27 July 2011

Zaman Sekolah Rendah Indah?

Pagi-pagi hari Isnin masa sekolah rendah adalah masa yang sangat tidak disukai. Mula-mula ambil kasut sekolah yang mak aku keringkan bawah peti sejuk. Ya, itu adalah cara mengeringkan kasut paling berjaya aku rasa. Abang aku lagi advance, basuh kasut guna mesin basuh lepas tu keringkan pakai dapur. Stok keringkan kasut macam panggang ayam. Hebat bukan?

Seingat aku dulu sebelum gerak ke sekolah mesti ayah aku bagi duit belanja. Kalau sekolah pagi dapat la seringgit. Mewah tau seringgit tu. Boleh la beli Coklat Din Dang dengan Tora. Tora ni mahal sket sebab mainan dia lagi syok daripada Din Dang. Tapi aku lagi suka beli Din Dang sebab murah, 60 sen je. Dia punya coklat dalam kotak tu pon sedap ape.

Kalau 'bingai' sangat ni la menatang tu
Zaman puasa masa sekolah rendah memang mencabar. Lagi-lagi kalau puasa masa hari sekolah. Kawan-kawan aku bukannya puasa pon, siap offer dekat aku lagi makanan yang diorang tapau dari kantin. Aku nak beli tak boleh sebab emak aku gangster kat kantin sekolah, maklumlah Makcik Kantin lah katakan. Aku mestilah menjaga reputasi aku sebagai anak yang taat, haha. Sebab aku pikir aku kanak-kanak yang bebas daripada sebarang dosa, aku rembat jugak daripada kawan-kawan aku cekedis-cekedis yang meliurkan tu, terus masuk ke ulu perut.

Aku dulu bukan anak orang senang. Dulu ada sistem 'Rancangan Makanan Tambahan' atau lebih feymes dipanggil RMT. Kawan-kawan aku memang kerap jeles bila aku dapat makan free. Hari-hari sebelum masuk kelas pagi-pagi terus pergi kantin makan free dulu. Makanan ala kadar, tapi orait ape bila dapat free? Dulu aku selalu berharap kalau sarapan dapat makan coco crunch ke, honey star ke, baru nampak macam orang bandar sket. Haha.

Hari yang paling dinantikan mestilah hari Jumaat. Sebab hari tu hari susu sekolah. Semua yang dapat RMT mesti dapat sekotak susu sekolah. Untung la kalau cikgu suruh agih-agihkan kat budak, mesti la dapat upah sekotak lagi susu sekolah. Sedap gila kot. Jeles habis budak-budak lain bila troli susu sekolah sampai kat pintu kelas, budak-budak RMT semua pakat beratur ambik sorang satu. Yang lain? Melopong je la mengharap ada member-member yang tak nak dan bagi kat diorang. Tapi tu kan perkara mustahil?

ni zaman baru punya, kalau zaman guwa dia kaler kuning plain

Bagi kanak-kanak innocent  macam aku ni, aku paling eksaited bila lori milo datang. Gila kau dapat milo free tu! Aku sampai sekarang tak faham apa signifikannya memberi kanak-kanak kecil ini minum milo free. Untuk memberi peluang kepada mereka ini merasa betapa sedapnya milo? Sebab kami hari-hari minum kopi?

kalau zaman guwa lori ni dah kemek dah kena rempuh, peduli ape cikgu bising suruh beratur, ahaha
Tapi biasanya aku tensen sebab Pakcik Milo tu bagi cawan kecik je. Bila guwa dengan member-member lain pakat nak mintak lagi Pakcik tu mesti cakap:

"Budak kecik minum cawan kecik je"

"Sial! Cikgu-cikgu boleh plak dapat cawan besar!", luah hati aku yang ketika itu masih belum faham bahawa dunia ini memang tidak adil.

Satu hari yang lain, mesti cikgu akan edarkan kertas yang nak order vitagen tu. Lepas tu beriya la balik tunjuk kat mak. Harap-harap mak bagi duit lebih esok nak beli vitagen. Tapi kanak-kanak macam aku ni memang kerap dikecewakan. Mana ada nak dapat semua tu. Paling sakit hati rajin pulak lori vitagen tu datang tiap-tiap minggu dekat sekolah. Saja nak bagi aku yang tak dapat beli ni jeles.

"Dah dah! Tak payah membazir beli benda mahal macam tu", ayah memang berkira sket kalau nak beli-beli benda ni.

Kanak-kanak macam aku memang senang menangis bila ayah cakap camtu. Merajuk lalu membawa diri ke bilik sorang-sorang. Maklumlah budak-budak lain seronok je mak ayah diorang belikan vitagen. Aku?

Dalam sedih-sedih tu, pernah sekali mak aku buat suprise kat aku. Masa nak balik sekolah mak aku belikan aku satu plastik vitagen. Mak aku bisik kat aku:

"Nak beli benda ni tak payah tunggu lori vitagen datang sekolah, beli kat luar pon boleh kan?", ujar mak aku sambil tersenyum.

Sweet kan mak aku?



Mak memang paling best kan?
................

Ayat paling feymes masa sekolah rendah:

"Kalau kau kawan dengan dia, aku taknak kawan dengan kau!"

Haha mesti korang pon ada buat benda ni kan? Menyampah gila!

-merci beaucoup-

21 July 2011

Lelaki Merajuk Bukan Tak Gentle

Baru-baru ni aku rasa sangat malas nak menaip. Mungkin busy bekerja walhal banyak masa telah dicurahkan di facebook. Seolah-olah blog aku ni sket pon aku tak nak pandang. Namun apabila  dikurniakan demam yang susah nak baik ni maka kerap kali aku terpaksa minta cuti kat manager aku secara on the spot. Menyusahkan orang namanya tu. Hasilnya hati aku kembali kepada blog aku untuk mengisi masa kosong daripada asyik terlentang atas katil.


Kalau blog ni diibaratkan sama dengan cik awek, pasti beliau sudah merajuk sebagai protes kepada aku yang telah mengabaikannya. Fuh!

"Sampai hati awak tak jenguk saya", mungkin itu luahan hati blog aku.

"Ah! blog buruk sapa nak jenguk kau?"

.................

Manusia mana yang tidak berfacebook? Kalau setakat umur baya aku ni cukup sukar nak cari yang mengaku tidak mempunyai akaun facebook. Malah budak-budak kecik sekolah rendah lebih advance dengan mempunyai bilangan friends jauh beribu-riban berbanding aku walaupun telah berkecimpung lama dalam dunia facebook ni.

Biasanya budak camni kalau yang lelaki 85 peratus friends dia mesti perempuan. Entah kenal entah tidak. Maklumlah facebook kan tempat tackle awek. Tak caya angpa check sendiri. Semua stok yang cun-cun baik punya. Tak maen add budak perempuan kecik, semua muka ala-ala umur 20-an. Well, nafsu tak mengenal usia. Kan? Haha.

Aku dengan budak-budak camtu aku tak ambil kisah sangat. Semua orang ada hak nak mengorat kan? Bila mula bercinta di facebook pasti segala permasalahan cinta diorang ni nak hambur kat facebook jugak. Kalau nak marah kat pasangan pon tak boleh ke di IM chat atau sms sahaja yang lebih private? Apakah signifikannya memberi tahu kepada orang ramai bahawa percintaan angpa sedang dilanda badai? Pergh ayat.

Lepas tu babak-babak merajuk pon bermula.


...............

Cerita wanita merajuk dengan balak beliau nih memang aku dah tak ambik port sangat dah. Dah biasa sangat aku dengar. Tapi kawan aku ni kes dia luar biasa sket. Bercinta bukan main tapi sudahnya asyik menangis je, walhal dia tu lelaki. Ni la orang kata bila lelaki dah merajuk jauh lebih teruk daripada perempuan. Tapi tak susah mana nak pujuk. Well, aku kan lelaki?

Ada kawan aku sorang, perempuan. Dia pernah tanya aku:

"Lelaki kalau merajuk dia menangis gak eh?", tanya Tiz Zaqyah (nama adalah rekaan bagi menutup malu)

Ehem ehem. Meh aku terangkan apakah simptom simptom lelaki yang sedang merajuk nih. Hehe.


Ya! Dia akan diam seribu bahasa. Lebih teruk bila dia akan buat tak tahu je dengan angpa dan seolah-olah menganggap angpa tidak ada disisinya. Biasanya ni la cara protes paling teruk lelaki berani buat pon. Walaupun angpa cuba bercakap dengannya, dia akan cuma mengiyakan dan mengaangguk sahaja. Kalau ini berlaku nescaya dia sedang merajuk. Haa..


Bab ini memang tabiat lelaki. Konon-konon bajet busy lah baca surat khabar, atau bahan bacaan lain. Tapi kalau surat khabar tu dibaca berulang kali tanpa sebab bermakna jiwa dia sedang tidak tenteram. Bila angpa wahai cik awek sekalian melihat keadaan ini, bermakna dia sedang menunggu angpa untuk memujuk dia. Mengada-ngada kan? Hehe.


Yang ni aku rasa standard kot. Kucing aku kat rumah pon kalau lambat bagi dia makan nampak muka dia masam je, inikan pula manusia. Lelaki bila merajuk memang la muka dia masam. Orang kata tak gentle. Tapi kalau dah hensem buat muka macam mana pon perempuan akan kata:

"Eiiii...comelnya dia!"

Macam gampang. Aku selaku lelaki ingin menegaskan lelaki juga mampu merajuk seperti wanita, tetapi mungkin mempunyai cara mereka tersendiri. Hakikatnya lelaki juga mempunyai perasaan yang perlu dijaga. Kadang-kadang lelaki buat-buat merajuk sekadar mahu menghukum agar pasangan tidak lagi melakukan sesuatu yang tidak disenanginya.

So jangan suka-suka cakap lelaki merajuk tak gentle ok. Sebab aku pon cepat merajuk, tapi dengan cik awek je la. Hehe.

...................................

Mantap jugak aku buat slide siap ada gambar, macam nak present kat lecturer bagi satu kelas paham.


-merci beaucoup-

16 July 2011

Lelaki Macho Atau Lelaki Soleh?

Aku kerap melihat-lihat gelagat remaja-remaja berpasangan berjalan-jalan di sekitar shoping complex. Setakat muda budak sekolah yang pegang-pegang tangan tu biasalah, darah muda. Eceh.. jangan tipu aku kalau angpa tak pernah buat. Kalau yang tangan masih suci tu Alhamdulillah, golongan macam angpa ni amat susah untuk dicari dan aku sangat respek dengan angpa.


Dulu kawan istimewa aku pernah cakap:

"Kalaulah dapat suami macam Fahri dalam cerita ni", ujar si dia sambil membelek-belek novel Ayat-Ayat Cinta.

Aku buat-buat tak dengar walhal aku amat terasa sebab aku tahu aku jauh sangat jahil kalau nak dibandingkan dengan Fahri tu. Padahal nama Zairul dengan Fahri tu kan tak jauh? Kan? Ada kaitan?

Lelaki ni lah Fahri. Tapi guwa pon tak tahu kenapa guwa pilih gamba ni. Scene yag menarik. Mungkin?

Okeh maka dengan itu aku dapat point pertama, wanita suka pada lelaki yang baik dan berperwatakan soleh. Inilah dia calon suami yang dorang sibuk cari. Sebab tu aku tak pelik bila aku selalu dengar kawan-kawan perempuan aku bersembang:

"Weyh hensemlah dia ada janggut sejemput. Cute!", ujar Rokiah.

"Haah la, kalau camtu balak aku mesti ada janggut jugak, baru macho!", respon Salmiah penuh excited.

Hah, suka yang berjanggut ye. Kambing? Err..tu lain kes, luar tabii, mungkin.

Tapi aku nak tekankan di sini tidaklah semestinya lelaki beriman itu menyimpan janggut. Dunia sekarang ni kalau nak pergi buat laporan wallet hilang dekat balai polis pon siap berkopiah, tu tak cerita lagi siap cepat-cepat pakai serban bila ada roadblock kat depan. Ya, kita selalu berpura-pura untuk kelihatan alim di khalayak ramai.

Pernah dengar alim-alim kucing?

Kucing ni namanya Haji Meow

Aku sempat buat review lelaki macam mana yang wanita cari ni. Kesemuanya mengatakan mereka jatuh hati pada perwatakan yang baik. Aku sempat sembang dengan Melah, Munawati dengan Mariam mengenai hal ini. Melah sangat suka pada lelaki seperti ini:


Kemudian Munawati mencelah. Mahu memberi pendapat yang tidak kurang hebatnya:


Namun antara mereka bertiga, aku paling tertarik dengan jawapan yang diberikan Mariam. Aku yakin dan percaya pilihan seperti Mariamlah yang akan menentukan kebahagian alam rumah tangga. Ujar Mariam: 


.............

Adakah ketampanan, kemachoan, gaji dan otot-otot sasa di badan angpa relevan dengan ciri-ciri lelaki idaman wanita-wanita tadi? Ya, mereka mewakili suara hati wanita.

Aku balik kerja bawak Yamaha Lagenda takde sorang awek pon nak tengok. Cuba kalau aku bawak BMW 5 Series? Siap baling nombor phone kat aku mungkin. Wanita spesies ini macam mana?


-merci beaucoup-

06 July 2011

Kerja : Sikap Syaiton dan Awek Cute

Bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara yang dilihat kian malap, maka aku pon mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur. Cerita ni macam kita selalu tengok dalam drama-drama Melayu bila anak kampung pergi kerja ke bandar. Aku pon salam memohon restu kedua ibu bapa sebelum beredar meninggalkan kampung tercinta. Biasanya babak camni la yang buat penonton tersentuh hati ni.


Setapak aku melangkah meninggalkan rumah, terlihat kelibat emak merenung menyoroti perjalanan aku sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Dalam hatinya mungkin berkata:

"Hensem jugak anak aku ni, mesti senang dapat kerja"

Haha.

Mungkin sebuah doa ikhlas dari seorang emak memohon sebuah perjalanan yang selamat untuk aku.

...........

Demi memenuhi bajet hidup yang ciput dan kos kehidupan di bandar yang tinggi, maka kerja yang ditarget pastilah kedai makan, semata-mata kerana berpeluang mendapat makan free. Kira cut-cost la apa lagi. Sudahnya McDonald yang dipilih berikutan kasihan melihat pekerja-pekerja mereka yang terpaksa membanting tulang dengan keras akibat kekurangan pekerja.

Ok itu tipu lagi.


Stylo kan restoran McDonald tersebut? Malangnya itu bukan tempat aku bekerja. Tempat dirahsiakan agar restoran McDonald tersebut tidak mendapat sambutan pelanggan yang luar biasa secara mendadak. Hehe.

Mungkin ramai yang beranggapan bekerja di restoran seperti ini hanya untuk mereka yang kurang berpendidikan. Walhal kebanyakan pekerja hanya bekerja secara part time sementara cuti semester dan masih sedang mengikuti pengajian. Hal ini berikutan pandangan-pandangan sinis beberapa pelanggan terhadap aku, seolah memperlekehkan aku yang sedang tekun bekerja. Pergh!



Kadang-kadang yang buat aku cukup meluat dengan mereka hanyalah lagak yang ditunjukkan. Terutamanya pasangan kapel yang memang dari kaunter berkepit macam takde space sebab pelanggan ramai sangat. Takpelah mungkin balak dia nak bagi a sense of protection dekat awek dia. Maklumlah awek dia sangat cun yang berisiko dimengorat oleh pelanggan lain dan tidak terkecuali para pekerja. Hehe.

Biasanya pasangan kapel  ni memang akan amek port hujung-hujung punya, yang agak-agak tersorok daripada pandangan mata kasar orang lain. Namun tidak pada aku, setiap inci pergerakan korang aku boleh nampak dengan teliti.

Oh memang Mekdi ni tempat korang nak bermadu asmara. Cukuplah tangan berselirat antara satu sama lain, sampai dah berpeluh tangan masing-masing. Mungkin. Kalau pasangan yang bermadu asmara secara senyap dan sopan aku tak kesah sangat. Tapi kalau yang makan sambil suap-menyuap, pastu bagi jelingan maut dekat aku seolah-olah aku adalah makhluk paling jeles ketika itu memang rasa nak siram air coke tu dekat muka diorang.

Ditambah pula dengan makan ibarat dua orang baby baru belajar makan. Inilah makhluk yang makan guna kaki bukan dengan mulut. Makanan sampai bersepah ke lantai. Nasiblah anjing tak terlibat dekat Mekdi ni, kalau tak sah-sah anjing join sekaki makan bawah meja. Pergh pedas dah aku rasa statement aku ni.

Tapi orang Malaysia ni ramai yang baik. Kebanyakannya akan mengucapkan terima kasih dan itu sudah cukup menyejukkan hati aku. Tapi kalau bagi tips sekali kat aku seringgit dua apa salahnya kan? Bayar parking pon tengah mahal ni. Hehe.

Teka lah pelanggan paling baik pernah aku jumpa macam mana?

"Bang, habes kerja pukul bape?", ujar sorang awek cute yang dari tadi duduk berseorangan sambil menikmati McChicken.

"Sampai closing, kenapa?", balas aku berhemah.

"Saya ada tiket wayang lebih ni, ingat nak ajak tengok sama. Haish", terlihat wajah awek tersebut mengeluh hampa.

"Maaflah saya tak dapat ikut", balas aku menjual mahal.

.............

Dah, cukuplah sesi mengarut. Esok kerja lagi. Haih.


-merci beaucoup-