06 January 2014

Falsafah Sampah

Ada Al-Quran, hadith dan juga sunnah baginda. Tapi tetap juga mahu jadikan 'falsafah cinta' sebagai panduan hidup. Sebab itulah cinta yang disangka suci, sebenarnya parah berlumur dosa.


Bagaimana kita boleh percaya dengan falsafah seperti 'kalau dia rindu kau dia akan call kau selalu'. Lalu kau tinggalkan dia walhal barangkali tatkala dia merindu bibirnya basah memuji tuhannya, bagi menzahirkan rasa rindu pada yang selayaknya? Atau dia merenggangkan sedikit hubungan denganmu supaya dia tidak leka?


Bagaimana kita boleh bersetuju 'kalau betul dia cintakan kau dia akan terima kekurangan kau'. Bukankah kekurangan itu sepatutnya diperbaiki. Jangan pula falsafah sebegini dijadikan benteng untuk menutup kekurangan diri, kononnya atas dasar cinta si dia wajib menerima seadanya. Habis kes cerai berai yang berlambakan pada hari ini disebabkan punca apa?


Ahh banyak lagi falsafah mengarut, yang kini begitu aktif berkeliaran di status facebook mahupun dalam bentuk photo. Kemudian ramai pula yang share bagi menandakan tanda sokongan yang tiada berbelah bahagi, walhal mahu mengajar pasangan mereka secara sinis, 'hey awak, begini cara bercinta!'


Kembalilah pada jalan fitrah. Pelajari bagaimana Saidatina Fatimah dan Saidina Ali yang bercinta dalam diam namun akhirnya Allah pertemukan jua. Telusuri bagaimana Saidatina Khadijah yang kuat cemburu namun Rasulullah tetap jua berjaya memujuknya.


Pergilah bercinta. Aku tak mahu tahu. Semoga cinta kita bukanlah sebuah dosa.


Jarang aku nak menulis macam ni, dah lari jauh dari tema aku menulis dalam blog ni. Ergh.