung-hujung kampung macam aku ni kadang-kadang tak dapat pon sms. Lepas tu tak pasal-pasal kena claim bahawa kita sombong dan sebagainya.
27 July 2011
Zaman Sekolah Rendah Indah?
Pagi-pagi hari Isnin masa sekolah rendah adalah masa yang sangat tidak disukai. Mula-mula ambil kasut sekolah yang mak aku keringkan bawah peti sejuk. Ya, itu adalah cara mengeringkan kasut paling berjaya aku rasa. Abang aku lagi advance, basuh kasut guna mesin basuh lepas tu keringkan pakai dapur. Stok keringkan kasut macam panggang ayam. Hebat bukan?
Seingat aku dulu sebelum gerak ke sekolah mesti ayah aku bagi duit belanja. Kalau sekolah pagi dapat la seringgit. Mewah tau seringgit tu. Boleh la beli Coklat Din Dang dengan Tora. Tora ni mahal sket sebab mainan dia lagi syok daripada Din Dang. Tapi aku lagi suka beli Din Dang sebab murah, 60 sen je. Dia punya coklat dalam kotak tu pon sedap ape.
![]() |
Kalau 'bingai' sangat ni la menatang tu |
ni zaman baru punya, kalau zaman guwa dia kaler kuning plain |
kalau zaman guwa lori ni dah kemek dah kena rempuh, peduli ape cikgu bising suruh beratur, ahaha |
21 July 2011
Lelaki Merajuk Bukan Tak Gentle
Baru-baru ni aku rasa sangat malas nak menaip. Mungkin busy bekerja walhal banyak masa telah dicurahkan di facebook. Seolah-olah blog aku ni sket pon aku tak nak pandang. Namun apabila dikurniakan demam yang susah nak baik ni maka kerap kali aku terpaksa minta cuti kat manager aku secara on the spot. Menyusahkan orang namanya tu. Hasilnya hati aku kembali kepada blog aku untuk mengisi masa kosong daripada asyik terlentang atas katil.
16 July 2011
Lelaki Macho Atau Lelaki Soleh?
Aku kerap melihat-lihat gelagat remaja-remaja berpasangan berjalan-jalan di sekitar shoping complex. Setakat muda budak sekolah yang pegang-pegang tangan tu biasalah, darah muda. Eceh.. jangan tipu aku kalau angpa tak pernah buat. Kalau yang tangan masih suci tu Alhamdulillah, golongan macam angpa ni amat susah untuk dicari dan aku sangat respek dengan angpa.
Lelaki ni lah Fahri. Tapi guwa pon tak tahu kenapa guwa pilih gamba ni. Scene yag menarik. Mungkin? |
![]() |
Kucing ni namanya Haji Meow |
06 July 2011
Kerja : Sikap Syaiton dan Awek Cute
Bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara yang dilihat kian malap, maka aku pon mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur. Cerita ni macam kita selalu tengok dalam drama-drama Melayu bila anak kampung pergi kerja ke bandar. Aku pon salam memohon restu kedua ibu bapa sebelum beredar meninggalkan kampung tercinta. Biasanya babak camni la yang buat penonton tersentuh hati ni.
"Maaflah saya tak dapat ikut", balas aku menjual mahal.
16 June 2011
Ko Bercinta? Nak Lempang Boleh?
Zairull Nizam Entertainment (ZNE) mempersembahkan, satu lagi karya termashur abad ini. Mendapat liputan meluas seluruh pelusuk Taman Tema Sunway Lagoon. (Suka hati aku la nak tulis tempat ini, aku teringin nak pergi, ada masalah?)
Babak 1 : Bila Makan di Meja, Macam 10 Orang Tumpang Sekaki
"Ma, siketnya ma makan?", ujar si buaya dengan penuh caring. Sengaja cakap kuat-kuat. Nak bagi satu restoran dengar.
"Ala..tak lapar la pa..", mulut cik awek muncung-muncung, konon-konon nampak comel.
"Ma..nanti ma lapar pulak, meh pa suapkan,hehe". Okeh, dah mula syaiton si buaya ni.
"Pa ni nakal la", babak manja-manja dah mula.
"Eh ma ni, dekat la sket, jauh sangat tu, camne nak suap ma..", si buaya mengulum senyuman, penuh maksud tersirat.
Ni la yang aku maksudkan. Tak faham? Aku tak kesah kalau angpa nak pegang-pegang tangan himpit-himpit masa jalan ke tapi jangan time makan boleh tak? Kalau lah boleh paha nak himpit atas paha. Maklumlah meja kecik, kena jimat space.
Tapi mungkin aku ditakdirkan mendapat minda yang suci. Aku cuba sedaya upaya berfikiran positif.
"Alah..biarlah, cuaca sejuk ni, kang demam pulak awek beliau"
Tengah aku syok menikmati drama tersebut, sekejap lagi tangan si buaya naik belakang pinggang sambil menjeling tajam kat aku. Konon-konon nak bagi amaran jangan usha awek dia.
"Fak!! Ang ingat aku jeles ka? Apsal tiba-tiba aku tengok awek lu macam lumut tepi longkang? Boleh?", getus hati aku.
Lepas tu aku dengan member aku dengan muka selamba angkat kerusi kemudian cakap kuat-kuat:
"Ma..Pa sejuuukkk...sejuknyaaa...nak peluuuukkkkkkkk!!!"
Aku tarik kerusi dekat dengan member aku. Buat gaya macam pasangan tersebut. Sangat la wadafak.
kalau dah gersang sangat, cerita ni memang sesuai kot ditonton |
Babak 2: Si Buaya dan Awek di Facebook.
Ini memang dah jadi trend dalam kalangan remaja masa kini. Bila balik dating terus hadap facebook nak bagitau satu dunia yang diorang ni hepi sangat sebab tengah in love. Biasanya pasangan macam ni jumlah friendlist dia tak kurang daripada 700 orang. Dan setiap friend dia harus tahu bahawa dia baru lepas keluar dating dan sedang sangat bahagia. Konon-konon nak bagi orang jeles. Nak remove kang kawan, kesian pulak.
Kadang-kadang puas aku berfikir apakah perlunya semua ini. Trend wajib tayang ini kian menular hebat. Tak boleh ke wish suruh mandi melalui sms je ke, ym ke, skype ke yang lebih private? Buat apa nak bagi tau satu dunia yang angpa ni belum mandi? Meluat melihat news feed aku dipenuhi benda-benda macam ni. Naseb diorang tak tag aku:
"Zairull Nizam, jangan jeles tau, kitorang nak mandi sama"
Rajin je aku tarik cursor ke butang remove. Ah! Member tak member. Peduli hape. Takde sivik punya manusia.
28 May 2011
Dr Zairul : Pakar Penyelesai Masalah
Dua tiga hari ni aku hyper sibuk. Bangon seawal 6 pagi dan berehat selepas jam 11 malam. Memang kem suksis ni sengaja nak bagi aku slim sampai kerengga pon dengki melihat aku lebih slim daripada beliau.
Mujur bilik sebelah ada simpan stok majalah Ujang bersepah. Aku pon capai satu majalah tersebut dan mula menyelak satu persatu muka surat. Urat kepala aku berselirat bila membaca satu ruang khas untuk pembaca macam aku ni nak berkongsi masalah. Aku agak korang pon tau apa nama tajuk dia.
Aku cukup tensen bila baca masalah yang dilemparkan picisan semata. Ceh! Ini memang kes sengaja nak tunjuk masalah merepek-repek. Bukan aku tak tau perkongsian masalah korang yang hantar kat majalah Ujang tu semua rekaan semata.
Mulut aku ternganga bila terbaca :
"Masalah saya ialah mengenai jerawat. Lepas satu hilang, dua pulak yang timbul, dua ni tak hilang lagi, lagu dua timbul. Lepas dah semua hilang, timbul lagi! Saya naik runsing pikir masalah jerawat ni. Sebagai penyelesai masalah saya berharap sangat akak dapat selesaikan masalah saya ini."
Aku nak gelak ke nak kesian pon aku tak pasti. Kalau korang macam mana? Tapi si penjawab soalan jawab la jugak walaupun soalan kelihatan bunguks. Dapat yang lagi haru :
"Saya suka bangun lewat. Jadi saya selalu lewat pergi kerja. Masalahnya kak, bos saya pulak tak paham. Dia dah bagi warning dah. Tak silap saya ni dah bos saya yang ke lima. Di sini akak tolong la nasihatkan bos-bos tersebut kerana dengan jawapan akak ni saya nak fotostat dan pos ke pejabat mereka."
Dah la bertebiat tak elok, nak buang tebiat nak suruh keluarkan surat nasihat kat bos-bos beliau. Kadang-kadang aku rasa bukan betul pon cerita ni, saja nak kencing aku yang sentiasa prihatin dengan masalah-masalah rakyat Malaysia nih. Pergh!
Cuba kalau aku yang jadi macam Cik Kak penyelesai masalah tu. Agak-agak stylo tak?
"Dr, saya ada anak perempuan. Dia ni malas belajar. Saya dah penat hantar tuisyen tapi markah periksa dia teruk macam tu gak. Dr tolong la saya, pening saya dengan masalah anak saya ni" - Saya Yang Kesian, IPOH.
Jawapan Dr Zairul :
" Oh itu mudah saja. Hantar anak perempuan Cik tuisyen dengan saya. Maklumlah saya ni hensem pasti anak Cik lebih bersemangat untuk belajar. Di samping itu saya boleh buat duit siket. Kalau anak Cik lawa kahwinkan saja dengan saya. Selesai masalah beliau."
Soalan :
"Dr Zairul, saya ni hidup rasa terkongkong. Dekat sekolah ramai perempuan minat dengan saya. Sampaikan setiap kali saya pergi kelas saya pasti banyak surat cinta diletakkan di meja saya. Tu belum lagi masa nak balik sekolah, ramai awek-awek ajak saya dating. Belum cerita awek dekat kawasan rumah, awek kat kampung semua nak dekat saya. Salahkan saya terlalu hensem?" - Budak Hensem, KAJANG
Jawapan Dr Zairul :
"Pergi mampos!"
-merci beaucoup-
23 May 2011
Pekerja Nak Penampar
Moral of the story :
"Janganlah mengharapkan orang lain memahami kita, tetapi cuba sedaya upaya untuk memahami orang lain"