06 July 2011

Kerja : Sikap Syaiton dan Awek Cute

Bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara yang dilihat kian malap, maka aku pon mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur. Cerita ni macam kita selalu tengok dalam drama-drama Melayu bila anak kampung pergi kerja ke bandar. Aku pon salam memohon restu kedua ibu bapa sebelum beredar meninggalkan kampung tercinta. Biasanya babak camni la yang buat penonton tersentuh hati ni.


Setapak aku melangkah meninggalkan rumah, terlihat kelibat emak merenung menyoroti perjalanan aku sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Dalam hatinya mungkin berkata:

"Hensem jugak anak aku ni, mesti senang dapat kerja"

Haha.

Mungkin sebuah doa ikhlas dari seorang emak memohon sebuah perjalanan yang selamat untuk aku.

...........

Demi memenuhi bajet hidup yang ciput dan kos kehidupan di bandar yang tinggi, maka kerja yang ditarget pastilah kedai makan, semata-mata kerana berpeluang mendapat makan free. Kira cut-cost la apa lagi. Sudahnya McDonald yang dipilih berikutan kasihan melihat pekerja-pekerja mereka yang terpaksa membanting tulang dengan keras akibat kekurangan pekerja.

Ok itu tipu lagi.


Stylo kan restoran McDonald tersebut? Malangnya itu bukan tempat aku bekerja. Tempat dirahsiakan agar restoran McDonald tersebut tidak mendapat sambutan pelanggan yang luar biasa secara mendadak. Hehe.

Mungkin ramai yang beranggapan bekerja di restoran seperti ini hanya untuk mereka yang kurang berpendidikan. Walhal kebanyakan pekerja hanya bekerja secara part time sementara cuti semester dan masih sedang mengikuti pengajian. Hal ini berikutan pandangan-pandangan sinis beberapa pelanggan terhadap aku, seolah memperlekehkan aku yang sedang tekun bekerja. Pergh!



Kadang-kadang yang buat aku cukup meluat dengan mereka hanyalah lagak yang ditunjukkan. Terutamanya pasangan kapel yang memang dari kaunter berkepit macam takde space sebab pelanggan ramai sangat. Takpelah mungkin balak dia nak bagi a sense of protection dekat awek dia. Maklumlah awek dia sangat cun yang berisiko dimengorat oleh pelanggan lain dan tidak terkecuali para pekerja. Hehe.

Biasanya pasangan kapel  ni memang akan amek port hujung-hujung punya, yang agak-agak tersorok daripada pandangan mata kasar orang lain. Namun tidak pada aku, setiap inci pergerakan korang aku boleh nampak dengan teliti.

Oh memang Mekdi ni tempat korang nak bermadu asmara. Cukuplah tangan berselirat antara satu sama lain, sampai dah berpeluh tangan masing-masing. Mungkin. Kalau pasangan yang bermadu asmara secara senyap dan sopan aku tak kesah sangat. Tapi kalau yang makan sambil suap-menyuap, pastu bagi jelingan maut dekat aku seolah-olah aku adalah makhluk paling jeles ketika itu memang rasa nak siram air coke tu dekat muka diorang.

Ditambah pula dengan makan ibarat dua orang baby baru belajar makan. Inilah makhluk yang makan guna kaki bukan dengan mulut. Makanan sampai bersepah ke lantai. Nasiblah anjing tak terlibat dekat Mekdi ni, kalau tak sah-sah anjing join sekaki makan bawah meja. Pergh pedas dah aku rasa statement aku ni.

Tapi orang Malaysia ni ramai yang baik. Kebanyakannya akan mengucapkan terima kasih dan itu sudah cukup menyejukkan hati aku. Tapi kalau bagi tips sekali kat aku seringgit dua apa salahnya kan? Bayar parking pon tengah mahal ni. Hehe.

Teka lah pelanggan paling baik pernah aku jumpa macam mana?

"Bang, habes kerja pukul bape?", ujar sorang awek cute yang dari tadi duduk berseorangan sambil menikmati McChicken.

"Sampai closing, kenapa?", balas aku berhemah.

"Saya ada tiket wayang lebih ni, ingat nak ajak tengok sama. Haish", terlihat wajah awek tersebut mengeluh hampa.

"Maaflah saya tak dapat ikut", balas aku menjual mahal.

.............

Dah, cukuplah sesi mengarut. Esok kerja lagi. Haih.


-merci beaucoup-

6 Ayat Ayat Power Kau Orang Semua:

Teratak Chipmunk said...

haha.. gud experience, MEKDI :) .. hehe aftr dis, dun judge a person from his job..ngeh3...

Teratak Chipmunk said...
This comment has been removed by the author.
Teratak Chipmunk said...
This comment has been removed by the author.
cikdil said...

hahhaha..betul tuu..jgn pndng rndh kat org ok..

Unknown said...

haha , karut2 ! xD

KinosKoko said...

hahaha...
terima kasih bang..
thank you..(sambil tersenyum manis)